Malique
Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. (Ogos 2018) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (Ogos 2018) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Malique Ibrahim (lebih dikenali sebagai Malique atau The General; lahir 21 Ogos 1977) ialah seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan bekas ahli duo hip hop Too Phat bersama Joe Flizzow.[1] Selepas duo itu dibubarkan pada 2007, Malique dan Joe bergerak secara solo. Sejak bergerak secara solo, Beliau lebih selesa di belakang tabir yang mana sejak 2007 beliau tidak pernah muncul di mana-mana media cetak dan elektronik.
Malique | |
---|---|
![]() | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Cairel Adrin bin Ibrahim |
Kelahiran | Johor Bahru, Johor, Malaysia | 21 Ogos 1977
Genre | Hip-hop, Rap |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 1998 - kini |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Too Phat |
Kehidupan peribadiSunting
Pada 8 Ogos 2008, Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan beliau yang juga seorang personaliti TV, Melissa Maureen Rizal di Bali, Indonesia.[2] Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat mereka. Beliau telah dikurniakan 4 cahaya mata.
KerjayaSunting
Beliau memasuki industri muzik tanah air pada 1998 bersama duo hip-hop Too Phat. Beliau bergerak solo di sekitar tahun 2007.
Pada 2008, Beliau telah menubuhkan syarikat rakaman sendiri dengan nama Qarma Musiq dan aktif berkarya dengan memperkenalkan beberapa lagu dengan artis-artis ternama dan artis-artis baharu di bawah syarikat rakaman beliau itu.[3] Beliau giat mengeluarkan single seperti Kau Yang Punya tampil bersama Najwa, Mantera Beradu tampil bersama M. Nasir, Cerita Kedai Kopi tampil bersama Salam, Aku Maafkan Kamu tampil bersama Jamal Abdillah, Teman Pengganti bersama Black Hanifah dan yang terbaru Pejamkan Mata tampil bersama Dayang Nurfaizah.
Menghasilkan LP pertama bertajuk OK yang memuatkan 18 buah lagu pada 2008. Pada 2009, beliau menghasilkan LP kedua dengan usaha sama DJ Fuzz bertajuk K.O The Mixtape yang memuatkan 19 buah lagu. Pada 2015, Beliau memperkenalkan artis baru di bawah Qarma Musiq, Nukilan yang dianggotai 3 orang, Kirana, Kelana dan Agenda dengan penampilan khas dalam lagu bersama artis pop dari Indonesia, Shae dalam lagu Rindu. Pada pertengahan April 2015, Nukilan mengeluarkan single pertama mereka, Aduh Neng yang kerap dimainkan di corong radio. Pada Disember 2016, Beliau menghasilkan LP tebaru berjudul TKO: Pejamkan Mata yang memuatkan 8 lagu single yang pernah dikeluarkan sekitar 2008-2015 dan memuatkan 3 lagu baru termasuk Pejamkan Mata tampil bersama Dayang Nurfaizah.
Pada Mac 2017, pada acara Anugerah Meletop ERA 2017. Malique telah "muncul kembali" ke atas pentas untuk mempersembahkan lagu ciptaannya sendiri iaitu Pejamkan Mata bersama Dayang Nurfaizah tetapi hakikatnya bukan Malique yang kelihatan semasa persembahan tersebut namun ramai peminat yang hadir pada malam itu begitu gembira apabila mendengar suara Malique secara live selepas 10 tahun lamanya.[4]
DiskografiSunting
- O.K (2008)
- K.O The Mixtape (2009)
- TKO: Pejamkan Mata (2016)[5]
Anugerah dan pencapaianSunting
Tahun | Anugerah | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Dayang Nurfaizah) | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Yusup, Nor Eryani (3 Mac 2015). "Hip hop JHip hop Joe tidak canggungoe tidak canggung". Kosmo!. Dicapai pada 27 April 2016.
- ^ Ada sebab rahsia kahwin
- ^ Malique Nafi Jawab Lagu ‘Apa Khabar’ Joe Flizzow.
- ^ Malique Perjelas Kulit Album Lambang Mata Bukan Dajjal.
- ^ Discography Malique.