Dalam industri muzik, seorang penerbit rakaman (atau penerbit muzik) mempunyai pelbagai peranan, seperti mengawal sesi rakaman, melatih dan membimbing pemuzik, menyusun dan menyediakan jadual peruntukan penerbitan dan sumber serta menyelia proses rakaman, adunan dan pemindahan. Hal-hal ini telah menjadi tugas utama seorang penerbit rakaman semenjak pengasasan rakaman audio, tetapi dari lewat separuh abad ke-20, seorang penerbit rakaman juga telah memikul peranan berlandaskan keusahawanan.