Polis EVO 3
Polis EVO 3 merupakan filem aksi komedi Malaysia 2023 arahan Syafiq Yusof dengan skrip oleh Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf, Abhilash Chandra dan Bernice Low terbitan bersama Astro Shaw, Skop Productions, TGV Cinemas dan Blackflag. Kesinambungan daripada Polis EVO 2 (2018) dan filem ketiga dan terakhir dalam trilogi Polis EVO, ia dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak yang kembali menjayakan watak masing-masing dalam dua filem terdahulu dengan disertai oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi dan Douglas Lim dengan Nora Danish dan Eyka Farhana membuat kemunculan semula. Ia mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai oleh tiga pegawai polis yang memiliki kepakaran berbeza.
Polis EVO 3 | |
---|---|
Pengarah | Syafiq Yusof |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Jordan Chiam |
Disunting oleh | Nazim Shah |
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 113 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu Terengganu |
Bajet | RM6 juta |
Pecah panggung | RM41 juta[1] |
Penggambaran dijalankan dari 2019 sehingga 2020 di Kuala Lumpur dan Terengganu. Filem ini mula ditayangkan pada 25 Mei 2023 di pawagam seluruh Malaysia dan menerima ulasan positif dan bercampur-campur sekaligus memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM41 juta mengatasi dua filem terdahulunya.
SinopsisSunting
Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
PelakonSunting
- Shaheizy Sam sebagai Khairul / Inspektor Khai[2]
- Zizan Razak sebagai Hassani / Inspektor Sani[3]
- Sharnaaz Ahmad sebagai Reza, bekas sarjan polis yang berdendam dengan Inspektor Khai[4]
- Nora Danish sebagai Anis, adik kepada Sani dan teman wanita Inspektor Khai
- Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani, ahli pasukan UKAP serta pakar pemusnahan bom
- Douglas Lim sebagai Inspektor Dell, ahli pasukan UKAP serta pakar IT
- Farali Khan sebagai Inspektor Julie, ahli tunggal wanita dalam UKAP; pakar tembakan tepat
- Fauzi Nawawi sebagai ACP Farouk, Ketua UKAP
- Eyka Farhana sebagai Yati, adik bongsu Sani
- Kamaliah Mat Dom sebagai Ibu Sani
- Datin Fadilah Mansor sebagai ibu Khai
- Fezrul Khan sebagai Inspektor Faizal, bekas rakan setugas Insp Khai dan Sjn Reza
- Michael Ang sebagai Chao, ketua kongsi gelap serta buruan Khai dan Sani yang muncul di awal filem
- Iman Corinne Adrienne sebagai Gaya, ketua pengganas dan pembekal Semtex kepada Reza
- Ben Amir sebagai Orang kanan Gaya
- Wanna Ali sebagai Khadijah, tunang (kemudian isteri) kepada Insp Sani
- Naquiyudin Roslan sebagai tauke pasar raya Sungai Wang
- Zulin Aziz sebagai Mimi, jiran Insp Sani
- Fouziah Gous sebagai Isteri Insp Faizal
- Ezzaty Abdullah sebagai Farah, Isteri Reza yang terkorban semasa Ops Sabrum
- Zukie Mohamad sebagai koperal polis
- Dato Afdlin Shauki sebagai Kassim, bapa Khadijah dan bapa mentua Insp Sani.[5]
PenerbitanSunting
Selepas kejayaan dua filem terdahulu, siri ketiga filem ini telah diumumkan pada September 2019 dengan Syafiq Yusof menggalas tanggungjawabnya sebagai pengarah, sekaligus mengambil alih tugas daripada Ghaz Abu Bakar yang mengarahkan filem pertama dan Joel Soh dan Andre Chiew yang mengarahkan filem kedua, sekaligus kembali mengangkat genre asal filem ini iaitu aksi komedi.[6]
Zizan Razak dan Shaheizy Sam telah bersetuju untuk menjayakan semula watak mereka, turut kembali berlakon dalam siri ketiga filem ini ialah Nora Danish dan Eyka Farhana.[7] Syafiq Kyle yang terkenal dengan drama TV termasuk Mencintaimu Mr. Photographer dan Nur,[8] memegang watak sebagai Inspektor Dani. Turut menjayakan filem ini ialah Michael Ang,[9] Fauzi Nawawi, Ben Amir dan Sharnaaz Ahmad.
Penerbitan filem ini ditangguhkan sementara berikutan pandemik COVID-19 yang mengakibatkan penangguhan sementara semua aktiviti penggambaran filem dan drama.[10]
Penggambaran dilakukan di beberapa tempat di Semenanjung, termasuk Kuala Lumpur. Bukit Bintang, misalnya, menjadi tempat latar tempat adegan klimaks filem tersebut serta bangunan PULAPOL Jalan Semarak dan Stadium KLFA Cheras yang dijadikan stand in Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ibu Pejabat Polis Terengganu
Runut bunyiSunting
Runut bunyi rasmi bagi filem Polis EVO 3 ialah "Ayuh" dinyanyikan oleh Malique, Kmy Kmo, Ernie Zakri dan Aman RA. Ia dikeluarkan pada 13 April 2023 iaitu hari yang sama dengan tarikh treler filem ini dikeluarkan untuk muzik video lirik,[11] dan muzik video rasmi pula pada 19 Mei 2023, enam hari sebelum tayangan penuh pada 25 Mei.
KeluaranSunting
TayanganSunting
Berikutan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia yang mengakibatkan penutupan panggung wayang dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh negara Datuk Dr. Yusof Haslam mengumumkan bahawa filem ini bersama dengan Abang Long Fadil 3, juga arahan Syafiq, ditundakan pelancarannya yang dirancang pada awal 2022.[12][13] Sebaliknya, ia kemudiannya dijadualkan untuk ditayangkan pada 25 Mei 2023 selepas Hari Raya Aidilfitri.[14]
PemasaranSunting
Pada waktu pelancaran, pihak Polis EVO 3 berkolaborasi dengan permainan video mudah alih, PUBG Mobile dengan menerapkan pek kandungan terhad khas yang bertemakan filem tersebut.[15]
SambutanSunting
Pecah panggungSunting
Jadual kutipan pawagam Polis EVO 3 (25 Mei 2023 – kini) | |
---|---|
Tempoh Tayangan | Kutipan kumulatif |
Tayangan Awal (24 Mei) | RM1.3 juta |
1 hari (hingga 25 Mei) | RM3.4 juta |
4 hari (hingga 28 Mei) | RM16 juta |
7 hari (hingga 31 Mei) | RM25 juta |
9 hari (hingga 2 Jun) | RM30 juta |
12 hari (hingga 6 Jun) | RM41 juta |
Pada hari pelancaran, filem ini memperoleh kutipan sebanyak RM3.4 juta, melebihi kutipan hari pelancaran filem antarabangsa saingan pada masa tersebut di Malaysia.[16] Menjelang 30 Mei, kutipan pecah panggung mencapai angka RM16 juta, termasuk kutipan di Singapura dan Brunei.[17] Dalam seminggu, kutipan dicatatkan kira-kira RM25 juta, sekaligus mengatasi kutipan judul-judul terdahulu trilogi.[18]
Ulasan kritisSunting
Utusan Malaysia memuji filem tersebut atas gaya lakonan yang baik serta plot yang mudah dan menarik.[19] Aksiz menyatakan bahawa Polis Evo 3 adalah filem yang boleh tonton dengan seisi keluarga di pawagam dan pulang dengan rasa puas hati. Mereka memberikan rating 8/10.[20] Getaran mengatakan bahawa filem ini dianggap seperti makan nasi lemak yang sama setiap hari dan memberikan rating filem ini sebanyak 4 Getar.[21]
RujukanSunting
- ^ #PE3: Kemah boh! 10 hari tayangan, Polis Evo 3 kaut RM30 juta Astro Awani. 6 Jun 2023. Dicapai pada 3 Jun 2023.
- ^ Najiy Jefri (4 Februari 2020). Tak mahu main redah Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ Azwa Rahman (2 Disember 2019). “Siapa Berani Main Gila?” – Kongsi Foto Polis Evo 3, Zizan Razak Minta Peminat Sabar & Bawa Mengucap Astro Gempak. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (23 Januari 2020). Tunggu pengumuman saya - Sharnaaz Berita Harian. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ Lewis Larcombe (15 April 2023). "POLIS EVO 3 STRIKES UP UNLIKELY PARTNERSHIP WITH POPULAR MOBILE GAME". Kakuchopurei. Dicapai pada 16 April 2023.
- ^ Ashraff Nasser (1 Mac 2020). Shaheizy Sam: "Polis Evo 3" lebih santai dan banyak elemen hiburan Cinema Online. Dicapai pada 27 Jun 2020.
- ^ Amri Hassan (25 September 2019). "Polis EVO 3 bakal shoot tidak lama lagi" - Peminat teruja tunggu kemunculan Zizan dan Sam Astro Gempak. Dicapai pada 3 Disember 2019.
- ^ Ramlah Zainal (23 Disember 2019). Bervariasi dalam lakonan Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2018.
- ^ Michael Ang Pun Berlakon, Hebat Barisan Pelakon Filem Polis Evo 3 Kali Ni Era.je. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (8 April 2020). Penerbit sokong pawagam ditutup Harian Metro. Dicapai pada 22 April 2020.
- ^ "Ayuh - From Polis Evo 3 Original Soundtrack". Spotify. Dicapai pada 20 Mei 2023.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (3 Julai 2020). "Polis Evo 3, Abang Long Fadil 3 ditayang 2021". Berita Harian. Dicapai pada 11 Julai 2020.
- ^ "#Showbiz: Polis Evo 3, Abang Long Fadil 3 only to hit cinemas next year". New Straits Times. 3 Julai 2020. Dicapai pada 11 Julai 2020.
- ^ Affan Rostam (26 Januari 2023). "Polis Evo 3 masuk pawagam Mei depan". Berita Harian. Dicapai pada 16 April 2023.
- ^ Azzam Samsuddin (28 Mei 2023). "PUBG Mobile lancarkan kandungan khas untuk filem Polis Evo 3". Tech Nave. Dicapai pada 29 Mei 2023.
- ^ Hanisah Selamat (27 Mei 2023). "Polis Evo 3 kutip RM3.4 juta hari pembukaan". Kosmo!. Dicapai pada 29 Mei 2023.
- ^ Hanisah Selamat (30 Mei 2023). "Empat hari tayangan, Polis Evo 3 raih RM16 juta". Kosmo!. Dicapai pada 30 Mei 2023.
- ^ Hasif Idris (2 Jun 2023). "Polis Evo 3 raih kutipan RM25 juta dalam tempoh seminggu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Jun 2023.
- ^ "Polis Evo 3: Filem aksi cemerlang Syafiq Yusof". Utusan Malaysia. 28 Mei 2023. Dicapai pada 29 Mei 2023.
- ^ "Ulasan Polis Evo 3". Aksiz.
- ^ "Ulasan Filem Polis Evo 3 : Ibarat Makan Nasi Lemak Yang Sama Setiap Hari, Sedap Tetapi Klise".