Nur ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Amyra Rosli dan Syafiq Kyle.[1] Musim pertama drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 pada 14 Mei hingga 14 Jun 2018 sepanjang Ramadhan. Drama ini memfokuskan tentang perbezaan kehidupan masyarakat yang dilabel sebagai golongan 'pendosa' dan juga golongan 'beriman' daripada perspektif masyarakat sekeliling.

Nur
Genre
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan
  • "Tak Pernah Hilang" oleh Amylea dan Kaer (S1)
  • "Tetap Kamu" oleh Amylea dan Megat (S2)
  • "Miris" oleh Amylea Azizan (S3)
Lagu penutup
  • "Tak Pernah Hilang" oleh Amylea dan Kaer (S1)
  • "Tetap Kamu" oleh Amylea dan Megat (S2)
  • "Miris" oleh Amylea Azizan (S3)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Bilangan episod60
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Hisham A. Karim
  • Irwan Abd Ghani
PenerbitFazli Haji Baharom
Shahrulezad Mohameddin
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal14 Mei 2018 – 25 April 2019

Siri ini merupakan satu kejayaan komersial dan telah memenangi 3 anugerah di Anugerah Skrin 2018 dan 6 anugerah di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019. Musim keduanya disiarkan pada 2 April sehingga 25 April 2019. Sebuah filem berdasarkan drama ini dalam perancangan,[2] bagaimanapun ia tidak dapat direalisasikan.[3] Pementasan teater adaptasi drama ini juga dalam perancangan.[4] Siri ini juga ditayangkan sepanjang Ramadhan di MNCTV di Indonesia.

Ringkasan siri sunting

SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhirRangkaian
11914 Mei 2018 (2018-05-14)14 Jun 2018 (2018-06-14)TV3
2152 April 2019 (2019-04-02)25 April 2019 (2019-04-25)
326TBATBA

Musim 1 (2018) sunting

Mengisahkan mengenai Nur, pelacur yang mahu keluar dari kehidupan kotornya. Pertemuan dengan Ustaz Adam memberi sinar buat Nur. Namun, dalam mencari redha ilahi dan cinta sejati manusia, Nur bergelut dengan penerimaan masyarakat lebih-lebih lagi keluarga Adam yang sangat dihormati.

Musim 2 (2019) sunting

Nur dan Adam yang meneruskan kehidupan mereka di rumah peninggalan arwah Cik Mona. Selain mengajar kanak-kanak mengaji di rumah mereka. Adam masih meneruskan aktiviti memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Pendekatan Adam yang berdakwah secara halus dengan mendekati komuniti di lorong pelacuran tanpa menghakimi sesiapa itu membuatkan dirinya disenangi ramai. Dalam diam Adam diperhatikan oleh Juita, pelacur popular dan juga rakan Nur di lorong itu. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia mahu Adam menjadi miliknya dan perlahan-lahan mencari peluang untuk mendampingi Adam.

Musim 3 (TBA) sunting

Nur dan Adam sudah hidup bahagia mereka mempunyai anak bernama Yunus, Juita telah meninggalkan surat kepada Nur untuk minta maaf atas segala dosanya. Aisyah telah berjaya keluar dari penjara atas kesalahan membunuh suaminya Syed Hamadi.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Amyra Rosli sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam
  • Amyra Rosli sebagai Nur (musim 1–3) – Seorang wanita muda yang berminat untuk mendalami ilmu agama walaupun dibesarkan oleh ibunya yang merupakan seorang pelacur. Nur seorang wanita yang baik, tabah, dan cekal dalam mengharungi pelbagai ujian yang diberikan. Walaupun ujian yang dihadapinya sungguh berat, dia tidak pernah meninggalkan solatnya. Dia juga berhasrat untuk keluar dari 'dunia lorong' dan menjalani kehidupan yang normal sebagai seorang hamba Allah. Nur juga pernah bertemu dengan beberapa lelaki yang dia sangka boleh mengubah hidupnya namun sangkaannya salah. Setelah Nur dikecewakan oleh beberapa lelaki, Nur bertekad untuk berusaha sendiri mengubah nasibnya namun kehidupannya mula berubah apabila Nur bertemu dengan seorang Ustaz muda yang bernama Adam.
  • Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam (musim 1–3) – Seorang lelaki muda yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang Islam dan dibesarkan dalam keluarga yang mempraktikkan ajaran Islam dengan sepenuhnya. Adam merupakan seorang lelaki yang pemalu namun sangat bijak. Adam merupakan seorang graduan daripada sebuah universiti di Jordan. Adam merupakan anak Datuk Ayah Haji Mukhsin dan Datin Ibu Hajah Musalmah. Ayahnya, seorang pendakwah terkenal dan disegani masyarakat. Pada suatu hari, ketika Adam selesai solat Subuh berjemaah di sebuah masjid milik ayahnya, Adam bertemu dengan seorang wanita muda yang sedang menulis soalan di atas sekeping kertas untuk ditanyakan ketika kuliah Subuh nanti. Wanita itu sedar akan kehadiran Adam lalu lari keluar dari masjid tanpa sempat menghabiskan soalannya.

Pelakon pembantu sunting

  • Riena Diana sebagai Dr. Qhadeeja (musim 1–2)
  • Noorkhiriah sebagai Aisyah (musim 1–3)
  • Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi (musim 1–2)
  • Laila Nasir sebagai Cik Mona (musim 1)
  • Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin (musim 1–3)
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah (musim 1–3)
  • Atiq Azman sebagai Amirul (musim 1–3)
  • Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin (musim 1–2)
  • Elmy Moin sebagai Marzuki (musim 1–2)
  • Mathni Razak sebagai Dr Mukhriz (musim 1–2)
  • Kuna Muzani sebagai Datin Orkid (musim 1–2)
  • Jijie Zainal sebagai Jojo (musim 1–3)
  • Hasrulnizam Osman sebagai Ustaz Yassin (musim 1-3)
  • Azar Azmi sebagai Juita (musim 2)
  • Khalida Balqis sebagai Laila (musim 3)
  • Eyra Hazali sebagai Suraya (musim 2–3)
  • Noryati Taib sebagai Nekma (musim 2)
  • Uchee Fukada sebagai Uchee (musim 2)
  • Munaa Bella sebagai Ustazah Nurul (musim 2)
  • Nick Syaf sebagai Farhan (musim 3)
  • Izz Ilham sebagai Daniel (musim 3)

Pelakon Kanak kanak sunting

  • Aiman Badrul sebagai Yunus (musim 3)

Sambutan sunting

PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR PENARAFAN TERTINGGI JUMLAH TONTONAN ATAS TALIAN SUMBER
3.5 juta
11 juta
500 ribu
[5][6]

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Rujukan
2018
Anugerah Skrin ke–22
Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) Nur Menang [7][8]
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian Syafiq Kyle Menang
Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Amyra Rosli Menang
2019
Anugerah Juara Lagu ke–33
Finalis Amylea & KaerTak Pernah Hilang Tercalon [9][10][11]
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–6
Drama Pilihan Nur Menang [12][13][14][15][16]
Pengarah Pilihan Shahrulezad Mohameddin Menang
Penulis Skrip Pilihan Menang
Aktor Pilihan Syafiq Kyle Menang
Aktres Pilihan Amyra Rosli Tercalon
Antagonis Pilihan Azhan Rani Menang
Pasangan Pilihan Syafiq Kyle & Amyra Rosli Menang

Siaran antarabangsa sunting

Filem adaptasi sunting

Pada 2019, Nur tamat selepas filem Dalam perancangan. Amyra Rosli (Nur) & Syafiq Kyle (Ustaz Adam) sedang kembali ke pelakon.

Rujukan sunting

  1. ^ Rudy Imran Shamsudin (30 Mei 2018). Drama Nur ‘trending’ biarpun dipalit kontroversi Harian Metro. Dicapai pada 16 Februari 2019.
  2. ^ Ramlah Zainal (5 Julai 2019). Drama Nur diangkat ke layar filem Harian Metro. Dicapai pada 6 Julai 2019.
  3. ^ Ramlah Zainal (10 Disember 2019). Projek filem Nur terkubur Harian Metro. Dicapai pada 10 Disember 2019.
  4. ^ Rudy Imran Shamsuddin (2 Mei 2019). Nur ke Istana Budaya? Harian Metro. Dicapai pada 2 Mei 2019.
  5. ^ Zaidi Che (24 Disember 2018). 5 Drama Melayu Paling Popular 2018 - Teka Drama Yang Mengalahkan Nur Diarkibkan 2020-04-20 di Wayback Machine Stail.my. Dicapai pada 24 Disember 2018.
  6. ^ Budiey (22 Disember 2018). Senarai Top 5 Drama Melayu TV3 Tahun 2018 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Disember 2018.
  7. ^ Senarai Anugerah Penuh Anugerah Skrin 2018, XTRA. Diterbitkan pada 26 Oktober 2018. Dicapai 27 Oktober 2018.
  8. ^ MOHD. HAIKAL ISA (3 November 2018). "ASK2018: Syafiq, Amyra menang pelakon drama rantaian terbaik". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-07. Dicapai pada 2019-04-07.
  9. ^ Georgie Joseph (November 23, 2018). "12 lagu mara ke pentas akhir AJL ke-33". Harian Metro.
  10. ^ Farihad Shalla Mahmud (November 23, 2018). "Tiga lagu ciptaan Hael layak ke AJL 33". Berita Harian.
  11. ^ SGMS Faida (November 23, 2018). "Tahniah! Ini Senarai Lagu Yang Mara Ke Pentas AJL 33". xtra.
  12. ^ "Nur sapu enam trofi DFKL 2019". Berita Harian. April 7, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-08. Dicapai pada 2019-04-08.
  13. ^ Ahmad Isyafiq Mad. Desa (April 7, 2019). "Nur menang besar di DFKL 2019". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-08. Dicapai pada 2019-04-08.
  14. ^ Dennis Chua (April 7, 2019). "#Showbiz: 'Nur' makes a killing at Anugerah DFKL 2019". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris).
  15. ^ Farhan Ikram (April 7, 2019). "'Nur' bersinar lagi, kali ini menang besar di DFKL 2019". mStar.
  16. ^ Ramieza Wahid (April 7, 2019). "Nur menang besar di DFKL 2019". malaysiakini.

Pautan luar sunting