Noryati Taib (12 Januari 1958 – 7 April 2021),[1] juga dikenali sebagai Mak Cik Petir merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lakonannya yang bersahaja dalam drama televisyen dan filem. Beliau ialah ibu saudara kepada pengarah televisyen Shahrulezad Mohameddin.

Noryati Taib
Kelahiran(1958-01-12)12 Januari 1958
Meninggal dunia7 April 2021(2021-04-07) (umur 63)
Sebab kematianCOVID-19
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kebun Teh
Nama lain
  • Mak Cik Petir
  • Mak Uda Yati
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2006–2021
PasanganHashim Mohd Yusoff (k. 1978; m. 2021)
Anak-anak4
Ibu bapaTaib bin Siron (bapa)
KeluargaShahrulezad Mohameddin (anak saudara)

Kerjaya sunting

Noryati memulakan kerjaya lakonan secara tiba-tiba tanpa dirancang menerusi drama Abang! Mak Panggil Balik!. Antara kredit lakonannya ialah Sindarela, Tari Tirana dan Syurgamu Ramadhan.[1]

Kehidupan peribadi sunting

Noryati mempunyai empat anak. Anak saudaranya ialah pengarah dan penerbit televisyen, Shahrulezad Mohameddin.[1]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak
2012 Cinta Kura Kura Mak Uda
29 Februari Mak Tam
2013 Hantu Tok Mudim Mak Yam
2020 Keluarga Iskandar The Movie

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Sindarela Makcik Mary TV3
2008–2011 Mr. Mama Nek Jah
2009–2010 Tari Tirana Makcik Isabella
2010 Syurgamu Ramadhan Datin Kesuma
Dottie Cik Petir Astro Ria
2011 Boona & Boonie Nyonya Mansor TV9
2012 Tanah Kubur (Musim 5) Pn Maria Astro Oasis Episod: "Pena Fitnah"
2013 Kerana Lelaki Itu Umi Zulaikha TV9
Ramadan Yang Hilang Maryam TV3
2013–2014 Misiku Kuza Mak We Astro Ria
2014 Papa Chef TV1
Tanah Kubur (Musim 12) Hasnah Astro Oasis Episod: "Fitnah"
2015 Bila Hati Telah Hitam Temah Episod: "Baran"
2016 Balang Bawah Bulan TV1
Terlarang Sudah Rinduku Mak Long TV9
2017 Budak Ijat Mak Der TV3
2018 Budak Usin Naquyah/Mak Uda
2019 Nur 2 Nekma
2020 Dendam Cinta Arissa Saleha Astro Ria
2021 Single Terlalu Lama TV3 Penampilan khas

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2007 Abang! Mak Panggil Balik! Mak Leha TV9
2011 Cik Kiah Kole Kacang
2013 Sarah & Hajar TV3
Opah Raya Stail Nek Yon Astro Ria
2014 Penakluk Mimpi
Nak Kahwin Lagi TV1
2015 Mana Burger Mak HyppTV
Cikgu Su TV1
Kapal Kertas TV3
2016 Gerimis Hati Asyikin
2017 BoBajet Senah Astro First Eksklusif
2020 Cik Petir Putrajaya Makcik Petir TV3

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran TV
2014 Kuali Terbalik Astro Warna

Sakit dan kematian sunting

Pada September 2017, Noryati dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru apabila mengalami jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau juga menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes dan dibenarkan keluar selepas mendapatkan rawatan di HSI. Noryati mengalami sesak nafas sehari kemudian hingga keadaannya kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI pada 24 September 2017.[1]

Pada Februari 2021, keadaan kesihatannya merosot selepas disahkan positif COVID-19.[2] Noryati meninggal dunia pada 7 April 2021 pada usia 63 tahun di kediamannya di Pasir Gudang, Johor.[3][4] Jenazah Noryati dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, pada jam 11.30 pagi, selepas solat jenazah di Masjid Al-iltihad Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Sudirman Mohd Tahir (7 April 2021). "Noryati meninggal dunia di sisi empat anak". Harian Metro. Dicapai pada 10 April 2021.
  2. ^ "Makcik Petir positif COVID-19, mohon doa diberi kesembuhan - "Saya tahu dia gelisah sebab dekat hospital nanti, dia seorang sahaja tak ada siapa dapat temankan"". mStar Online. 3 Februari 2021. Dicapai pada 10 April 2021.
  3. ^ "Makcik Petir sudah tiada... Noryati Taib meninggal dunia". mStar Online. 7 April 2021. Dicapai pada 10 April 2021.
  4. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (7 April 2021). "Pelakon, Noryati Taib meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 10 April 2021.
  5. ^ Omar Ahmad (7 April 2021). "Jenazah pelakon, Noryati Taib selamat dikebumikan". Berita Harian. Dicapai pada 10 April 2021.