Buka menu utama

Unifi TV

Perkhidmatan IPTV milik Telekom Malaysia
(Dilencongkan dari HyppTV)

Unifi TV (dahulu dikenali sebagai HyppTV)[1] merupakan perkhidmatan IPTV terulung di Malaysia yang dimiliki oleh Telekom Malaysia (TM). Ia mula-mula diperkenalkan sebagai pelengkap untuk pelanggan perumahan unifi. Mulai 2013, unifi TV turut dinikmati oleh pelanggan perniagaan unifi dan pelanggan Broadband.

unifi TV
JenisIPTV Swasta
Negara
KetersediaanKebangsaan
MotoPrimetime, Anytime, Everytime (2013 - 2018)
Tarikh pelancaran
24 Mac 2010 (sebagai HyppTV)
12 Januari 2018 (sebagai unifi TV)
Laman sesawang
https://unifi.com.my/tv/

SejarahSunting

 
Logo lama HyppTV (2010 - 2018).
  • 2010, 24 Mac: Perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi dilancarkan, besertakan perkhidmatan IPTV iaitu HyppTV untuk pelanggan rumah.[2]
  • 2012, 24 Mac: HyppTV menawarkan Platinum Pack yang menawarkan 30 saluran berbayar terpilih ketika itu dalam satu pakej pada harga RM30 (RM1/saluran) sebagai alternatif kepada membeli satu demi satu saluran pada harga yang lebih.
  • 2012, 26 November: HyppTV diperluas kepada pelanggan perniagaan UniFi.[3]
  • 2013, Januari: HyppTV menawarkan Ruby Pack yang terdiri daripada 10 saluran berbahasa Cina dan Asia pada harga RM30 sebulan (RM3/saluran).
  • 2013, Mei: HyppTV merombak semula Platinum Pack untuk pelanggan baharu supaya hanya merangkumi saluran-saluran berbayar berbentuk hiburan antarabangsa (selain Ruby Pack), di samping memperkenalkan Mega Pack dan Sports Pack.
  • 2013, Julai: HyppTV ditawarkan kepada pelanggan Streamyx 4 Mbps dan 8 Mbps, di samping boleh ditonton dalam peranti mudah alih (telefon pintar dan tablet) melalui aplikasi HyppTV Everywhere yang diperkenalkan serentak dengannya.
  • 2013, 1 Ogos: Sejarah tercipta apabila Astro dan TM memeterai perjanjian untuk berkongsi siaran Astro SuperSport dan Astro SuperSport 2 di samping hak penyiaran Liga Perdana Inggeris dengan HyppTV. Perjanjian Astro dengan HyppTV bermula pada 1 Ogos 2013 sehingga siaran akhir 31 Julai 2016.[4]
  • 2013, 1 September: Siaran saluran baharu RTL CBS Entertainment HD dilancarkan.
  • 2014, 26 Mac: Saluran filem VOD berbahasa Malaysia yang pertama, Dunia Sinema dilancarkan – hasil kerjasama antara HyppTV dan Metrowealth International Group (MiG). Saluran ini menyiarkan filem-filem terbaik sepanjang zaman edaran MiG untuk tontonan seisi keluarga, dan boleh dilanggan dengan harga RM10 sebulan.
  • 2014, 1 April: Siaran RTL CBS Extreme HD dilancarkan.
  • 2014, 4 Ogos: Saluran asli HyppTV berbahasa Malaysia yang pertama, HyppSensasi HD dilancarkan.
  • 2014, 1 Oktober: Susulan kemunculan saluran Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD pada Ogos 2013, HyppTV melancarkan 3 lagi saluran di bawah naungan Astro; iaitu Astro Awani, Astro Oasis, Astro Vaanavil dan satu saluran dari India iaitu Makkal TV.
  • 2015, Januari: HyppTV merombak semula penawaran pakej sedia ada, termasuklah memperkenalkan tiga pakej baharu; iaitu Aneka Pack (RM30/bulan), Jumbo Pack (RM60/bulan), dan Varnam Pack (RM30/bulan). Keistimewaan Jumbo Pack ialah penawaran kandungan sukan daripada Sports Pack yang kini menjadi sebahagian daripada penawaran pakej ini, selain menamatkan penawaran Mega Pack dan Platinum Pack sebelum ini.
  • 2015, 1 September: Saluran EC Inspirasi ditukar nama kepada HyppInspirasi HD. Saluran baru turut dilancarkan iaitu DreamWorks Channel HD.
  • 2015, 1 Oktober: Saluran HyppInspirasi HD kini dijadikan saluran premium, sekali gus ditawarkan secara à la carte atau melalui langganan Aneka Pack.
  • 2016, 26 Ogos: HyppTV telah melancarkan rangkaian FOX Sports (FOX Sports HD, FOX Sports 2 HD, FOX Sports 3 HD & FOX Sports News HD) untuk semua pelanggan HyppTV yang melanggan Sports Pack atau secara à la carte.
  • 2016, 1 Oktober: HyppTV telah melancarkan BBC World News HD dan BBC First HD (VOD) untuk semua pelanggan HyppTV yang melanggan Jumbo Pack.
  • 2017, 1 April: HyppTV telah melancarkan 7 saluran baru; iaitu Zee TV, Zee Cinema, Zee Tamil, Pesona HD (gantian saluran MNC Channel), Sony SET, Sony SAB, dan tvN Movies HD, untuk meraikan 7 tahun kewujudan HyppTV.
  • 2017, Jun: HyppTV melancarkan pakej baru iaitu Jumbo Lite Pack dengan harga langganan RM30 sebulan, sebagai ganti kepada Platinum Pack sebelum ini; diiringi dengan pelancaran 2 saluran baru iaitu Animax HD dan Sony Channel HD.
  • 2017, 19 Jun: HyppTV membuka kesemua saluran termasuklah 5 saluran VOD HyppTV bermula 19 Jun sehingga 18 Julai untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
  • 2017, 1 Ogos: HyppTV telah melancarkan 3 saluran baru iaitu MTV Asia HD (gantian saluran MTV Live HD), Nickelodeon, dan Paramount Channel HD.
  • 2017, 15 Oktober: Perkhidmatan karaoke atas permintaan (on demand) pertama seumpamanya di Malaysia, HyppStars ditamatkan.
  • 2017, 22 Disember: HyppSensasi HD telah mencapai rekod 1 juta tontonan sejak pengenalan saluran pada 4 Ogos 2014.[5]
  • 2018, 12 Januari: HyppTV dan HyppTV Everywhere dijenamakan semula sebagai unifi TV dan playTV@unifi.
  • 2018, 15 Januari: Rancangan candawara (game show) interaktif bersiaran langsung yang pertama seumpamanya di Malaysia, Teka Tekan dilancarkan; yang mana membolehkan para pelanggan unifi TV menjawab soalan melalui alat kawalan jauh, dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.[6]
  • 2018, Februari: Sejumlah saluran di bawah kendalian Walt Disney Company Asia (WDCA) telah dilancarkan di unifi TV. Saluran-saluran tersebut ialah FOX, FOX Life, FX, FOX Movies, FOX Action Movies, FOX Family Movies, National Geographic, Nat Geo Wild, BabyTV, dan Sky News.[7]
  • 2018, 1 Februari: unifi TV dengan kerjasama Football Malaysia LLP (FMLLP) membawakan acara perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2018 secara langsung di HyppSports HD, yang merangkumi unifi Liga Super Malaysia, unifi Piala Malaysia, 100Plus Liga Premier Malaysia, Piala Sumbangsih, dan Piala FA Malaysia.[8]
  • 2018, Mac: unifi TV melakukan rombakan semula dengan menyusun sejumlah 69 nombor saluran mengikut kesesuaian genre secara lebih teratur demi pengalaman tontonan yang lebih baik. Pengguna perlu melakukan but semula terhadap kotak atas set (STB) unifi TV bermula 1 Mac 2018 untuk menerima kemaskini ini.[9][10]
  • 2018, April: unifi TV sekali lagi merombak pakej-pakej langganan sedia ada, dengan memfokuskan kepelbagaian etnik dan sukan dalam satu pek mampu milik. Pek-pek unifi TV telah berubah nama kepada "Ultimate Pack" (sebelum ini Jumbo Pack), "Aneka Plus Pack", "Ruby Plus Pack", dan "Varnam Plus Pack." Sejumlah saluran baharu dari Walt Disney Company Asia (WDCA) kini tersedia untuk ditonton di aplikasi playTV@unifi, selain melancarkan sebuah saluran berbahasa Jepun iaitu NHK World Premium.[11]
  • 2018, 1 Jun: Dua saluran baharu dilancarkan, iaitu CJ WOW Shop HD (saluran home shopping 24 jam oleh Media Prima & CJ O Shopping) dan Dunia Sinema HD (migrasi saluran VOD ke saluran TV).
  • 2019, 1 April: Rangkaian Zee (Zee TV, Zee Tamil, dan Zee Cinema) di Varnam Pack beralih kepada saluran-saluran baharu daripada rangkaian Colors Viacom 18 iaitu Colors, Colors Cineplex, dan Colors Tamil HD.

AmSunting

Set-top-box (STB) yang digunakan TM untuk unifi TV ialah jenis Huawei EC6106v5 dan Huawei EC6108v8. Bermula Januari 2019, para pelanggan baharu unifi dan Broadband tidak akan menerima STB unifi TV dek kerana tabiat tontonan kandungan TV secara bergerak (on-the-go).[12]

Semua saluran berbayar boleh dilanggan secara à la carte dengan harga RM6 hingga RM40, ataupun dibeli secara pukal dalam pek unifi TV sedia ada pada harga langganan antara RM30 dan RM60 sebulan. Ciri-ciri istimewa seperti time-shift TV (membeku, memutar balik dan memainkan semula gambar siaran) dan catch-up TV (menonton tayangan yang lepas) disediakan untuk saluran-saluran yang tertentu.

2013 - 2014: Kesemua saluran berbayar yang diperkenalkan sebelum April 2013 digolongkan dalam Platinum Pack, kecuali saluran-saluran Cina (200-an) yang tergolong dalam Ruby Pack dan saluran-saluran sukan (700-an) yang tergolong dalam Sports Pack. Setiap pakej tersebut berharga RM30 sebulan. Gabungan Platinum dan Ruby serta saluran-saluran sukan pilihan (Trace Sport Stars, Outdoor Channel, HyppXtreme & HyppSports Academy), iaitu Mega Pack, boleh dibeli pada harga RM50.

Dari masa ke masa, TM telah mengemas kini pakej unifi TV mereka.

TM telah bekerjasama dengan iflix untuk memperluaskan lagi hiburan dan rancangan pilihan. Dengan iflix, para pengguna boleh menonton banyak lagi filem dan drama dari dalam dan luar negara, telenovela, rancangan realiti, kanak-kanak, dan lain-lain. Pelanggan unifi TV boleh mencapai iflix terus daripada kotak atas set melalui butang-i lalu memilih TV Apps.

2016: TM telah memperkenalkan TV Apps – hasil kerjasama dengan pelbagai perkhidmatan penstriman terkemuka di dunia seperti BBC untuk memperluaskan lagi hiburan berkelas dunia untuk semua pelanggan unifi TV. Antaranya ialah BBC Player, dimsum, iflix, Lebara Play, tonton, Viu, dan YuppTV. Kesemua perkhidmatan ini telah diintegrasikan dengan pek langganan unifi TV sedia ada.

Pakej unifi TVSunting

  • Ultimate PackRM 60.00/bulan
  • Aneka Plus PackRM 30.00/bulan
  • Ruby Plus PackRM 30.00/bulan
  • Varnam Plus PackRM 30.00/bulan

Para pelanggan unifi TV juga boleh memilih untuk melanggan hanya saluran-saluran premium yang ingin ditonton (à la carte) daripada melanggani keseluruhan pek – bermula daripada serendah RM 6.00 sebulan.

Senarai saluranSunting

Berikut merupakan senarai saluran unifi TV, Setakat November 2019:

TelevisyenSunting

Untuk Live TV Mosaic, sila ke saluran 100 atau tekan butang berwarna biru (B) untuk mencapai kesemua saluran yang tersedia di Unifi TV.

Kategori Nombor Saluran Pakej langganan Harga langganan
à la carte per bulan*
HyppPlay (VOD) playTV@unifi
Tempatan 101 TV1 Percuma  N  Y
102 TV2  N  Y
103 TV3  N  Y
107 ntv7  N  Y
108 8TV  N  Y
109 TV9  N  Y
110HD Unifi TV Highlights  N  Ya
Tempatan 113HD Salam HD  N  Y
114HD TV AlHijrah  Y  Y
116HD HyppSensasi Aneka Plus / Ultimate RM 6.00  Y  Y
118HD HyppInspirasi RM 9.00  Y  Y
128HD Dunia Sinema RM 9.00  N  Y
141HD Pesona RM 9.00  Y  Y
151HD LAKU Mall Percuma  N  Y
Oriental 201HD tvN Movies Ruby Plus / Aneka Plus / Varnam Plus / Ultimate RM 15.00  Y  Y
211HD tvN HD RM 9.00  Y  Y
225HDα now Baogu Movies Ruby Plus / Ultimate RM 15.00  Y  N
226HDα SCM Legend RM 9.00  Y  Y
228HDα SCM RM 15.00  Y  Y
231HDα now TV International Percuma  Y  Y
232HDα STAR Chinese Channel Ruby Plus / Ultimate RM 9.00  Y  Y
233HDα now Jelli RM 9.00  Y  Y
239 SETI RM 6.00  Y  Y
Tamil & Hindi 311HD Colors Tamil Varnam Plus / Ultimate RM 6.00  N  Y
312 Polimer RM 6.00  Y  Y
313 Jaya Max RM 6.00  N  Y
331 Sony MAX Varnam Plus / Aneka Plus / Ultimate RM 9.00  Y  Y
332 UTV Movies International Varnam Plus / Ultimate RM 9.00  N  N
333 Colors Cineplex RM 9.00  N  Y
341 Colors RM 6.00  N  Y
342 Sony SAB RM 6.00  N  Y
343 Sony SET (SET India) RM 6.00  N  Y
Filem 401HD FOX Movies Ultimate RM 40.00  Y  Ya
402HD FOX Action Movies  Y  Ya
403HD FOX Family Movies  Y  Ya
408HD Paramount Channel RM 15.00  Y  Y
411HD CinemaWorld RM 9.00  Y  Y
Variasi 451HD Warner TV Ultimate / Aneka Plus / Ruby Plus / Varnam Plus RM 9.00  Y  Y
453HD FOX RM 9.00  Y  Ya
454HD FX RM 9.00  Y  Ya
455HD FOX Life RM 9.00  Y  Ya
471HD Comedy Central RM 9.00  Y  Y
472HD Animax RM 9.00  Y  Y
473HD Blue Ant Entertainment RM 9.00  Y  Y
474HD Blue Ant Extreme Percuma  Y  Y
Gaya Hidup 501HD BBC Earth Ultimate RM 9.00  Y  Y
508HD National Geographic RM 9.00  Y  Ya
509HD Nat Geo Wild RM 9.00  N  Ya
511HD Nat Geo People Percuma  Y  Y
512HD BBC Lifestyle Ultimate / Aneka Plus / Ruby Plus / Varnam Plus RM 6.00  Y  Y
521HD Travel Channel Percuma  Y  Ya
529HD Luxe.TV  N  Y
531HD MTV Asia Ultimate / Aneka Plus / Ruby Plus / Varnam Plus RM 9.00  Y  Y
Kanak-kanak 550HD DreamWorks Channel RM 9.00  Y  Y
552 Nick Jr. RM 6.00  Y  Y
553HD CBeebies RM 6.00  Y  Y
554HD Nickelodeon RM 9.00  Y  Y
555HD Boomerang RM 9.00  Y  Y
562HD BabyTV RM 9.00  N  Ya
Berita 601HD BBC World News RM 9.00  N  Y
602HD Al Jazeera English RM 9.00  N  Ya
603HD Sky News RM 9.00  N  Ya
611HD CNA Percuma  Y  Y
612 Euronews  N  Y
631 BNC  N  Ya
633HD Parlimen Malaysia  N  Y
641 ABC Australia  N  N
642HD DW  N  Y
643HD NHK World Japan  N  Y
651HD NHK World Premium À la carte sahaja RM 9.00  N  N
652 France 24 RM 20.00  N  Y
Sukan 706HD FOX Sports Ultimate / Aneka Plus / Ruby Plus / Varnam Plus RM 40.00  Y  Y
707HD FOX Sports 2  Y  Y
708HD FOX Sports 3  Y  Y

*Tertakluk kepada perubahan.

Nota

  • ↑α  Walaupun saluran dinyatakan dalam HD, saluran tersebut disedia dalam kualiti SD 16:9 buat masa ini.
  • ↑a  Untuk pelanggan dengan kotak atas set unifi TV sahaja.

Video atas permintaanSunting

Untuk mencapai saluran video-on-demand (VOD) unifi TV, pengguna perlu ke nombor saluran yang tertera di bawah, atau menekan butang VOD pada alat kawalan jauh unifi TV.

Senarai Saluran Video-On-Demand (VOD) unifi TV
Nombor Saluran Keterangan Pakej langganan Harga langganan à la carte playTV@unifi
Snek Kandungan hiburan bite-sized daripada unifi TV Percuma  Y*
183HD AlHijrah On Demand Rancangan keagamaan keluaran TV AlHijrah À la carte / Aneka Plus / Ultimate RM 10.00/bulan  Y
238HD now Chinese Drama Saluran siri drama TV klasik dari China dan Taiwan À la carte / Ruby Plus / Ultimate RM 6.00/bulan  Y
431HD HyppFlicks Plus Saluran sewa filem satu-persatu À la carte RM 10.00/judul (Filem Hollywood & Asia)
RM 15.00/judul (Filem Malaysia & Premium)
 Y
481HD BBC First Saluran siri TV UK kendalian BBC À la carte / Ultimate / Aneka Plus / Ruby Plus / Varnam Plus RM 15.00/bulan  Y
830HD HyppPlay Saluran pilihan pada rancangan Saluran à la carte / pek unifi TV yang terlibat Sekali dengan pembelian saluran/pakej berkenaan  Y

*Boleh didapati secara eksklusif di aplikasi playTV@unifi bermula 15 April 2019.

InteraktifSunting

Untuk mencapai saluran inter@ctive unifi TV, pengguna perlu menekan butang i pada alat kawalan jauh unifi TV.

Senarai Saluran inter@ctive unifi TV
Kategori Saluran Keterangan
Buzz i-Contest Saluran peraduan interaktif yang dianjurkan oleh unifi TV untuk para pelanggan berpeluang memenangi hadiah eksklusif.
Entertainment Cinema Movie Trailers Rangkuman treler filem terbaharu akan datang di pawagam tempatan.
The Making Of Arkib video di sebalik tabir daripada filem-filem blokbuster tempatan dan antarabangsa untuk keselesaan di rumah.
Info TM Self Help Saluran sehentian untuk tutorial berkaitan troubleshooting dan lain-lain daripada Telekom Malaysia.
Knowledge Dictionary.com Carian kamus interaktif.
Malaysian History Tingkatkan ilmu pengetahuan berkaitan sejarah pembangunan Malaysia daripada Arkib Negara Malaysia.
TED.com Wadah perkongsian buah fikiran dan pandangan melalui sebuah acara global yang berpangkalan di benua Amerika Utara.
Lifestyle Flight Info Rujukan jadual penerbangan melalui lapangan terbang antarabangsa seluruh Malaysia.
Horoscope Ramalan zodiak interaktif.
iCook Asia Saluran masakan interaktif – daripada segenap aneka pilihan resepi masakan terbaik kepada resepi pilihan cef-cef terkemuka di Malaysia.
News Headlines Berita terkini tempatan dan antarabangsa yang dibawakan oleh The Star Online, dikemas kini setiap hari.
Traffic Info Dapatkan maklumat trafik terkini yang dikuasakan oleh Twitter PLUS Trafik sebelum memulakan perjalanan.
Waktu Solat Dapatkan waktu-waktu solat dari bandar-bandar utama seluruh Malaysia, dibawakan oleh JAKIM.
Weather Forecast Maklumat cuaca terkini di serata Malaysia, dikemas kini setiap hari.

RadioSunting

Saluran-saluran terdahuluSunting

2013

  • SS Musicdigantikan kepada Polimer pada 1 Januari 2013
  • FOX Football Channel Plus HDditamatkan pada 31 Julai 2013
  • Nat Geo Musicdigantikan kepada Channel [V] International HD pada 31 Ogos 2013

2014

  • KidsCoditamatkan pada 10 Februari 2014
  • EMASditamatkan pada 1 Ogos 2014, digantikan kepada HyppSensasi HD pada 4 Ogos 2014
  • Trace Sport Stars HDditamatkan pada 30 September 2014
  • UTV Starsditamatkan pada 30 September 2014

2015

  • EC Inspirasidijenamakan semula sebagai HyppInspirasi HD pada 1 September 2015
  • BBC Entertainmentditamatkan pada 1 Oktober 2015, digantikan kepada BBC First HD (VOD) pada 1 Oktober 2016
  • FOX Football Channel HDditamatkan pada Oktober 2015, digantikan kepada FOX Sports HD pada 26 Ogos 2016

2016

  • Discovery Kidsditamatkan pada 16 Januari 2016
  • Fashion TV HDditamatkan pada 1 Mei 2016
  • Hikmah Channeldijenamakan semula sebagai Salam HD pada 5 Jun 2016
  • Astro Awaniditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • Astro Oasisditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • Astro SuperSport HDditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • Astro SuperSport 2 HDditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • Makkal TVditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • TV Direct Showcaseditamatkan pada 1 Disember 2016

2017

  • Bindass Playditamatkan pada 1 April 2017
  • FOX Sports News HDditamatkan pada 1 April 2017
  • MNC Channeldigantikan kepada Pesona HD pada 1 April 2017
  • UTV Bindassditamatkan pada 1 April 2017
  • Syfy HDditamatkan pada 30 Jun 2017
  • Universal Channel HDditamatkan pada 30 Jun 2017
  • Hao Xiang Shopping TV HDditamatkan pada 1 Julai 2017
  • HyppSports 4 HDditamatkan pada 1 Julai 2017
  • MTV Live HDdigantikan kepada MTV Asia HD pada 1 Ogos 2017
  • Motorvision HDditamatkan pada 1 September 2017

2018

2019

  • Channel W HDditamatkan pada 1 Januari 2019
  • CJ WOW Shop HDditamatkan pada 1 Januari 2019
  • HyppSports 3 HDditamatkan pada 1 Januari 2019
  • Outdoor Channel HDditamatkan pada 1 Januari 2019
  • now Chinese Dramaditamatkan pada 1 Mac 2019, kini dijadikan saluran video-on-demand (VOD)
  • Zee Cinemadigantikan kepada Colors Cineplex pada 1 April 2019
  • Zee Tamildigantikan kepada Colors Tamil HD pada 1 April 2019
  • Zee TVdigantikan kepada Colors pada 1 April 2019
  • MUTV HDditamatkan pada 1 Jun 2019
  • Sony Channel HDditamatkan pada 1 Jun 2019
  • Bloomberg Televisionditamatkan pada 1 September 2019
  • BabyFirstditamatkan pada 1 Oktober 2019
  • RED by HBO HDditamatkan pada 1 Oktober 2019

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting