BBC World News
BBC News ialah saluran televisyen berita dan hal ehwal antarabangsa BBC yang menikmati jumlah penonton terbesar di kalangan semua saluran BBC. Dahulunya dikenali sebagai BBC World Service Television, BBC World bersiaran selama 24 jam sehari dengan rancangan-rancangan termasuk buletin BBC News, dokumentari, rancangan gaya hidup dan wawancara. Pesaing global utamanya ialah CNN International, namun banyak juga syarikat penyiaran berita utama yang turut bersaing. BBC World dianggap sebagai saluran berita yang teramai penontonnya, menewaskan CNN dan Al Jazeera English.
![]() | |
Slogan | Live The Story |
---|---|
Pemilikan | |
Pemilik | BBC |
Sejarah | |
Dilancarkan | 26 Januari 1995 |
Ketersediaan | |
Kabel | |
![]() | Saluran 206 |
![]() | Saluran 701 (HD) |
![]() | Saluran 194 Digital (Saluran analog berbeza-beza mengikut kawasan setempat) |
![]() | Salurans Vary |
![]() | Saluran 104 |
![]() | Saluran 320 (HD) |
![]() | Saluran 75 |
Foxtel Digital | Saluran 103 |
![]() | Saluran 29 |
![]() | Saluran 43 |
Satelit | |
![]() | Saluran 512 (HD) |
Hot Bird 6 | 12597 V / 27500 / 3/4 |
Hot Bird 7A | 11334 H / 27500 / 2/3 & 11432 V / 27500 / 2/3 |
Astra 1KR | 11597 V / 22000 / 5/6 |
Thor 2 | 11325 H / 24500 / 7/8 |
![]() | Saluran 520 |
![]() | Saluran 104 |
![]() | Saluran 85 |
![]() | Saluran 75 |
IPTV | |
![]() | Saluran 601 (HD) |
![]() | Saluran 166 (HD) |
Media penstriman | |
![]() | Astro GO / On Demand |
![]() | playTV@unifi / On Demand |
Saluran ini dipancarkan oleh Red Bee Media dari pusat rangkaiannya di Pusat Penyiaran, sebahagian daripada BBC Media Village di White City, London barat. Segala hasil berita dipetik dari Pusat Televisyen yang berdekatan di mana BBC World mempunyai sebuah bilik berita yang berasingan daripada bahagian-bahagian BBC News yang lain. Bilik berita ini memberi output dari 0500-0030 Waktu Britain setiap hari kerja dan dari 0600-0030 setiap hujung minggu. Output berita dari 0100-0500 berasal dari studio saluran tempatan UK iaitu BBC News 24.
Meskipun studio berita BBC World menghasilkan outputnya dalam format 16:9 SDTV seiringan dengan kandungan bahagian BBC News yang lain, BBC World dipancar dalam format 4:3. Output berita diubah kepada bingkai 14:9 untuk penyiaran digital dan analog, maka terhasilnya jalur hitam di atas dan bawah skrin.
BBC World dinamakan sebagai Saluran Berita Antarabangsa Terbaik di Anugerah AIB pada bulan November 2006.[1]
Program BBC News sunting
Program berita yang disiarkan secara langsung sunting
- BBC News
- World News Today
= Organization = IdentityPersonal link = Program bisnes
GLOBAL sunting
- World Business Report
- Asia Business Report
- Middle East Business Report
- India Business Report
Program lain yang disiarkan secara langsung sunting
- Asia Today
- Sport Today
- Have Your Say
Program rakaman sunting
- HARDtalk
- Click
- Fast Track
- Talking Movies
- This Week
- Visionaries
- Survival
- Our World
- Earth Report
- Life on the Edge
- Dateline London
- Newsround
Pesaing berat sunting
Lihat juga sunting
Rujukan sunting
- ^ Key Dates Diarkibkan 2008-06-29 di Wayback Machine BBC World
Pautan luar sunting
- Laman Web BBC News Diarkibkan 2007-10-08 di Wayback Machine
- Astro BBC News