Perbadanan Penyiaran British

(Dilencongkan dari BBC)

Perbadanan Penyiaran British (bahasa Inggeris: British Broadcasting Corporation, disingkatkan kepada BBC) ialah penyiar perkhidmatan awam British. Beribu pejabat di London, ia merupakan penyiar kebangsaan tertua di dunia, dan penyiar terbesar di dunia mengikut bilangan pekerja, menggaji lebih 21,000 kakitangan secara keseluruhan, di mana kira-kira 17,900 daripadanya berada dalam penyiaran sektor awam.[1][2][3][4][5]

Perbadanan Penyiaran British
Jenis/bentuk sahBadan berkanun dengan piagam diraja
IndustriMedia massa
PendahuluSyarikat Penyiaran British
Ditubuhkan18 Oktober 1922; 101 tahun yang lalu (1922-10-18) (sebagai Syarikat Penyiaran British)
1 Januari 1927; 97 tahun yang lalu (1927-01-01) (sebagai Perbadanan Penyiaran British)
PengasasKerajaan United Kingdom
Ibu pejabatBroadcasting House, London, England
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
  • Elan Closs Stephens (Pengerusi)
  • Tim Davie (Ketua Pengarah)
Keluaran
Perkhidmatan
Hasil £5.330 bilion (2022)[1]
Pendapatan kendalian £124 juta (2022)[1]
Pendapatan bersih £206 juta (2022)[1]
Jumlah aset £3.414 juta (2022)[1]
Bilangan kakitangan 21,281 (2022)[1]
Pembahagian
Anak syarikatBBC Worldwide, BBC Studioworks, BBC Film, BBC Studios, German Service Sunting ini di Wikidata
Tapak webbbc.com Sunting ini di Wikidata
IMDB: co0043107 IBDB: 83561
Facebook: bbc Twitter: BBC Instagram: bbc Youtube: UCCj956IF62FbT7Gouszaj9w TikTok: bbc Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

BBC ditubuhkan di bawah piagam diraja[6] dan beroperasi di bawah perjanjiannya bersama Setiausaha Negara bagi Kebudayaan, Media dan Sukan.[7] Hasil kerjanya dibiayai terutamanya oleh yuran lesen televisyen tahunan[8] yang dikenakan caj kepada semua isi rumah, syarikat dan pertubuhan British menggunakan sebarang jenis peralatan untuk menerima atau merakam siaran televisyen secara langsung atau menonton menggunakan iPlayer.[9] Yuran itu ditetapkan oleh Kerajaan British, dipersetujui oleh Parlimen,[10] dan digunakan untuk membiayai radio, TV, dan perkhidmatan dalam talian BBC yang meliputi negara dan wilayah di UK. Sejak 1 April 2014, ia juga telah membiayai BBC World Service (dilancarkan pada 1932 sebagai BBC Empire Service), yang menyiarkan dalam 28 bahasa dan menyediakan perkhidmatan TV, radio dan dalam talian yang komprehensif dalam bahasa Arab dan Parsi.

Kira-kira satu perempat daripada hasil BBC datang daripada anak syarikat komersialnya BBC Studios (dahulunya BBC Worldwide), yang menjual rancangan dan perkhidmatan BBC di peringkat antarabangsa dan juga mengedarkan perkhidmatan berita antarabangsa 24 jam berbahasa Inggeris BBC World News, dan daripada BBC.com, yang disediakan oleh BBC Global News Ltd. Pada tahun 2009, syarikat itu telah dianugerahkan Anugerah Ratu untuk Perusahaan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian antarabangsanya.[11]

Sejak penubuhannya pada 1922, BBC telah memainkan peranan penting di dalam kehidupan dan budaya British.[12] Ia secara lazimnya dikenali sebagai the Beeb, Auntie, atau gabungan kedua-duanya (Auntie Beeb).[13][14]

Sejarah sunting

Syarikat Penyiaran British yang asal ditubuhkan pada tahun 1922 oleh sekumpulan syarikat telekomunikasi (termasuk anak syarikat General Electric dan AT&T) untuk menyiarkan perkhidmatan radio percubaan. Rancangan pertama disiarkan pada 14 November 1922 dari stesen 2LO yang terletak di Rumah Marconi, London.[15]

Syarikat Penyiaran British, dengan John Reith sebagai pengurus besarnya, kemudian menjadi Perbadanan Penyiaran British pada tahun 1927 apabila ia diiktiraf sebagai perbadanan Piagam Diraja dan tidak lagi merupakan sebuah syarikat persendirian. BBC memulakan penyiaran televisyen percubaan pada tahun 1932 dengan menggunakan sistem 30-talian mekanik penuh. Sistem ini diperkembangkan oleh John Logie Baird. BBC kemudian membekalkan perkhidmatan yang tetap (dikenali sebagai Perkhidmatan Televisyen BBC) pada tahun 1936. Ketika itu, sistem BBC bersilih ganti antara sistem 240-talian mekanik Baird dan sistem 405-talian EMI elektronik penuh. Keunggulan sistem elektronik memperlihatkan sistem mekanik ditamatkan pada akhir tahun tersebut.

Penyiaran televisyen tergendala antara 1 September 1939 hingga 7 Jun 1946 semasa Perang Dunia II. Sebuah mitos bandar yang dilaporkan secara meluas mengatakan bahawa apabila perkhidmatan disambung semula, juruhebah Leslie Mitchell bermula dengan berkata: "Seperti yang saya berkata sebelum saya diganggu dengan biadab..." Sebenarnya, orang pertama yang muncul apabila siaran disambung semula ialah Jasmine Bligh, dan perkataan-perkataannya ialah: "Selamat petang para penonton. Apa khabar? Adakah kamu ingat akan saya, Jasmine Bligh...?" [16]

Persaingan terhadap BBC diperkenalkan pada tahun 1955 dengan kemunculan ITV, sebuah televisyen komersil yang bebas. Disebabkan oleh laporan Pilkington pada tahun 1962 yang memuji BBC dan membidas ITV kerana tidak memberikan rancangan bermutu yang cukup, [17] BBC diberikan kebenaran untuk memulakan saluran TV yang kedua (BBC 2) pada tahun 1964. Dengan itu, salurannya yang lama dinamai semula sebagai BBC 1. BBC 2 disiarkan dengan warna mulai daripada 1 Julai 1967, diikuti oleh BBC 1 dan ITV pada 15 November 1969.

Pada tahun 1974, CEEFAX, perkhidmatan teleteks, diperkenalkan tetapi tidak disiarkan secara in-vision sehingga awal April 1980. Pada tahun 1978, BBC mogok sejurus sebelum Hari Krismas dan dengan itu, menyekat semua penyiaran kedua-dua saluran televisyen dan menyatukan keempat-empat stesen radionya.

Sejak pembatalan kawal selia pasaran televisyen dan radio United Kingdom pada dekad 1980-an, BBC telah menghadapi persaingan yang semakin meningkat dari sektor komersil (dan dari Saluran 4, syarikat penyiaran awam yang dibiayai oleh pengiklan), khususnya perkhidmatan-perkhidmatan televisyen satelit, televisyen kabel, dan televisyen digital.

Bahagian Penyelidikan BBC telah memainkan peranan yang utama dalam pengembangan teknik-teknik penyiaran dan perakaman. Pada masa awal, ia menjalankan penyelidikan yang penting dalam akustik, tingkat penyiaran rancangan, dan pengukuran hingar.

Penyiasatan Hutton pada tahun 2004 dan laporan-laporan susulannya menimbulkan kesangsian tentang piawai kewartawanan dan keberkecualian BBC yang akhirnya mengakibatkan peletakan jawatan ahi-ahli pengurusan atasannya ketika itu.

Perbadanan sunting

Piagam Diraja sunting

BBC merupakan syarikat awam separa berautonomi yang beroperasi sebagai syarikat penyiaran awam yang ditubuhkan di bawah Piagam Diraja yang dikaji semula setiap 10 tahun; maka secara teknikal BBC merupakan separa pertubuhan bukan kerajaan (quango) dan perbadanan awam tidak berjabatan, sungguhpun jarang dianggap sedmikian kerana perbadanan ini ditubuhkan lama sebelum wujudnya istialh ini. Sehingga 2007, Perbadanan ini dikendali oleh sebuah lembaga gabenor yang dilantik oleh Raja atau Ratu British atas nasihat kerajaan untuk satu penggal empat tahun, tetapi mulai 1 Januari 2007 Lembaga Gabenor-Gabenor ini diganti oleh BBC Trust. BBC dikehendaki oleh piagamnya untuk memastikan dirinya bebas dari pengaruh politik dan komersial serta hanya menyambut kehendak penonton dan pendengarnya.

sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Sumber sunting

  1. ^ a b c d e f "BBC Group Annual Report and Accounts 2021/22" (PDF). BBC Group Annual Report and Accounts 2021/22. BBC. 6 July 2022. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 6 July 2022. Dicapai pada 5 September 2022.
  2. ^ "BBC History – The BBC takes to the Airwaves". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2007. Dicapai pada 19 July 2007.
  3. ^ "BBC: World's largest broadcaster & Most trusted media brand". Media Newsline. 13 August 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2010. Dicapai pada 23 September 2010.
  4. ^ "Digital licence". Prospect. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2011. Dicapai pada 23 September 2010.
  5. ^ "About the BBC – What is the BBC". BBC Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2010. Dicapai pada 23 September 2010.
  6. ^ Andrews, Leighton (2005). Harris, Phil; Fleisher, Craig S. (penyunting). "A UK Case: Lobbying for a new BBC Charter". The handbook of public affairs. SAGE. m/s. 247–48. ISBN 978-0-7619-4393-8.
  7. ^ "BBC – Governance – Annual Report 2013/14". bbc.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 July 2019. Dicapai pada 20 December 2019.
  8. ^ "BBC Annual Report & Accounts 2008/9: FINANCIAL PERFORMANCE". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 February 2010. Dicapai pada 12 February 2010.
  9. ^ "TV Licensing: Legislation and policy". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2010. Dicapai pada 12 February 2010.
  10. ^ "BBC Press Office: TV Licence Fee: facts & figures". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2010. Dicapai pada 12 February 2010.
  11. ^ Shearman, Sarah (21 April 2009). "BBC Worldwide wins Queen's Enterprise award". MediaWeek. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 27 June 2019.
  12. ^ Potter, Simon J. (2022). This Is the BBC Entertaining the Nation, Speaking for Britain, 1922-2022. Oxford University Press. the significant impact that the BBC has had on the social and cultural history of Britain
  13. ^ "Jack Jackson: Rhythm And Radio Fun Remembered". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2019. Dicapai pada 26 June 2019.
  14. ^ "Top of the Pops 2 – Top 5". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2019. Dicapai pada 26 June 2019.
  15. ^ "Pejabat Akhbar BBC: Tarikh-tarikh utama BBC". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-22. Dicapai pada 2006-10-28.
  16. ^ "Baird: Sunting yang menulis semula sejarah". Dicapai pada 2006-08-11.
  17. ^ "Laman web BBC: Jawatankuasa Penyiasatan (m.s. 4)" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2006-10-12. Dicapai pada 2006-09-30.
  18. ^ "BBC logo design evolution, dating back to the 1950s". Logo Design Love. 26 August 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2019. Dicapai pada 26 June 2019.
  19. ^ a b Walker, Hayden. "BBC Corporate Logo". TV ARK. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2012. Dicapai pada 20 November 2010.
  20. ^ a b "The BBC logo story". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 October 2013. Dicapai pada 27 September 2013.
  21. ^ a b Bright, Kerris (19 October 2021). "Modernising audience experience across the BBC". BBC Media Centre (Siaran akhbar). Dicapai pada 19 October 2021.

Biblilografi sunting

  • Briggs, Asa. The BBC - The First Fifty Years – versi ringkas untuk sejarah 5-jilid yang ditulis oleh pengarang yang sama. Percetakan Universiti Oxford, 1985. ISBN 0-19-212971-6
  • Coulton, Barbara. Louis MacNeice in the BBC – penulis dan penerbit dalam Jabatan Rencana radio BBC dari 1941 hingga 1961. Faber & Faber, 1980. ISBN 0-571-11537-3
  • Gilder PhD., Eric. Mass Media Moments in the United Kingdom, the USSR and the USA – Latar belakang sejarah yang berkait dengan British Broadcasting Company Ltd, syarikat-syarikat pengasas, hubungan rentas Atlantik; sistem pelesen Pejabat Pos Besar; pesaing-pesaing komersil dari Eropah sebelum Perang Dunia II dan luar pesisir pada 1960-an. "Lucian Blaga" Percetakan Universiti Sibiu, Romania. 2003. ISBN 973-651-596-6
  • Milne, Alasdair. Memoirs of a British broadcaster – Sejarah peristiwa satelit perisikan Zircon yang ditulis oleh seorang bekas Ketua Pengarah BBC. Sebuah siri rancangan radio BBC yang dipanggil "Kongsi Gelap" (The Secret Society) menyebabkan pihak polis di kedua-dua England dan Scotland menyerang dan merampas dokumen-dokumen BBC sebagai sebahagian kempen penapisan kerajaan. Coronet, 1989. ISBN 0-340-49750-5
  • Moran, Lord. - Churchill at War 1940 to 1945 - The Memoirs of Churchill's Doctor, dengan pendahuluan oleh anak Lord Moran, John, Lord Moran kini. Diari ini yang memberikan gambaran Churchill yang mendalam ditulis oleh Sir Charles Watson (Lord Moran yang tua), pakar perubatan peribadi kepada Churchill, yang menghabiskan tahun-tahun perang dengan Perdana Menteri. Dalam diarinya, Moran juga mencatat wawasannya terhadap perangai Churchill, termasuk saat-saat apabila Churchill tidak hemat, dan pandangannya terhadap peristiwa BBC disusupi anggota komunis. Carroll & Graf, 2002. Penerbitan semula ISBN 0-7867-1041-1
  • Parker, Derek. David & Charles. Radio: The Great Years – Sejarah rancangan radio BBC sejak dari permulaan sehingga tarikh penerbitan. 1977. ISBN 0-7153-7430-3
  • Spangenberg, Jochen. The BBC in Transition. Reasons, Results and Consequences – Merangkumi huraian tentang BBC dan faktor-faktor mempengaruh dari luar sehingga 1996. Deutscher Universitaetsverlag. 1997. ISBN 3-8244-4227-2
  • Wilson, H.H. Pressure Group – Sejarah perjuangan politik untuk memperkenalkan televisyen komersil di United Kingdom. Percetakan Universiti Rutgers, 1961.
  • West, W.J. Truth Betrayed – Penilaian kritis terhadap BBC, London, 1987. ISBN 0-7156-2182-3

Pautan luar sunting