Kerajaan United Kingdom

Kerajaan United Kingdom atau juga dikenali sebagai Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (His Majesty's Government) ialah kerajaan yang bertanggungjawab mentadbir United Kingdom. Di bawah Perlembagaan United Kingdom, kuasa eksekutif sebenarnya berada dengan Raja namun secara praktiknya dijalankan oleh menteri-menteri baginda. His Majesty's Government merupakan nama kolektif para menteri ini, dan merupakan kuasa eksekutif di UK.

Kerajaan ini diketuai oleh Perdana Menteri, yang dilantik oleh Raja atau Ratu dari kalangan Ahli Parlimen yang memiliki majoriti dalam Dewan Rakyat. Perdana Menteri kini adalah Liz Truss, pemimpin Parti Konservatif yang dilantik pada tahun 2022. Beliau dibantu oleh Thérèse Coffey, Timbalan Perdana Menteri United Kingdom.

RujukanSunting

Pautan luarSunting