Perbadanan Penyiaran Jepun (Jepun: 日本放送協会, Hepburn: Nippon Hōsō Kyōkai, disingkatkan kepada NHK) merupakan sebuah agensi penyiaran awam di Jepun. Radio Tokyo adalah nama tidak rasmi NHK, dan merujuk kepada asal-usulnya sebagai sebuah stesen radio. NHK kini mengendalikan dua perkhidmatan televisyen melalui pancaran dari darat (terrestrial), NHK General TV dan NHK Educational TV, tiga perkhidmatan TV menerusi satelit, NHK BS-1, NHK BS-2 dan NHK Hi-Vision (penyiaran definisi tinggi) dan tiga rangkaian radio, NHK Radio 1, NHK Radio 2 dan NHK FM. Untuk mereka yang berada di luar negara, ia juga menyiarkan perkhidmatan NHK World TV, NHK World (boleh didapati di stesen televisyen berbayar Astro di Malaysia) saluran 13 dulu pada 1 October 2007 di saluran 398 kepada (SD) lepas tu pada Oktober 2020 terbaru (HD) dan NHK World Radio.

Perbadanan Penyiaran Jepun
Nippon Hōsō Kyōkai / Nihon Hōsō Kyōkai
日本放送協会
JenisRadio, televisyen
Negara
Jepun
KetersediaanSeluruh negara dan seluruh dunia
DitubuhkanStesen Penyiaran Tokyo diasaskan 29 November 1924; bergabung ke Perbadanan Penyiaran Jepun 6 Ogos 1926; pelaksanaan Akta Penyiaran 1 Jun 1950
Sloganまっすぐ、真剣。 ("Straightforward, earnest")[1]
Kawasan siaran
Jepun
KawasanShibuya, Tokyo
PemilikDimiliki secara awam yang disewa oleh kerajaan Jepun di bawah Akta Penyiaran
Orang penting
Ryoichi Ueda, Presiden
Hikaru Doumoto, Naib Presiden Eksekutif
Tarikh pelancaran
Mac 1925 (radio)
November 1950 (Februari 1953) (televisyen)
Nama lama
Tokyo/Osaka/Nagoya Broadcasting Station (1925-26)
Tanda panggilan
Nippon Hōsō Kyōkai
Laman sesawang
www.nhk.or.jp

Sejarah sunting

NHK dimulakan pada 1926, berdasarkan model syarikat radio BBC. Sebuah rangkaian kedua radio dimulakan pada 1931 dan siaran gelombang pendek dipancarkan ke luar negara pada 1935.

Pada November 1941, Tentera Diraja Jepun memiliknegarakan semua agensi berita awam dan mengkordinasikan usaha mereka menerusi penubuhan Majlis Perhubungan Maklumat Sulit yang terdiri daripada wakil dari Tentera Darat dan Laut, dan juga dari beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Luar, Kementerian Asia Timur Raya, Kementerian Pengangkutan, Biro Maklumat Kabinet dan agensi media, Domei dan NHK. Selepas ini, segala media cetak dan penyiaran menjadi pengumuman rasmi Ibu Pejabat Tentera Diraja Jepun di Tokyo selama berlangsungnya Perang Dunia II.

NHK memulakan perkhidmatan televisyen pada 1953 dan menyiarkan siaran berwarna yang pertama pada 1960. NHK merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan penyiaran iklan ke televisyen Jepun, tetapi kini syarikat tersebut dibiayai oleh yuran penonton. Penduduk Jepun yang memeliki televisyen diwajibkan membayar yuran USD 12 setiap bulan dibawah Akta Penyiaran "Hōsō Hō". Namun, akta tersebut tidak menyebut hukuman yang dikenakan jika yuran tidak dilunaskan.

Segala rangkaian NHK berpindah kepada penyiaran digital pada 2000.

Pada 1 April 2021, NHK World Premium tamat siaran di Unifi TV.

Rancangan sunting

NHK General TV menyiarkan berbagai rancangan seperti berikut:

  • Berita. Tempatan, nasional dan dunia.
  • Cuaca. Cuaca secara terperinci, dalam dan luar negeri.
  • Sukan. NHK menyiarkan pertandingan tahunan "Grand Sumo", besbol sekolah menengah, Olimpik, dan bermacam-macam lagi rancangan sukan.
  • Analisa berita. NHK menawarkan rancangan yang memaparkan laporan secara khusus mengenai topik-topik yang terkini, perdebatan politik dan rancangan-rancangan yang serupa.
  • Muzik. Acara tahunan Kouhaku Uta Gassen sehari sebelum Tahun Baru merupakan rancangan paling menarik pada hari tersebut. Rancangan setiap minggu termasuk rancangan satu jam untuk pemuzik amateur.
  • Drama. Rancangan pagi sentimental, cerita-cerita yang bertema zaman lama yang dipanggil jidaigeki, dll.
  • Lain-lain. Rancangan memasak, komedi, anime dll.

Stesen televisyen lain di Tokyo sunting

Rujukan sunting

  1. ^ 日本放送協会平成17年度業務報告書 - NHK Business Report 2015(p.42)

Pautan luar sunting

Koordinat: 35°39′55.07″N 139°41′45.41″E / 35.6652972°N 139.6959472°E / 35.6652972; 139.6959472