CCTV-4 Chinese Intenational Channel merupakan sebuah saluran televisyen percuma dan berbayar yang terdapat dalam stesen penyiaran CCTV milik kerajaan negara China. Ia merupakan salah satu daripada enam saluran CCTV yang disiarkan di luar Republik Rakyat China.

Ketersediaan
Satelit
Malaysia AstroSaluran 335 (HD)
Malaysia NJOISaluran 335 (HD)
IPTV
Malaysia Unifi TVSaluran 235 (HD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO
Malaysia Unifi TVplayTV@unifi

CCTV-4 menawarkan pelbagai rancangan menarik kepada penonton seperti berita, hiburan, pendidikan, sukan dan dokumentari dalam Bahasa Mandarin.

Sejarah sunting

CCTV-4 dilancarkan secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dengan masa siaran dari jam 8:30am hingga 12:10am waktu Beijing.

Rancangan CCTV-4 pada mulanya terdiri daripada campuran rancangan Bahasa Inggeris dan Mandarin. Siaran berbahasa Inggeris berhenti dengan pelancaran CCTV-9 pada bulan September 2000. Sesetengah program CCTV-4 juga disiarkan di bahasa Kantonis sehingga 2000.

Pada 1 November 1994, CCTV News digantikan oleh "China News".

Pada 1 Januari 1995, saluran tersebut memperluaskan liputan antarabangsa dengan melancarkan siaran melalui satelit. Pada masa yang sama, saluran itu disemak semula dan program disiarkan dalam bahasa Mandarin, Kantonis dan Bahasa Inggeris, dan mula ditayangkan 24 jam sehari.

Pada tahun 2007, saluran itu terbahagi kepada tiga edisi benua dan tiga edisi negara:

  • CCTV-4 Asia.
  • CCTV-4 Europe.
  • CCTV-4 America.

Pergantian nombor di Astro Malaysia sunting

Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di CCTV-4:

Pada tanggal 31 Ogos 2006, CCTV-4 dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 28.

Pada tanggal 1 Oktober 2007, CCTV-4 akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 334.

Pada tanggal 12 Disember 2019, CCTV-4 dapat boleh disaksikan melalui Astro akan menambahkan siaran kualiti HD di saluran 335.

Pada tanggal 1 April 2020, CCTV-4 akan diubah nombor lagi menjadi saluran 375 untuk siaran format SD.

Saluran SD ini ditamatkan pada 15 Mac 2021 (Astro sahaja).

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting