Sindarela ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Radius One Sdn Bhd untuk disiarkan dalam slot Lestary TV3, dibintangi Sharifah Amani, Remy Ishak dan Bront Palarae.

Sindarela
GenreDrama
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Sharifah Amani
Bront Palarae
Remy Ishak
Negara asalMalaysia
Bilangan musim1
Bilangan episod26
Syarikat penerbitan
us One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal5 Februari 2008 – 29 Julai 2008

Tajuk drama bersiri ini diambil dari tiga watak utamanya iaitu, Sin (Hussein), Dar (Tengku Haidar) dan Ela (Zoela), apatah lagi ada sedikit unsur yang dipinjam dari cerita dongeng Cinderella, di mana watak Zoela yang dipegang oleh Sharifah Amani.[1]

Sinopsis sunting

Kisah berlaku di sekitar kehidupan seorang gadis lasak, Zoela (Sharifah Amani) di tengah-tengah dua jejaka, Hussein (Bront Palarae) dan Tengku Haidar (Remy Ishak). Dari kehidupan seorang anak tiri yang hidup melarat kepada kehidupan seorang puteri, Zoela tidak pernah membayangkan kehidupannya akan berubah dengan serta merta hanya dengan kemunculan seseorang yang tidak dijangka. Zoela tidak pernah menyangka keajaiban itu benar-benar boleh terjadi.

Ikuti kehidupan Zoela, seorang gadis genit gotik yang lasak dan kasar yang sentiasa menjadi mangsa penganiayaan ibu tirinya, Mak Cik Mary dan adik tirinya, Faizul. Di temani oleh rakan baiknya, Naema (Noorkhiriah) dan Butang (Isma Yusoof). Dunia Zoela bertukar sekelip mata. Namun keajaiban tidak semestinya menyeronokkan. Kini dia terpaksa berdepan dengan orang-orang baru yang amat asing dalam hidupnya seperti Zohara (Ifa Raziah), Tasha (Wan Sharmila), Tushee (Iera Syaziera), dan Ayu (Sharifah Sofea).

Pelakon sunting

  • Sharifah Amani sebagai Zoela, seorang perempuan pengkid yang perwatakan gothic
  • Bront Palarae sebagai Hussein/Tengku Hussein, seorang kerabat diraja Inderapura yang larikan diri dari kehidupan istana dan hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai mekanik
  • Remy Ishak sebagai Tengku Haidar, adik kepada Tengku Hussein seorang sosial dan playboy
  • Noryati Taib sebagai Makcik Mary @ Petir, ibu tiri kepada Zoela dan ibu kandung Faizul. Gemar nyanyi karaoke
  • Faizul Hafiz sebagai Faizul, adik tiri Zoela dan anak kepada Mak Cik Marry
  • Noorkhiriah Ahmad Shapie sebagai Naemah, kawan kepada Zoela
  • Isma Yusoof sebagai Butang, seorang pendiam
  • Ifa Raziah sebagai Zohara
  • Mustapha Kamal sebagai Tengku Adnan
  • Wan Sharmila sebagai Tasha
  • Eira Syazira sebagai Tushee
  • Sharifah Sofia sebagai Ayu
  • Nadia Aqilah sebagai Puteri Rania
  • Riz Amin sebagai Danial
  • Zazly Baginda sebagai Tengku Majid
  • Megat Shahrizal sebagai Dr, doktor peribadi untuk Inderapura dan mastermind pembunuhan Zohara & Majid
  • Sharifah Shahora sebagai peguam, mastermind

Cameo

  • Sharifah Aleya sebagai ibu Butang dan isteri Tengku Adnan (scene flashback)

Rujukan sunting

  1. ^ "http://www.budiey.com/drama-sindarela-lakonan-sharifah-amani-bront-palarae/". Sensasi Selebriti. 23 Dis 2007. Dicapai pada 27 Apr 2010. External link in |title= (bantuan)

Pautan luar sunting

TV3: Lestary, Selasa, 9.00 malam
Sebelumnya Sindarela
(29 Februari – 29 Julai 2008)
Berikutnya
Jelatang Ku Milikmu