Remy Ishak

Pelakon lelaki Malaysia

Mohammad Zalimei "Remy" Ishak (lahir 11 April 1982)[1][2] ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh pengarah Osman Ali pada tahun 2006. Beliau meraih kemasyhuran menerusi drama fenomena Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009.

Remy Ishak
Remy menurunkan tandatangan di acara Dashing Roadshow.
Kelahiran
Mohammad Zalimei Bin Ishak

(1982-04-11) 11 April 1982 (umur 41)
Pekerjaan
Tahun aktif2005–kini
PasanganRoszaliza Yusof (k. 2021)
Anak-anak1

Beliau juga terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen termasuk Cinta Jangan Pergi, Kekasih Paksa Rela, Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Anak Halal (2007), Evolusi KL Drift 2 (2010), Cun! dan Nur Kasih The Movie (2011), Jiwa Taiko dan Hantu Kapcai (2012), dan Pulang (2018). Sepanjang kerjayanya, Remy telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon, termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia.

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 11 April 1982 di Melaka dan dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebagai anak kedua daripada empat beradik kepada sebuah keluarga yang berpecah-belah, Remy nekad untuk berusaha membantu keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah. Ketika berusia 18 tahun Remy menjudikan nasib untuk datang mencari kerja ke Kuala Lumpur. Beliau pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Dengan bantuan seorang kawan, beliau mendapat kerja di Hotel Mandarin Oriental.

"Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur sembilan tahun lalu, saya bekerja sebagai pengemas bilik hotel, tetapi diberhentikan kerana kemelesetan ekonomi. Saya kemudiannya bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam selama dua tahun. Sepanjang tempoh itu hati saya tidak tenteram, saya nekad berhenti dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe di KLCC. Selepas itu saya mendapat peluang bekerja sebagai pelayan di hotel lima bintang. Selepas beberapa tahun, pendapatan saya bertambah apabila diberi kepercayaan menjaga tetamu VIP," katanya dalam temubual pertamanya bersama media yang disiarkan pada 16 September 2007.[3]

Kerjaya sunting

2005–2007: Kerjaya awal sunting

 
Kulit depan majalah Maskulin Edisi Groom.

Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak pernah mengimpikan kerjaya sebagai pelakon popular. Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan.[4]

Pada tahun 2005, Remy mendapat peluang berlakon melalui filem cereka pertama pengarah muda Osman Ali yang berjudul Akuarium Cinta apabila Remy menghadiri ujibakat yang dikendalikan Osman. Seminggu kemudian, wakil Osman memaklumkan beliau terpilih berlakon dalam Akuarium Cinta sungguhpun dia tidak ada latar belakang seni. Namun demikian filem tersebut masih terbantut pembikinannya hingga kini. Filem ini turut dibintangi aktres ternama Umie Aida dan aktres muda Raja Farah.

Kegagalan filem Akuarium Cinta untuk disiapkan menyebabkan Remy kecewa sekali gus menguburkan harapan beliau dalam bidang lakonan. Osman Ali nyata tidak berputus asa untuk memperkenalkan bakat Remy. Pada tahun 2006, Osman diberi peluang oleh studio Tayangan Unggul untuk mengarahkan filem komersial keduanya, Anak Halal sekali gus menawarkan Remy salah satu watak kecil dalam filem itu. Anak Halal dicipta daripada naskhah filem pendek judul serupa yang pernah diarahkan Osman pada tahun 2001.

Menerusi Anak Halal, Remy melakonkan watak Shah, bekas mat rempit yang nekad meninggalkan lumba haram selepas terbabit dalam nahas jalan raya. Meskipun tidak lagi terbabit dalam aktiviti itu, Shah tetap ada pengaruh kuat di kalangan mat rempit dan dalam masa sama berkawan rapat dengan beberapa anak muda yang menetap di kawasan flat setinggan di Kuala Lumpur.

Selepas membintangi Anak Halal, Remy tidak boleh bergantung kepada kerja sebagai pelakon, tambahan nama beliau langsung tidak dikenali di kalangan penerbit filem. Maka itu, Remy kembali bekerja di hotel. Pun begitu, Remy sempat membintangi filem bebas berformat video digital berjudul Bernafas Dalam Lumpur arahan seorang lagi pengarah bebas, James Lee pada Ogos 2007. Menerusi filem ini, Remy hanya diberi peranan tambahan dengan berlakon bersama bintang hebat seperti Namron, Mislina Mustapha dan filem ini juga merupakan penampilan pertama Tiz Zaqyah.

Dalam pada itu, Remy terlibat dalam sebuah filem pendek eskperimental berjudul Comolot, karya Amy Ikram; seorang pelajar jurusan seni perfileman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Comolot mengundang kontroversi kerana berkisar tentang homoseksual yang masih dianggap sebagai subjek sensitif di Malaysia. Remy Ishak dalam filem pendek ini dipaparkan sebagai seorang yang melindungi identiti 'gay'nya dari pengetahuan tunangnya. Rahsianya terbongkar pada suatu hari, apabila tunangnya ternampak beliau mandi bersama dengan seorang lelaki. Filem tersebut ditayangkan di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan pada pertengahan 2007; beberapa bulan sebelum filem Anak Halal memasuki pawagam.

Pada tahun 2007, Remy membuat kemunculan pertamanya di kaca TV menerusi slot Festival di saluran ntv7 apabila filem bebas Bernafas Dalam Lumpur disiarkan dan kemudian; beliau membintangi drama bersiri 30 episod Tidak Pernah Ku Sesali yang disiarkan di TV1. Pada tahun itu juga, Remy kembali ke lokasi bersama Osman Ali apabila sutradara tersebut memilih Remy untuk terlibat dalam projek mininovela Di Penghujung Senja dimana Remy memegang watak sebagai juruteknik. Remy digandingkan bersama aktres Noorkhiriah Ahmad Shapie dan aktor cilik Shafimie Saedon. Mininovela merupakan kesinambungan pertandingan cerpen Fair & Lovely MiniNovella Penuhi Hasrat Hatiku anjuran bersama Harian Metro. Pertandingan yang berakhir pada 31 Julai 2007 ini memilih 12 karya terbaik yang dirasakan serasi dalam merealisasikan impian penulis. Daripada 12 karya itu, tiga cerpen terbaik diadaptasikan kepada drama dalam bentuk mininovela pendek berdurasi 30 minit.

Anak Halal menemui penonton pada 7 Disember 2007 dan menjadi sebuah filem 'box office' sekali gus memperkenalkan nama Remy Ishak kepada rakyat Malaysia dan karyawan filem. Sejak itu Remy terus aktif di arena perfileman dan televisyen dengan membintangi drama-drama popular serta filem-filem terkini. Remy juga dianggap sebagai salah seorang aktor muda yang diangkat sebagai Hero Malaya kerana fizikal dan bakatnya persis Pemuda Melayu Terakhir.

2008–2011: Puncak populariti sunting

Remy berlakon bersama Datin Lisa Surihani dalam siri drama romantik Obsesi arahan Murali Abdullah yang disiarkan di TV3 pada 5 November hingga 28 Disember 2008.[5] Remy menjayakan watak utama sebagai Tengku Azizudin yang telah kematian isteri, berkahwin dengan Suriati (Lisa).[6]

Beliau berlakon dalam satu-satunya filem lakonannya pada tahun 2009, Duhai Si Pari-pari arahan Azmi Mohd Hatta dan turut dibintangi oleh Que Haidar, Liyana Jasmay dan Nabila Huda.[7] Selain itu, Remy muncul dalam tiga telefilem serentak—dua telefilem TV3 Cinta Si Tiga Teruna, dan Bisikan Subuh serta telefilem TV2, Pabila Syaitan Berbisik.

Pada 2010, Remy menjayakan watak sebagai Inspektor Kamal dalam filem aksi perlumbaan Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof yang mana beliau bergandingan dengan Zul Ariffin yang memegang watak sebagai Inspektor Zam. Filem ini ditayangkan pada 25 Mac dan mencapai kutipan pecah panggung.[8] Selain itu, Remy melakonkan watak tajuk dalam drama Arjuna yang turut dibintangi oleh Nora Danish.[9]

Remy terus mengorak langkah dengan drama yang cukup popular arahan pengarah dari India, Kabir Bhatia - Nur Kasih. Dalam Nur Kasih, beliau membawa watak Adam, anak bongsu kepada Ustaz Hassan (lakonan Dato' Jalaluddin Hassan) dan Hajah Khadijah (Liza Othman). Drama ini sudahpun tamat disiarkan di TV3 dan ditonton oleh 5 juta penonton.[10][11] Kemudiannya drama Nur Kasih telah ditayangkan pada Mei 2011 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Lakonan beliau dan Tiz Zaqyah sering mendapat sambutan oleh peminat industri tanah air.[12]

2012–2014: Peralihan kepada peranan dramatik sunting

2012 memperlihatkan Remy lebih banyak beraksi di layar lebar, beliau meneruskan rentetan kerjasama bersama Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko yang turut dibintangi oleh Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Diana Danielle, Beto Kusyairy, Dato Fizz Fairuz dan Sofi Jikan; beliau memegang watak sebagai Firman Mustaqim.[13] Ditanya mengenai lakonannya dalam filem itu, Remy berkata: "Saya bersetuju berlakon dalam filem ini kerana naskhah yang cukup menarik dan bukan kerana dapat pegang-pegang pelakon wanita lain. Menjadi tugas saya untuk menjayakan dan menghidupkan watak dengan sebaik mungkin."[14] Beliau seterusnya berlakon dalam filem romantik arahan Pierre Andre, Aku, Kau & Dia lakonan bersama Zarina Jamalullail dan Pekin Ibrahim yang ditayangkan pada 28 Jun 2012; menjayakan dua watak sebagai Izlan dan Haris. Ia mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan.[15]

Bekerja di bawah arahan Edry Abdul Halim, Remy membintangi filem biografi fantasi percintaan 29 Februari terbitan KRU Studios,[16] mengisahkan seorang lelaki bernama Budi yang lahir pada tarikh keramat tahun lompat 29 Februari, dan oleh itu hanya dimakan usia empat tahun sekali, maka dirinya teramat lambat menua berbanding orang lain.[17] Remy membawakan watak Khalil dalam drama Cinta Jangan Pergi yang mana beliau bergandingan semula dengan pasangan pelakonnya dalam Nur Kasih, Tiz Zaqyah dengan watak sebagai Lea Soraya. Dalam drama ini, Lea Soraya mengikat janji setia seumur hidup dengan Khalil sebelum akhirnya mereka terpaksa berpisah mati selepas Khalil didapati terlibat dalam kemalangan. Khalil kembali semula dan terkejut apabila mendapati Lea sudah bertunang dengan lelaki lain. Pada mulanya Khalil ingin membalas dendam kerana Lea mengkhianati cinta mereka tetapi cintanya terhadap Lea ternyata sangat kuat sehingga beliau melupakan hasratnya itu dan akan membuat apa cara sekalipun untuk mendapatkan Lea semula.[18][19][20][21]

Selepas Cinta Jangan Pergi, Remy memegang watak Helmi dalam drama Ku Cinta Kau Seorang arahan Khairul Amri "Keoi" Khalid (Allahyarham), berpasangan dengan pendatang baharu Amyra Rosli yang memegang watak Batrisya. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary di TV3 bermula 19 November 2013 – 20 Februari 2014.[22] Remy menjayakan watak Hardy dalam filem komedi romantik Sejoli: Misi Cantas Cinta arahan Osman Ali lakonan bersama Maya Karin, Bront Palarae, Izara Aishah, Azad Jazmin dan Dira Abu Zahar.[23] Filem ini ditayangkan pada 20 Februari 2014 hingga kejayaan komersial dan persembahan beliau menerima pujian pengkritik filem.[24]

Remy bersama-sama Kamal Adli, Nad Zainal, Nabila Huda, Shahriza Mahmud dan Puteri Syasya memegang watak utama dalam drama cereka sains #Antidot yang mengisahkan tentang beberapa orang saintis pakar virus yang bersaing untuk menghasilkan penawar melawan virus yang boleh menyebabkan manusia mati dan bertukar menjadi zombi di Malaysia.[25][26] Pelakon Nad mengakui amat mengagumi Remy yang disifatkannya sebagai pelakon yang senang memberikan kerjasama.[27] Pada pertengahan 2014, Remy memegang watak sebagai Adam dalam filem drama komedi CEO arahan Razaisyam Rashid lakonan bersama Beto Kusyairy dan Cristina Suzanne Stockstill yang dikeluarkan pada 12 Jun 2014. Ia mengisahkan Adam yang berjawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur. Mempunyai kehidupan serba mewah dia sering menjadikan orang miskin sebagai tempat untuk dia melepaskan pelbagai penghinaan. Tahu tidak disukai ramai, Adam sedikit pun tidak terkesan dengan keadaan itu.[28] Kemalia Othman dari mStar Online berkata: "Biarpun bukan seorang pelawak, namun Remy membuktikan watak serius yang dilakonkannya mampu menggegarkan panggung dengan dialog yang kelakar,".[29]

2015–kini: Kejayaan berterusan dan karya terkini sunting

Melengkapkan portfolio 2015 dalam kerjaya lakonannya, Remy berlakon dalam dua filem. Di dalam filem Pilot Cafe arahan Osman Ali dengan cerita dan lakonlayar oleh Ahadiat Akashah (penulis novel asal) dan Jujur Prananto, Remy memegang watak sebagai Rashid, kekasih Maya lakonan Izara Aishah. Sebagai peminat novel asal, Remy mengakui dirinya teruja diberi peluang beraksi di dalam filem ini walaupun dirinya berharap untuk mendapat watak Reza dan bukannya Rashid.[30][31] Beliau seterusnya muncul dalam filem aksi ketenteraan Bravo 5 arahan Yeop Hitler Zami yang mengisahkan mengenai lima anggota Komando Tentera Darat yang menjalankan operasi mengekang kebangkitan pengganas komunis. Dalam filem ini, beliau menjayakan watak Leftenan Azri. Filem ini ditayangkan pada 10 September 2015 selepas dua tahun terperap.[32]

Remy memegang watak sebagai Azim dalam filem drama arahan Tunku Mona Riza, Redha yang merupakan penyertaan Malaysia bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89 tetapi ia tidak dicalonkan.[33]

Beliau menjayakan watak Saleh dalam teledrama 6 episod sempena ulangtahun kemerdekaan negara ke-60, Anak Merdeka yang turut dibintangi oleh Elvis Chin dan Thanuja Ananthan bersiaran serentak di Astro Prima dan Astro Mustika HD bermula 26 Ogos sehingga 31 Ogos 2017.[34][35]

Remy menjayakan peranan utama dalam Kau Takdirku, sebuah filem drama romantik lakonan bersama Ezzaty Abdullah, Bront Palarae dan Aisya Hasnaa. Ia ditulis dan diarahkan oleh Jason Chong, dan ditayangkan pada 7 September 2017.[36] Ia menjadi satu-satunya filem lakonan Remy dalam tahun 2017.

Kembali bekerja dengan Kabir Bhatia, Remy membintangi filem biografi sejarah Pulang, yang menggandingkan beliau bersama pelakon baharu Puteri Aishah yang memegang watak Che Tom. Filem ini diilhamkan dari satu kisah benar peristiwa yang pernah berlaku pada 1940an, ia ditayangkan 26 Julai 2018.[37]

Beliau memegang watak sebagai atlet seni bela diri campuran Johan "The Jedi" Kamaruddin dalam filem aksi sukan Sangkar arahan Kabir yang menggandingkan beliau bersama Zul Ariffin dan Mira Filzah. Dikeluarkan pada 29 Ogos 2019, ia mengisahkan tentang permusuhan dan penebusan antara dua pejuang MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga.[38][39]

Kehidupan peribadi sunting

Remy sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon Ummi Nazeera pada 2008 dan menafikannya. Pada tahun, 2009 pasangan ini dilihat lebih terbuka mempamerkan cinta. Setelah berlaku insiden yang menimbulkan kontroversi pada Disember 2009, Remy dan Ummi memutuskan hubungan.

Pada Januari 2010, Remy memaklumkan bahawa beliau rapat dengan pelakon Tiz Zaqyah yang merupakan gandingan serasinya dalam drama TV Nur Kasih. Pada September 2012, Remy telah membuat pengakuan kepada pihak media dengan memberitahu bahawa dia dan Tiz Zaqyah telah memutuskan hubungan sejak 3 bulan lepas dan mereka masih berkawan baik.[40][41][42][43]

Beliau mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan Ezza Yusof pada Mei 2017 dan kemudiannya beliau mengesahkan putus tunang pada Februari 2019.[44] Remy kemudian dikaitkan dengan pelakon Mira Filzah, namun masih tiada jawapan tentang hubungan dengan mana-mana wanita. Remy berkahwin dengan Ezza pada 21 Ogos 2021.[45][46] Hasil perkahwinan Remy dan Ezza telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Alam Tuah Bin Muhammad Zaliemi.

Kontroversi sunting

Sebagai pelakon popular, Remy tidak lepas daripada disogok dengan pelbagai cerita panas. Bermula dengan isu filem gay (Comolot), Remy berdepan pula dengan tuduhan tidak mesra wartawan. Omelan beberapa wartawan yang sukar mendapatkan Remy untuk temubual menjadi bahan cerita hingga Remy tampil memperbetulkan kedudukan.

Namun demikian, kontroversi paling hebat dalam karier seni Remy adalah peristiwa didakwa mengasari seorang anak ahli perniagaan sehingga menyebabkan dirinya dipukul sekumpulan tujuh lelaki di Istana Budaya pada 4 Disember 2009; malam pementasan teater Natrah. Sebaliknya Remy sedikit pun tidak menjangka akan diserang kerana tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Remy bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Menurut Remy, kejadian itu bagaimanapun tidak mengganggu penampilannya dalam teater arahan Erma Fatima terbabit dan tidak mengalami kecederaan teruk. Katanya, buat waktu ini beliau tidak mahu mengulas panjang kerana bimbang kenyataannya akan mengganggu siasatan polis. Remy membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak sejurus selepas insiden itu.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 Comolot Daniel Filem pendek
Anak Halal Shah Filem pertama
2008 Bernafas Dalam Lumpur Faiz
2009 Duhai Si Pari-Pari Budi
2010 Hooperz Nik
Evolusi KL Drift 2 ASP Kamal
2011 Cun! Atan
Nur Kasih The Movie Adam
2012 Jiwa Taiko Firman Mustaqim
Aku, Kau & Dia Izlan / Haris
29 Februari Budi
Hantu Kapcai Tiger
2013 Sembunyi: Amukan Azazil Kamal
Kolumpo Pelanggan Kedai Mamak 1 Penampilan khas
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Hardy
CEO Adam
2015 Pilot Cafe Rashid
Bravo 5 Leftenan Azri
2016 Redha Azim
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! Bo
2017 Kau Takdirku Kamar
2018 Pulang Othman
Rise: Ini Kalilah Koperal Azman
Langsuir Kubu Penampilan khas
2019 Bu, Kasih Suci Hafiz
Sangkar Johan Jedi Kamaruddin
Dendam Pontianak Khalid
2020 Tyickoouns Mannan
2021 Proksi Aqil
2023 Harum Malam Jamil
2024 The Experts Pos-produksi
POW Pos-produksi
2025 Keluang Man Shamsir Pra-produksi
TBA Munajat Kekasih Sulaiman Pra-produksi
6 Jilake Pra-produksi
Serangan Subuh Dalam perancangan
Sangkar 2 Johan Jedi Kamaruddin

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Tidak Pernah Ku Sesali Ikhwan TV1 Drama pertama
2008 Sindarela Tengku Haidar TV3
Obsesi Tengku Azzuddin
Ai d'Beijing Tarmizi
Awan Dania (Musim 1) Iman Astro Ria
2009 Keliwon Husin TV3 Episod: "Puja"
Nur Kasih Adam
Tower 13 Pengawai Makmal Penampilan khas
2009-2010 Suraya Azman
2010 Arjuna Arjuna
2011 Tahajjud Cinta Solahudin
2012 Tanah Kubur (Musim 4) Mahad Astro Oasis Episod: "Pengkid"
Cinta Dalam Hati Dino Abadi TV1
2013 Cinta Jangan Pergi Kalil TV9
Ku Cinta Kau Seorang Helmi TV3
2014 Jiwa Iskandar
Kasih Berbisik Imran
Oh! Bama Baharom TV2
Mencari Cinta Razlan TV1
2014–2015 Satu Hari Isfahan TV9
Antidot Fatah TV3
2015 Mail & Sudin Sambut Ramadan Mail Astro Oasis
2016 Rumi & Jawi Rumi Astro Prima
Kapsul Mail & Sudin Naik Haji Mail Astro Oasis
Permata Rasul Al-Layth Ibnu Sa'd
2017 Cik Serba Tahu Carl Adham Astro Ria
Khabar Dari Casablanca Farhan TV2
Anak Merdeka Salleh Astro Prima 5 episod
Coklat Yamin TV1
Kekasih Paksa Rela Adham TV3
2018 Dosa: Sacred Sin Farid Astro First Eksklusif
Lelaki Kiriman Tuhan Iqbal Raid Astro Oasis
Pujaan Hati Kanda Megat Danish / Danny TV3
2019 Imaan Hezrey Astro Ria
2020 Bukan Gadis Biasa Rayyan TV3
Safi Eliksir Ke Hatimu Amir Nasir
Hati Yang Tersakiti Haris
2021-2022 28 Hari Mencari Cinta Hafiz
2022 Jangan Menangis Cinta Zafran Zahim Astro Ria
Kuasa Dayyan Astro Citra
2023 Hijrah Jannah Syawal Fitri Astro Ria
TBA Kuasa: One Special. Three Heirs. No More Mercy Dayyan Astro Citra
Hati Yang Merindui Syurga Razlan TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2007 Mininovella: Di Penghujung Senja Azlan TV9
2008 Noda Semalam TV3
Jalan Pintas ke Neraka Razlan
Biarkan Aku Berdiri Jeffri TV2
Iktikaf Shawal TV3
Takbiratul Ihram Kadim Astro Prima
Sesuci Kasih TV3
Cinta Si 3 Teruna Faris TV2
2009 Bisikan Subuh Aidid TV3
Pabila Syaitan Berbisik Brian TV2
2010 Mat Bunga Harry
Keabadian Cinta Ehsan Astro Citra
Sabar Hussin Bangla TV3
Air Mata Nur Salina Fakar
Raya Musim Luruh Remi
Pun Pun Hafiz TV2
Masihkah Ada Sinar Mazlan TV1
2011 Bukan Untukku Rashid
Payung Emas Hidayat TV3
Aduh Sayang Shidi
2012 Runtuhnya Sebuah Dosa Rashidi
Cinta Si Tukang Kasut Badrul Astro Prima
Kau Untukku Fuad Astro Box Office
Sabar Tak Sabar Salman TV3
Pelita Buluh Tok Wan Razak
Pun Pun Hafiz TV2
2013 Ku Pinang Kau Dengan Bismillah Raikal Astro Prima
XOXO Haziq TV9
Destinasi Cinta Sara Iman Astro Ria
2014 Pintu Lain Ke Syurga Haris TV3
Anak Aku Bukan Milik Aku Hidayat
Takdir Cinta Dr. Zaid Astro Box Office
7 Jam Inspektor Shahrul TV9
Insaf Amir TV2
Warkah Kehidupan Amin TV AlHijrah
Ketupat Rendang Keju Adam Astro Warna
Atie Setan Firdaus Helmi Astro Prima
2015 Melrose Dr. Zawawi Astro Citra
Cintaku Tertinggal Di Mostar Farid TV3
Parut Sarajevo Reza TV9
Seutas Tasbih Biru Ahmad Astro Oasis
2016 Pangkalan Batu 6 Li Astro Citra
Tercipta Untukku Adil Astro First Eksklusif
Bila Artis Balik Kampung Beraya Arman Johari Astro Prima
2017 Pesan Dari Tuhan Jamil TV3
Komplot Zali Astro Citra
Purnama Purnama TV3
Siapa Dia Sebenarnya Qalif
2018 Hari Terakhir Seorang Pengurus Nasir Astro Citra
Bahulu Untuk Opah Badrul TV3
Andai Ku Cinta Lagi Zaman TV2
2019 Pujaan Hati Kanda Raya Megat Danish / Danny TV3
2020 Cucu Nek Putih Sein Astro Citra
2021 Doa Terindah Ustaz Amri TV1
2023 Matin Hilman
Bro Jenin Mat Jenin Astro Ria

Web drama sunting

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2019–2021 Keluarga Baha Don Jo Don Viu
2019 Ombak Rindu The Series Hariz Abdullah Iflix

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Hala 3 Pengacara Astro Prima
2018 Maharaja Lawak Mega 2018 Juri Tetap Astro Warna bersama Douglas Lim, Tya Arifin dan Scha Alyahya
2020–2022 The Masked Singer Malaysia Juri Tetap bersama Datuk Aznil Nawawi, Ella, Angah Raja Lawak, Nabila Huda, Ramona Zamzam, Zizan Razak, Raja Azura & Michael Ang
2021 Roda Panas Pengacara Naura HD

Muzik video sunting

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2011 "Kisah Hati" Datin Alyah
2016 "Raniaku" Aizat Amdan
2018 "Jutaan Purnama" Datin Alyah

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak
2009 Natrah Mansor Adabi
2010 Natrah 2
2014 Takhta 3 Ratu Megat Panji Alam
2015 Sekuntum Mawar Merah Rashid
Maduku Kalut Returns Selamat
2016 Muzikal Randai Cindua Mato Cindua Mato
2017 Tun Fatimah: Serikandi Empayar Melaka Sultan Mahmud Shah

Drama radio sunting

Tahun Tajuk Watak Stesen Radio
2016 Dramatik Kool: Ikhlas Medina Ikhlas Kool FM
2018 Dramatik Kool: Cinta Gila Farel

Diskografi sunting

Tahun Tajuk Lagu Catatan
2011 "Cun Selalu"
(bersama Maya Karin)
OST Cun!
2012 "Kelip-Kelip" OST 29 Februari

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan Rujukan
2009
Anugerah Skrin ke–13
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Drama Jalan Pintas ke Neraka Tercalon [47]
Anugerah Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous
Pasangan Terbaik di Layar (bersama Tiz Zaqyah) Nur Kasih Tercalon
2010
Anugerah Parti Hip TV
Artis Lelaki Romeo Tercalon [48]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–23
Pelakon TV Lelaki Popular Menang [49]
Anugerah Stail EH! ke–2
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Tercalon
Selebriti Lelaki Seksi Menang
Anugerah Shout! ke–2
Selebriti Lelaki Popular Tercalon [50]
Pasangan Terbaik di Layar (bersama Tiz Zaqyah) Nur Kasih Tercalon
Festival Filem Malaysia ke–23
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Evolusi KL Drift 2 Tercalon [51]
2011
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–24
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon [52][53]
Pelakon TV Lelaki Popular Menang
Anugerah Skrin ke–15
Pelakon Lelaki Terbaik – Drama Airmata Nur Salina Tercalon [54]
Pelakon Lelaki Terbaik – Filem Cun! Menang
Festival Filem Malaysia ke-24
Pelakon Lelaki Terbaik Nur Kasih The Movie Tercalon
2012
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon [55]
Anugerah Blokbuster
Pelakon Lelaki Pilihan Nur Kasih The Movie Tercalon [56]
OST Filem Pilihan (bersama Maya Karin) "Cun Selalu" Tercalon
Anugerah Stail EH! ke–3
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Tercalon
Anugerah Shout! ke–3
Selebriti Lelaki Popular Tercalon [57]
Pasangan Terbaik di Layar (bersama Tiz Zaqyah) Nur Kasih The Movie Tercalon
2013
Anugerah Blokbuster ke–2
Pelakon Lelaki Pilihan Jiwa Taiko Tercalon [58]
Antagonis Pilihan Hantu Kapcai Tercalon
Anugerah Skrin ke-17
Pelakon Lelaki Terbaik – Filem 29 Februari Tercalon [59]
Anugerah Melodi
Artis Lelaki Pilihan Menang [60]
2014
Anugerah Stail EH! ke–4
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Tercalon [61]
Selebriti Lelaki Seksi Tercalon
2015
Anugerah Lawak Warna ke–3
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik - Drama Atie Setan Tercalon [62]
2016
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–29
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon [63]
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Anugerah Stail EH! ke–5
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Menang [64]
Selebriti Lelaki Seksi Tercalon
2017
Anugerah Stail EH! ke–6
Selebriti Lelaki Seksi Tercalon [65]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–30
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon [66]
Anugerah Skrin ke–21
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Drama Pesan Dari Tuhan Menang [67]
2018
Anugerah Telenovela ke–3
Pelakon Lelaki Terbaik - Drama Cik Serba Tahu Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Intan Najuwa) Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Ezzaty Abdullah) Tercalon
Anugerah Skrin ke–22 Pelakon Lelaki Terbaik - Filem Pulang Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur
Pelakon Lelaki Terbaik Menang [68]
Asian Academy Creative Awards
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Do[s]a Menang
2019
Festival Filem Malaysia ke-30
Pelakon Lelaki Terbaik Pulang Tercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-6
Aktor Pilihan Kekasih Paksa Rela Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Intan Najuwa) Tercalon
Anugerah MeleTOP Era ke-6
Pelakon TV MeleTOP Lelaki Kiriman Tuhan Tercalon [69][70]
Bintang Filem MeleTOP Pulang Tercalon
Fesyen MeleTOP Tercalon
Anugerah Stail EH! ke-7
Selebriti Lelaki Seksi Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32
Pelakon Filem Lelaki Popular Pulang Tercalon
Gandingan Serasi Filem (bersama Mira Filzah) Rise: Ini Kalilah Tercalon
Pelakon TV Lelaki Popular Pujaan Hati Kanda Tercalon
Gandingan Serasi Drama (bersama Mira Filzah) Menang
Gandingan Serasi Drama (bersama Mira Filzah) Lelaki Kiriman Tuhan Tercalon
Anugerah Telenovela ke-4
Pelakon Lelaki Terbaik – Telenovela Pujaan Hati Kanda Tercalon
Pelakon Lelaki Popular – Telenovela Pujaan Hati Kanda /

Lelaki Kiriman Tuhan

Menang
2021
Festival Filem Malaysia ke-31
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Sangkar Menang

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2017/06/250906/real-life-stories-fascinate-me-says-remy
  2. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/remy-ishak-sanggup-berkorban-demi-tun-fatimah-1.738555
  3. ^ http://archives.emedia.com.my/bin/main.exe?f=doc&state=s3t712.3.1
  4. ^ Maafkan Remy!, Oleh Zaidi Mohamad.
  5. ^ Saharudin Musthafa (5 November 2008). "Obsesi temukan Remy dan Lisa". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-02. Dicapai pada 2 Mac 2015.
  6. ^ Niezam Abdullah, Wanda Idris (28 Disember 2008). "Remy & Lisa serasi sehati". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-02. Dicapai pada 2 Mac 2015.
  7. ^ Budiey (1 Disember 2009). "Filem Duhai Si Pari-Pari lakonan Liyana Jasmay dan Que Haidar". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Mac 2010.
  8. ^ Wahiduzzaman (24 Mac 2010). ""KL Drift 2" Menderum Dengan 'Enjin Lama'". mStar Online. Dicapai pada 2010-03-30.[pautan mati kekal]
  9. ^ Budiey (1 Jun 2010). "Drama Arjuna uji kemampuan Nora Danish, Remy Ishak". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 November 2010.
  10. ^ Li Ee Kee (26 November 2009). "Penangan Nur Kasih". gua.com.my. Dicapai pada 27 November 2009.
  11. ^ "Drama Nur Kasih Ditonton 5 Juta Orang". mStar Online. 1 Disember 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-01. Dicapai pada 1 Disember 2009.
  12. ^ "5 juta dijangka tonton episod akhir Nur Kasih". Utusan Malaysia. 27 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-06. Dicapai pada 27 November 2009. 3.9 juta penonton mewakili 53.9 peratus penonton televisyen di Malaysia memilih untuk menonton Nur Kasih setiap kali ia ditayangkan pada hari Jumaat pukul 9 malam
  13. ^ Syazwan Zakariah (19 Jun 2012). "Jiwa gelisah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  14. ^ "Jiwa Taiko, ada apa Remy dan Diana?". Sinar Harian. 16 Jun 2012. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  15. ^ "Sinopsis Filem Aku Kau & Dia Lakonan Remy Ishak & Pekin Ibrahim". Senasai Selebriti. 13 Jun 2012. Dicapai pada 2014-09-18.
  16. ^ FEBRUARI 3D RELEASED TODAY IN MALAYSIA, Stereoscopy News, 30 Ogos 2012. Dicapai pada 2 Sep 2012.
  17. ^ 29 Februari filem 3D Melayu pertama Diarkibkan 2012-06-26 di Wayback Machine, Utusan Online, 28 Apr 2012. Dicapai pada 3 Sep 2012.
  18. ^ Cinta Jangan Pergi Sebab Tiz, Remy Ke Eropah[pautan mati kekal]. murai. September 17, 2012.
  19. ^ Cinta Jangan Pergi Bakal Jadi Fenomena?[pautan mati kekal]. Sensasi Selebriti (budiey). Mac 11, 2013.
  20. ^ Cinta Jangan Pergi press release. TV9. Mac 11, 2013.
  21. ^ Cinta Jangan Pergi Satukan Remy dan Tiz Zaqyah. gua. Mac 13, 2013.
  22. ^ "Ku Cinta Kau Seorang di slot Lestary". Sinar Harian. 27 November 2013. Dicapai pada 2014-09-18.
  23. ^ Aqmar Mustaza (24 Februari 2014). "Misi Cantas Cinta". Sinar Harian. Dicapai pada 2014-09-18.
  24. ^ Kemalia Othman (25 Februari 2014). "'Sejoli: Misi Cantas Cinta' Papar Romantik Komedi Segar". mStar Online. Dicapai pada 2014-09-18.
  25. ^ Nor Ateiyah Yusoff (18 Disember 2014). "Misi penuh suspens dalam #Antidot". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  26. ^ Kenneth Chaw (27 Januari 2015). "'Antidot': The Malaysian equivalent of 'The Walking Dead'?". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Januari 2015.
  27. ^ Zaidi Mohamad (31 Julai 2015). "Nad Zainal kagumi bakat Remy Ishak". Berita Harian. Dicapai pada 1 Ogos 2015.
  28. ^ "CEO cerita korporat Melayu". Utusan Malaysia. 5 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-09. Dicapai pada 2014-09-18.
  29. ^ "CEO Papar Komedi Ringan Bersahaja". mSTAR Online. 11 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-12. Dicapai pada 2014-09-18.
  30. ^ Nina Farzuin Md. Sharom (23 April 2015). Hasrat Remy Ishak tidak kesampaian Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mei 2015.
  31. ^ Mohd Izuan Roseli (30 April 2015). Korban cinta Pilot Cafe Kosmo!. Dicapai pada 1 Mei 2015.
  32. ^ "Kisah perjuangan lima komando". Sinarharian.com.my. Dicapai pada 11 January 2018.
  33. ^ Chua, Dennis (4 October 2016). "'Redha' to compete at next year's Academy Awards". New Straits Times. Dicapai pada 4 October 2016.
  34. ^ "Tiz Zaqyah dan Remy Ishak Tiada Masalah Bergandingan Dalam Anak Merdeka". Rojak Daily. 21 August 2017. Dicapai pada 19 September 2017.
  35. ^ Dennis Chua (21 June 2017). "Real-life stories fascinate me, says Remy". New Straits Times. Dicapai pada 19 September 2017.
  36. ^ Farouq Johari (2 Ogos 2017). "Filem 'Kau Takdirku' Padat Dengan Emosi Romantik Tragis Yang Mengusik Jiwa". Says. Dicapai pada 1 September 2017.
  37. ^ Fatin Farhana Ariffin (28 April 2018). Pulang mampu angkat martabat filem tempatan Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  38. ^ Zaidi Che (3 Julai 2019). Zul Ariffin dan Remy Ishak bertarung dalam Sangkar Diarkibkan 2019-08-20 di Wayback Machine STAIL. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  39. ^ Jessica Chua (17 Julai 2019). Fists Up! Malaysia's First MMA Film 'Sangkar' Is Coming Soon Rojak Daily. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  40. ^ Sudah 3 Bulan Remy Ishak, Tiz Zaqyah Putus Cinta. murai. September 24, 2012.
  41. ^ Tiz Zaqyah dan Remy Ishak Putus Cinta. Sensasi Selebriti (budiey). September 27, 2012.
  42. ^ Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah Putus Cinta. Beautiful Nara. September 24, 2012.
  43. ^ "Remy, Tiz sah putus cinta". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-25. Dicapai pada 2012-11-18.
  44. ^ Syahirah Mokhtazar (1 Februari 2018). Remy in no rush to settle down New Straits Times. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  45. ^ Tahniah! Remy Ishak, Ezza Yusof Selesai Diijabkabul
  46. ^ "Remy Ishak selamat diijab kabul dengan Ezza". Malaysiakini. 21 Ogos 2021. Dicapai pada 23 Ogos 2021.
  47. ^ "Siapa ungguli Anugerah Skrin 2009?". Utusan Malaysia. 29 November 2009.
  48. ^ Budiey (24 Mac 2010). "Senarai Pencalonan Anugerah Parti Hip TV". Sensasi Selebriti.
  49. ^ Budiey (5 April 2010). "Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular 2009". Sensasi Selebriti.
  50. ^ Kemalia Othman (15 October 2010). "Pencalonan Shout! Award 2010 Anjuran 8TV Meningkat". mStar.
  51. ^ Budiey (15 October 2010). "Senarai Pencalonan Festival Filem Malaysia 23". Sensasi Selebriti.
  52. ^ Kemalia Othman (13 January 2011). "Ana Raffali & Raja Azura Terima Pencalonan Terbanyak ABPBH 2010". mStar.
  53. ^ Budiey (3 April 2011). "Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular 2010". Sensasi Selebriti.
  54. ^ Azhariah Kamin (8 November 2011). "Bittersweet beauty". The Star.
  55. ^ Feride Hikmet Atak (12 January 2012). "Sharifah Shahira Terima Pencalonan Terbanyak ABPBH 2011". mStar.
  56. ^ Budiey (20 September 2012). "Senarai Penuh Top 10 Pencalonan Kategori Anugerah Blokbuster 2011". Sensasi Selebriti.
  57. ^ "Shout Awards 2012: Yuna Ungguli Lima Pencalonan". mStar. 20 October 2012.
  58. ^ Budiey (15 June 2013). "Senarai Top 10 Pencalonan Anugerah Blokbuster 2". Sensasi Selebriti.
  59. ^ Mohd Al Qayum Azizi (2 November 2013). "'Mawar Putih Tanda Perpisahan' & 'KIL' Ungguli 'Top 5' ASK 2013". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-08. Dicapai pada 2018-04-15.
  60. ^ Budiey (19 August 2013). "Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Melodi 2013". Sensasi Selebriti.
  61. ^ Budiey (5 April 2014). "Selebriti Stailo Bakal Hangatkan Anugerah Stail EH! 2014". Sensasi Selebriti.
  62. ^ Farhana Ab Rahman (11 July 2015). "Gila Baby dominasi pencalonan Anugerah Lawak Warna 2015". Berita Harian.
  63. ^ Zaidi Mohamad (23 March 2016). "ABPBH: Calon 5 teratas 13 kategori diumum". Berita Harian.
  64. ^ "ANUGERAH STAIL EH! 2016". EH!. 31 March 2016.
  65. ^ "EH! Magazine Official Instagram released a nominees for Most Sexy Male Celebrities and Most Sexy Female Celebrities". Instagram. EH! Magazine. Dicapai pada 12 April 2017.
  66. ^ Zaidi Mohamad (4 May 2017). "Alif Satar, Neelofa kuasai senarai Top 5 ABPBH 3.0". Berita Harian.
  67. ^ "'Pesan Dari Tuhan' wins Best Drama award in Anugerah Skrin 2017". theSun. 4 November 2017.
  68. ^ Aina Izzah (7 November 2018). "ANUGERAH MAJLIS PENGKRITIK FILEM KL 2018 HONOURS THE SUMMIT OF MALAYSIAN CINEMA". Daily Seni (dalam bahasa Inggeris).
  69. ^ Mohd Al Qayum Azizi (19 March 2019). "Enggan dituduh syok sendiri... Neelofa dan Nabil tarik diri dicalonkan dalam AME2019". mStar.
  70. ^ Mya Amri (19 March 2019). "Syafiq Kyle & Remy Ishak Bersaing Sengit, Ini Senarai Penuh Top 5 AME 2019". Astro Gempak.

Pautan luar sunting