Antidot (digayakan sebagai #ANTIDOT) merupakan siri drama cereka sains Malaysia 2014 arahan Kabir Bhatia terbitan Filmscape. Dibintangi oleh Nabila Huda, Nad Zainal, Kamal Adli dan Remy Ishak, ia mengisahkan tentang beberapa saintis pakar virus yang bersaing untuk menghasilkan penawar melawan virus yang boleh menyebabkan manusia mati dan bertukar menjadi zombi di Malaysia.[1][2] Siri ini bersiaran di Slot Aksi TV3 dari 9 Disember 2014 sehingga 10 Mac 2015 menggantikan PLAN B.

Antidot
GenreDrama, aksi, cereka sains
PenciptaMira Mustaffa (konsep asal)
Ditulis oleh
  • Alfie Palermo
  • Fairul Nizam Ablah
  • Wan Amin Wan Yahaya
  • Intan Suhana
  • Zuli Ismail
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Mati" oleh Faizal Tahir
Lagu penutup"Mati" oleh Faizal Tahir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifAlong Ailina
Penerbit
  • Kabir Bhatia
  • Mira Mustaffa
  • Francis Foo
Tempoh siaran40–42 minit
Syarikat penerbitan
Filmscape
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal9 Disember 2014 – 10 Mac 2015

Siri ini didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis sunting

Fatah, Frida, Alam dan Teja ialah empat pakar virus yang berusaha untuk menyelamatkan manusia daripada serangan virus zombi. Ianya bermula apabila kawasan di Lembah Klang diserang oleh penyakit misteri. Doktor dan pakar virus sendiri tidak dapat mengetahui virus apa yang merebak dan menjangkakan ianya virus yang baru dijumpai.

Pakar virus, Frida menyedari kesan daripada jangkitan ini ialah demam panas, halusinasi, paranoia atau tidak sedarkan diri dan akhirnya mereka yang dijangkiti boleh menjadi ganas, menyerang sesiapa sahaja di luar kawalan. Dalam suasana yang hiruk-pikuk dan tidak terkawal, pesakit menyerang antara satu sama lain.

Turut terkena jangkitan ini adalah suami kepada Teja. Teja meminta bantuan daripada Alam untuk menjaga anaknya Aini. Semasa ingin melawat suaminya di hospital, Alam cuai dan Aini terlepas dari pandangannya.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon undangan sunting

Pelakon kanak-kanak sunting

  • Puteri Syasya sebagai Aini

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Nor Ateiyah Yusoff (18 Disember 2014). "Misi penuh suspens dalam #Antidot". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  2. ^ Kenneth Chaw (27 Januari 2015). "'Antidot': The Malaysian equivalent of 'The Walking Dead'?". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Januari 2015.
  3. ^ Antidot (2014): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Januari 2019.

Pautan luar sunting