Festival Filem Malaysia ke-30
Festival Filem Malaysia ke-30 disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk filem-filem terbaik tahun 2017/2018. Ia berlangsung pada 30 Mac 2019 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Adibah Noor.[1] Sebanyak 42 filem telah dipilih untuk bertanding di festival ini[2] dan tema bagi acara ini ialah Inspirasi Sinemaku.[3][4]
Festival Filem Malaysia ke-30 | |
---|---|
Tarikh | 30 Mac 2019 |
Tempat | Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya |
Pengacara | Nabil Ahmad Adibah Noor |
Penyampai pra-acara |
|
Penerbit | Nelhanan Mansor |
Pengarah | Muhd Dzakirin Rozyzan |
Gambaran keseluruhan | |
Filem Terbaik | One, Two, Jaga |
Pengarah Terbaik | Namron |
Pelakon Lelaki Terbaik | Rosdeen Suboh |
Pelakon Wanita Terbaik | Umie Aida |
Penghargaan terbanyak | One, Two, Jaga (6) |
Pencalonan terbanyak | One, Two, Jaga (9) Dukun (9) |
Liputan televisyen | |
Rangkaian | Astro Ria |
Tempoh masa | 3 jam |
Filem Crossroads: One Two Jaga arahan Namron telah memenangi 6 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik,[5] manakala Dukun telah memenangi 4 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima, termasuk Pelakon Wanita Terbaik. PASKAL dan Munafik 2 masing-masing menerima tiga pencalonan. FFM30 diadakan seminggu sebelum Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung pada 7 April 2019.
Gambaran keseluruhan
suntingPengumuman rasmi FFM30 diadakan pada Julai 2018, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan bakal memberi kelainan kepada penganjuran FFM30 dengan membuka penyertaan daripada filem antarabangsa terutama negara Asia.[6]
Pada 7 September 2018, tarikh penganjuran yang ditetapkan untuk festival ini diadakan ialah pada 8 Disember 2018 selepas beberapa kali ditunda akibat masalah teknikal.[7] FFM30 pada asalnya dijadualkan untuk penganjurannya pada September, namun ditunda ke Disember akibat peralihan kerajaan sebelum memilih tarikh penganjuran 30 Mac 2019.[8]
Menurut Pengarah festival Abdul Khalid Moulod dalam satu sidang akhbar pada 12 Mac 2019, sebanyak 42 filem akan berentap bagi membolot anugerah dalam 24 kategori yang dipertandingkan dalam FFM-30 yang dijadual berlangsung pada 30 Mac. "Daripada 42 filem itu, 25 dalam bahasa Melayu, 10 bahasa Cina termasuk dua Kantonis dan tujuh bahasa Tamil,"[9] Tarikh tutup bagi penyertaan filem yang dipertandingkan ialah pada 31 Disember 2018, pengumuman Top 5 untuk semua 24 kategori termasuk kategori utama seperti Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Terbaik diumumkan pada 7 Januari 2019.[10]
Pada malam anugerah, FFM 30 tidak lupa untuk mengenang jasa penggiat seni yang telah kembali ke Rahmatullah. Lagu "Pelangi Petang" nyanyian asal Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipersembahkan oleh Innuendo dan Flag Nation didedikasikan khas kepada pelakon dan penyanyi seperti Tan Sri Jins Shamsuddin, Zaibo, Pak Ngah, Norma Alang, Saleem, Mior Ahmat Zaudi dan ramai lagi.[11] Barisan penyampai anugerah terdiri daripada Pekin Ibrahim, Liyana Jasmay, Izzue Islam, Faizal Hussein, Fauziah Nawi, Zul Ariffin, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi.
Pemenang dan pencalonan
suntingAnugerah
suntingPemenang disenaraikan terlebih dahulu, diserlahkan dalam teks tebal, dan ditandakan dengan pisau berganda ( ).[12]
Filem Terbaik
|
Pengarah Terbaik
|
Pelakon Lelaki Terbaik
|
Pelakon Wanita Terbaik
|
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
|
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
|
Pengarah Harapan
|
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
|
Pelakon Wanita Harapan
|
Pelakon Lelaki Harapan
|
Lakon Layar Terbaik
|
Sinematografi Terbaik
|
Cerita Asal Terbaik
|
Kostum & Busana Terbaik
|
Penataan Bunyi Terbaik
|
Penataan Seni Terbaik
|
Kesan Khas Terbaik
|
Penyunting Terbaik
|
Skor Muzik Terbaik
|
Poster Terbaik
|
Lagu Tema Terbaik[a]
|
Anugerah khas
sunting
Anugerah Khas Juri 1
|
Anugerah Khas Juri 2
|
Anugerah Khas Juri 3
|
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman
|
Anugerah Penggiat Belakang Tabir
|
Filem Box Office
|
Filem dengan pencalonan terbanyak
suntingJumlah pencalonan | Filem |
---|---|
9 | Crossroads: One Two Jaga |
Dukun | |
8 | Pulang |
6 | Gol & Gincu Vol. 2 |
4 | Lee Chong Wei: Rise of the Legend |
3 | PASKAL The Movie |
Munafik 2 | |
2 | Polis EVO 2 |
Jumlah kemenangan | Filem |
---|---|
6 | Crossroads: One Two Jaga |
4 | Dukun |
3 | Guang |
Penyampai dan penghibur
suntingIndividu yang berikut, yang disenaraikan dalam susunan rupa, menyampaikan anugerah atau membuat persembahan muzik.
Penyampai
suntingNama | Peranan |
---|---|
Nabil Ahmad Adibah Noor |
Penyampai untuk kategori Anugerah Filem Box Office |
Pekin Ibrahim | Penyampai untuk kategori Poster Terbaik |
Liyana Jasmay | Penyampai untuk kategori Kostum/Busana Terbaik |
Izzue Islam | Penyampai untuk kategori Kesan Khas Terbaik |
Afdlin Shauki | Penyampai untuk kategori Penataan Bunyi Terbaik |
Faizal Hussein | Penyampai untuk kategori Penyunting Terbaik |
Fauziah Nawi | Penyampai untuk kategori Penataan Seni Terbaik |
Dr. Syed Muhammad Faizal | Penyampai untuk kategori Skor Muzik Terbaik |
Norman Abdul Halim | Penyampai untuk kategori Lagu Tema Terbaik |
Zul Ariffin | Penyampai untuk kategori Pelakon Wanita Harapan |
Sangeeta Krishnasamy | Penyampai untuk kategori Pelakon Lelaki Harapan |
Tunku Mona Riza | Penyampai untuk kategori Sinematografi Terbaik |
Jason Chong | Penyampai untuk kategori Pengarah Harapan |
Shafie Naswip | Penyampai untuk kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik |
Nasir Bilal Khan | Penyampai untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik |
Umie Aida | Penyampai untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik |
Fattah Amin Fazura |
Penyampai untuk kategori Anugerah Khas Juri I |
Hans Isaac | Penyampai untuk kategori Anugerah Khas Juri II |
Maya Karin | Penyampai untuk kategori Anugerah Khas Juri III |
Othman Hafsham | Penyampai untuk kategori Anugerah Penggiat Belakang Tabir |
Yusof Haslam | Penyampai untuk kategori Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman |
Diana Danielle | Penyampai untuk kategori Cerita Asal Terbaik |
Liew Seng Tat | Penyampai untuk kategori Lakon Layar Terbaik |
Namron | Penyampai untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik |
Ogy Ahmad Daud | Penyampai untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik |
U-Wei Haji Saari | Penyampai untuk kategori Pengarah Terbaik |
Penghibur
suntingPenyanyi | Lagu yang dipersembahkan |
---|---|
Jaclyn Victor Alyah |
"Wajah Rahsia Hati" "Sangkar Cinta" "Teruja" |
Zizi Kirana Nicole Lai Billy Zulkarnain |
"Merana Jiwa" "Pinjamkan Hatiku" "Cahaya Juara" "Atma Jiwa" |
Siti Nurhaliza | Medley "Joget Berhibur" Medley "Joget Kasih Tak Sudah" |
Innuendo Flag Nation |
"Belaian Jiwa" "Pelangi Petang" |
Tiara Jacquelina | Tarian asli tradisional |
Syamel Ernie Zakri |
"Bagaikan Sakti" |
Hafiz Suip Jamal Abdillah |
"Azura" "Kekasih Awal & Akhir" "Ghazal Untuk Rabiah" |
Kontroversi
suntingBeberapa jam sebelum FFM30 berlangsung, pelakon Sharifah Amani, yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik FFM19 dikatakan enggan hadir ke FFM30. Dalam kenyataannya di laman Twitter, keputusan itu diambilnya kerana tidak sanggup berpura-pura sedangkan ramai dalam kalangan penggiat seni masih bergelut mencari nafkah hidup: "Saya tidak dapat meyakinkan diri untuk berpura-pura untuk kelihatan cantik dan meraikan apabila kebanyakan penggiat seni dalam industri kita tidak dapat membayar bil, memberi makan kepada keluarga atau memenuhi keperluan mereka,".[13][14]
Pelakon Nur Fazura menafikan dakwaan penampilan beliau dan suami, Fattah Amin sebagai penyampai trofi di FFM30, ialah atas permintaan peribadi, selain menjadi syarat yang perlu dipenuhi penganjur. Mereka berdua tampil sebagai trofi bagi kategori Anugerah Khas Juri dan masing-masing mendapat undangan rasmi sebagai penyampai trofi.[15]
Catatan
suntingRujukan
sunting- ^ Nik Hazirah Nik Daud (12 Mac 2019). "Nabil Ahmad dan Adibah Noor, hos malam kemuncak FFM30". MHE TV. Dicapai pada 12 April 2019.
- ^ "42 filem berentap pada Festival Filem Malaysia". Bernama. 12 Mac 2019. Dicapai pada 31 Mac 2019.
- ^ Adam Salleh (12 Mac 2019). "FFM30 mengangkat tema Inspirasi Sinemaku". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Dicapai pada 12 April 2019.
- ^ Adam Salleh (30 Mac 2019). "Sinema Malaysia pastikan tidak 'Tamat'". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mac 2019.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (31 Mac 2019). "'One Two Jaga' bolot 6 anugerah termasuk Filem Terbaik FFM30". The Star Online. Dicapai pada 31 Mac 2019.
- ^ Nor Akmar Samudin (31 Julai 2018). "Filem Asia dijangka sertai FFM30?". Harian Metro. Dicapai pada 7 April 2019.
- ^ "FFM30 ditunda ke Disember depan". Kosmo!. 7 September 2018. Dicapai pada 31 Mac 2019.
- ^ Ifqdar Rahman (8 September 2018). "FFM30 bakal dimeriahkan dengan filem box-office". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Mac 2019.
- ^ "42 Filem Layak Ke Festival Filem Malaysia Ke 30". Xtra. 13 Mac 2019. Dicapai pada 31 Mac 2019.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (12 Mac 2019). "FFM30 pertandingkan 42 filem [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 7 April 2019.
- ^ a b "Corat-coret Festival Filem Malaysia Ke-30". Astro Awani. 31 Mac 2019. Dicapai pada 7 April 2019.
- ^ "Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-30 FFM30". Sensasi Selebriti. 31 Mac 2019. Dicapai pada 3 April 2019.
- ^ "FFM30 gemilang, namun Sharifah Amani enggan hadir kerana..." Astro Awani. 30 Mac 2019. Dicapai pada 31 Mac 2019.
- ^ "Sharifah Amani enggan hadir FFM30, prihatin nasib anak seni". Malaysiakini. 30 Mac 2019. Dicapai pada 31 Mac 2019.
- ^ Farhana Ab Rahman (1 April 2019). "Fazura nafi letak syarat tampil dengan suami di pentas FFM30". Berita Harian. Dicapai pada 12 April 2019.