Nasir Bilal Khan

Pelakon lelaki Malaysia

Nasir Bilal Khan (lahir 1 Julai 1960) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang memenangi pelbagai anugerah.[1] Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Salleh dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), sebagai Tok Adi dalam drama Tanah Kubur (2011-16)[2] dan paling baru-baru ini, sebagai Abu Jar dalam Munafik 2 (2018).[3]

Nasir Bilal Khan
Kelahiran (1960-07-01) 1 Julai 1960 (umur 59)
Seri Menanti, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Kediaman
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1993–kini
Ketinggian6 ft 1 in (1.85 m)
Pasangan
Anak3

Kehidupan dan kerjayaSunting

Nasir Bilal dilahirkan pada 1 Julai 1960 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 1993 menerusi watak pembantu sebagai Amir dalam filem Perempuan, Isteri & .....? arahan U-Wei Hj Saari. Persembahannya dalam filem ini melayakkan Nasir menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11 pada 1994.[4]

Nasir juga terkenal dengan watak penggali kubur bernama Tok Adi dalam siri Tanah Kubur yang bersiaran di Astro Oasis selama 5 tahun. Beliau memegang watak sama dalam siri TV terbitan turunannya yang disiarkan pada 5 Mac 2018. Nasir mempunyai peranan utama dalam telfilem Al-Ikhlas arahan Murali Abdullah, yang mengisahkan tentang Solah yang hidup sendirian selepas kematian isterinya.[5][6]

Beliau ditawarkan bekerja dengan sutradara muda Syamsul Yusof menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), memegang watak sebagai Salleh, bapa kepada Amy lakonan Salina Saibi.[7] Nasir meneruskan rentetan kerjasama dengan Syamsul menerusi filem Munafik 2 yang ditayangkan pada 30 Ogos 2018, beliau menjayakan watak sebagai pemimpin ajaran sesat, Abu Jar.[8]

Kehidupan peribadiSunting

Nasir Bilal berkahwin dengan pelakon Azizah Mahzan dan bercerai.[9] Beliau kemudiannya berkahwin dengan Umi Kalsum Majid dan dikurniakan tiga anak.[10]

Pada Januari 2002, Nasir dan dua rakannya pernah didakwa atas kesalahan peras ugut seorang pemandu teksi bagi mendapatkan wang tunai berjumlah RM6,200.[11]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
1993 Perempuan, Isteri & .....? Amir U-Wei Hj Saari
1995 Amok Wan Man Adman Salleh
Pesona Cinta Karim Arief Karmahani
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Salleh Syamsul Yusof
2010 Niyang Rapik Tok Itam Ahmad Idham
Misteri Jalan Lama Lelaki Tua / Raja Dewata Dato' Afdlin Shauki
2012 Jalan Kembali: Bohsia 2 Salleh Syamsul Yusof Kameo dalam gambar
2014 Laga Dasuki Ismail Yaacob
Kekasih Mansor Diffan Sina Norman Filem pendek
2015 Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium Sultan Mahmud Shah Mamat Khalid
2018 Munafik 2 Abu Jar Syamsul Yusof
Operasi X Bashah Sandosh Kesavan

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1997 Selamat Harijadi Su III TV3
1998 Semarai
2004 Sephia
2008 Saka
2009–10 Aliff Firdaus Haji Madi
2011–2016 Tanah Kubur Tok Adi Astro Oasis
2013 Surat Dari Langit Biru Pak Muiz TV3
2015 7 Petola Cinta TV9
2018 Tok Adi Tok Adi Astro Oasis
2019 Misteri Jenazah (Musim 2) Tok Adi Astro Prima

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005 Cinta Si Penggali Kubur Dol TV3
2006 Takbir Suci Atan Astro Ria
2007 Mek Salmah Dari Scotland Dirinya sendiri TV2 Pelakon undangan
2008 Takbir Suci 2 Atan Astro Ria Penampilan khas, tidak dikreditkan
2009 Kejar TV1
2011 Demi Kasih TV2
2012 Al-Ikhlas Solah TV3
2014 Kata Samseng Jalil TV2
2015 Harus Terpisah Pak Atan Astro Prima
Piring Hitam Terakhir Tahir
2016 Pondok Itu Rumahku Pak Sudin TV3
2017 Hajat Astro Citra
The Berlian Job D
2018 Abang Kandung TV3

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1994 Festival Filem Malaysia ke-11 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
1995 Festival Filem Malaysia ke-12 Dicalonkan
1997 Anugerah Skrin 1997 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Menang
1998 Anugerah Skrin 1998 Menang
2005 Anugerah Skrin 2005 Menang

RujukanSunting

  1. ^ Nasir Bilal Khan tolak watak mengarut Kosmo! (29 Ogos 2018). Dicapai pada 16 September 2018.
  2. ^ "Watak 'Tok Adi' Beri Kesan Kepada Masyarakat". Malaysian Access. 26 September 2015. Dicapai 5 Mac 2018. 
  3. ^ Ramlah Zainal (29 Ogos 2018). "Biar dibenci janji mesej sampai". Harian Metro. Dicapai 11 September 2018. 
  4. ^ Farhana Ab Rahman (9 September 2015). "Nasir Bilal Khan buat orang gerun". Berita Harian. Dicapai 21 April 2016. 
  5. ^ "Nasir Bilal Khan Tidak Kecil Hati Dijadikan Bahan Jenaka". mStar Online. 13 Januari 2014. Dicapai 21 April 2014. 
  6. ^ Ardini Sophia Sina (19 Mac 2018). "Nasir Bilal Khan memang 'humble'". Harian Metro. Dicapai 21 April 2018. 
  7. ^ Metra Syahril Mohamed (23 April 2009).Bohsia ‘ketuk’ kesedaran masyarakat Utusan Malaysia. Diperoleh pada 15 Mac 2010.
  8. ^ Nadia Azam (5 Ogos 2016). "Munafik 2: Naskhah Islamik tambat Nasir Bilal Khan". Malaysiakini. Dicapai 27 Jun 2018. 
  9. ^ "(GOSIP)Azizah Mahzan Pernah Berkahwin Dengan Nasir Bilal Khan?". Beautifulnara. 19 Oktober 2009. Dicapai 21 April 2018. 
  10. ^ Siti Azira Abd Aziz (27 Oktober 2011). Nasir Bilal Khan ajak penonton takutkan dosa mStar Online. Dicapai pada 24 November 2011.
  11. ^ Nasir Bilal Khan, 2 rakan didakwa peras ugut Utusan Malaysia (18 Januari 2002). Diperoleh pada 16 September 2010.

Pautan luarSunting