Innuendo

Innuendo merupakan sebuah kumpulan pop R&B Malaysia yang menyanyi lagu-lagu dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.[1] Ahli kumpulan ini terdiri daripada Shamsul Azhar "Sam" Nazeer, Ahmad Tajuddin "Taj" Mohamed Tahir, Saiful Amir "Pot" Abdul Wahab dan Reymee Hussein.

Innuendo
Kumpulaninnuendo.JPG
Innuendo pada 1998
Latar belakang
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, R&B, soul
InstrumenVokal
Tahun aktif1992–2005, 2017–kini
Syarikat rakaman
Positive Tone
Pengkarya berkait
Naughtius Maximus, Camelia, Too Phat, Ahmad Izham Omar, Paul Moss, Ruffedge, V.E, Al-Mawlid
Bekas ahli(Sam) Shamsul Azhar Nazeer
(Taj) Ahmad Tajuddin Bin Mohamed Tahir
(Pot) Saiful Amir bin Abdul Wahab
(Reymee) Reymee bin Mohamed Hussein

SejarahSunting

Innuendo ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Reymee sewaktu masih bersekolah dalam tingkatan empat. Beliau mewarisi darah seni daripada bapanya, Hussein Idris yang merupakan pemain dram dan penyanyi kumpulan muzik 70-an iaitu The Strollers. Namun begitu, kesukaran mendapatkan anggota yang benar-benar meminati muzik R&B soul menyebabkan pertukaran anggota sentiasa berlaku dalam kumpulan ini.

Pada tahun 1995, Innuendo telah diberi peluang menjadi artis pembuka tirai untuk konsert kumpulan R&B Amerika Syarikat, All-4-One yang berlangsung di Kuala Lumpur. Selepas itu bakat mereka menarik perhatian beberapa syarikat rakaman namun kumpulan ini memilih untuk bernaung di bawah payung Positive Tone.

Album sulung eponim Innuendo diterbitkan oleh Ahmad Izham Omar dan Paul Moss, berada di pasaran pada Mei 1997 dan mula mendapat perhatian pendengar menerusi rakaman semula lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Carefree pada tahun 1979 iaitu "Belaian Jiwa". Lagu ini memang digemari oleh Innuendo dan tanpa diduga telah memahat nama mereka sebagai antara bakat baru paling menyerlah ketika itu.

 
Innuendo di AIM 1998

Innuendo memecah rekod Anugerah Industri Muzik ke-5 apabila membolot enam anugerah, Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik, Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Album Inggeris Tempatan Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Belaian Jiwa) dan Lagu Terbaik (Selamanya) menerusi album sulung mereka. Rekod tersebut kekal sehingga ke hari ini sebagai pencapaian jumlah kemenangan terbanyak dalam satu edisi sahaja.

Pada tahun 1998 juga Innuendo meraih empat anugerah dalam Anugerah Video Malaysia iaitu Video Muzik Terbaik dan Video Muzik Inovatif menerusi lagu "Belaian Jiwa", serta Persembahan Artis Terbaik dan Fotografi Terbaik menerusi lagu "Just For You". Innuendo bersama kumpulan hip hop Poetic Ammo telah diundang mengadakan persembahan di London oleh pelajar-pelajar Malaysia yang menetap di sana.[2] Mereka telah diundang oleh Camelia untuk berduet dalam lagu berjudul "Akhirnya". Lagu tersebut dimuatkan dalam album kedua Camelia pada tahun 1999.[3]

Pada tahun yang sama, Innuendo mendapat penghargaan Carta RIM sebagai album Inggeris tempatan paling lama bertahan dalam carta.

 
Penampilan sebagai trio untuk album kedua

Album kedua Innuendo, BrandNuEndo menyusul pada tahun 2001.[4] Bagaimanapun dalam album ini Sam tidak lagi bersama Innuendo. Menerusi album ini Innuendo telah meraih anugerah Video Muzik Terbaik (untuk lagu "Nanti") dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (untuk lagu "Only Dancin") pada Anugerah Industri Muzik ke-9 yang diadakan pada tahun 2002.

Selepas itu Pot dan Taj lebih banyak menumpukan perhatian kepada kerja-kerja belakang tabir penerbitan album artis-artis lain dan juga syarikat milik mereka iaitu The Promised Clan Sdn. Bhd. (TPC) yang ditubuhkan untuk mengembangkan bakat-bakat baru dari arena 'underground' ke pentas arus perdana. Artis pertama yang dinaungi TPC ialah kumpulan Ruffedge dan V.E.

Innuendo muncul dengan album kompilasi Innuendo Essentials pada 2003.[5] Pada tahun 2005 kesemua anggota Innuendo telah membawa haluan masing-masing.

Ahli kumpulanSunting

Anggota-anggota Innuendo terdiri daripada:

DiskografiSunting

Album studioSunting

Album kompilasiSunting

Album lainSunting

  • Innuendo Enhanced (1998)
  • Spirit of Life (1998)

Penampilan lainSunting

  • 1995 - Bisikan Rindu dan There Will Always Be You (Reymee berduet dengan Liza Aziz dalam album Hati Ini)
  • 1997 - It's A Nice Day To Be Alive (Poetic Ammo feat. Sam dalam album It's A Nice Day To Be Alive)
  • 1997 - Father Be With Us (Poetic Ammo feat. Pot & Taj dalam album It's A Nice Day To Be Alive)
  • 1998 - M.V.P. (Most Valuable Player) - (Naughtius Maximus feat. Innuendo dalam album kompilasi Tricks & Tales)
  • 1998 - Squeeze (album kompilasi Tricks & Tales)
  • 1999 - Akhirnya (Camelia feat. Innuendo dalam album Memori)
  • 1999 - I Will Be There (Sam menyanyi secara solo dalam album khas Spirit of Life)
  • 2000 - Jezzebelle (Too Phat feat. Innuendo dalam album Whuttadilly)
  • 2000 - Who Be The Player (Poetic Ammo feat. Sam dalam album The World Is Yours)
  • 2000 - Hingga Akhir Pasti (Pot menyanyi secara solo dalam album OST Mimpi Moon) - lagu ini adalah lagu Until The End of Time dari album pertama Innuendo yang dialih ke bahasa Melayu.
  • 2005 - Dalam Air Ku Terbayang Wajah (Sam berduet dengan Dina Nadzir dalam album Dina)
  • 2008 - Pada Senyummu (Pot menyanyi secara solo)
  • 2012 - Ke Sana Denganmu (Sam berduet dengan Adibah Noor)

RujukanSunting

  1. ^ "Innuendo bukan untuk elit". Utusan Malaysia. 25 Januari 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-02. Dicapai pada 25 Januari 2008.
  2. ^ Saniboey Mohd Ismail (23 Mac 1998). "Innuendo buat konsert di London". Harian Metro. Dicapai pada 14 Ogos 2018.
  3. ^ "Innuendo, Camelia berduet". Berita Harian. 11 November 1998. Dicapai pada 14 Ogos 2018.
  4. ^ Saharudin Musthafa (14 Oktober 2001). "Innuendo ubati rindu peminat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Ogos 2010.
  5. ^ Zul Husni Abdul Hamid (20 Mac 2003). "Innuendo undang artis jemputan". Berita Harian. Dicapai pada 14 Ogos 2018.

Pautan luarSunting