Datin Seri Dayang Nur Camelia binti Tan Sri Abang Khalid atau lebih dikenali sebagai Camelia merupakan seorang penyanyi Malaysia, yang popular menerusi lagu Rindu Padanya. Beliau juga pernah menjadi duta kepada beberapa produk terkemuka termasuklah L'Oréal, Wacoal, Epson, Pantene dan Omega SA.[1]


Camelia
Kelahiran
Dayang Nur Camelia binti Abang Khalid

(1974-06-20) 20 Jun 1974 (umur 49)
Pekerjaan
Tahun aktif1997 - 2007
Pasangan
  • Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce (c. 1999)
  • Datuk Seri Akhbar Khan (k. 2010)
Anak-anak1
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Syarikat rakaman
Universal Music
(1997-2007)
Pengkarya berkait

Latar belakang sunting

Beliau dilahirkan pada 20 Jun 1974 di Kuching, Sarawak. Selain menyanyi, Camelia juga merupakan seorang model dan pengacara Casa Impian di Astro Ria dari 1998 sehingga 2006.[2]

Nama timangan Camelia adalah Mimie. Beliau pernah menjadi "ikon fesyen" Malaysia dan juga menjadi duta kepada beberapa produk-produk global termasuklah L'Oréal, Wacoal, Epson, Pantene dan Omega SA.[1]

Kehidupan peribadi sunting

Perkahwinan sunting

Beliau pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce sehingga perceraian mereka pada tahun 1999.[2] Setelah itu, beliau berkahwin dengan seorang pemaju tempatan yang terkenal pada tahun 2010, Datuk Seri Akhbar Khan dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aisha Asmara Khan. Sejak itu, Camelia tidak lagi menjadikan bidang nyanyian sebagai keutamaan kerana ingin fokus pada keluarganya.[3][2]

Kemunculan baru sunting

Pada Julai 2022, Camelia membuat kemunculan di samping Bob AF2 mendendangkan lagu projek khas, Simfoni Tuanku ciptaan Sharnaz Saberi. Lagu berkenaan dicipta khusus buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai hadiah daripada kerajaan Sarawak.[4] Namun beliau menolak tanggapan melakukan kemunculan semula atau comeback mahupun ingin aktif semula dalam bidang muzik selepas 15 tahun menyepi, dan hanya menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengucapkan selamat tinggal kepada bidang nyanyian.[5]

Kontroversi sunting

Sebelum berkahwin, Camelia pernah digosipkan menjalin hubungan dengan Wira Tun Daim, anak bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin. Namun Camelia tidak pernah memberikan sebarang respon terhadap gosip tersebut sehinggalah berita tentang perkahwinannya dengan Datuk Seri Akhbar Khan tersebar dan sahih.[1]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Album mini sunting

Album kompilasi sunting

  • Untukmu (2003)

Lagu-lagu sunting

Camelia (1997) sunting

  1. Dengarlah Kasih
  2. Kini Berakhir
  3. Kau Teristimewa
  4. Erti Kehidupan
  5. Menuju Usia
  6. Khas Buatmu
  7. Bersama
  8. Kau Di Hatiku
  9. Hari Bahagia
  10. Rindu Padanya

I,II,III (1998) sunting

  1. Satu Dua Tiga Empat Lima
  2. Tanpa Cintamu
  3. Permata Hatiku
  4. Milikku Jua
  5. Hatiku
  6. Without You

Memori (1999) sunting

  1. Pisah
  2. Suratan Atau Kebetulan
  3. Janjiku
  4. Akhirnya (duet bersama kumpulan Innuendo)
  5. Memori
  6. Siapakah
  7. Insan Di Kota
  8. Ku Izinkan Kasih
  9. Di Sisimu
  10. Erti Kehidupan (Sho Nuff Mix)
  11. Hidupku Masih Bererti

Mimpi (2001) sunting

  1. Erti Kehidupan (Kaulah Satu)
  2. Bawa Cinta
  3. Sucikanlah
  4. Duniaku
  5. BersamaMu
  6. Mimpi
  7. Bukan Yang Terbaik
  8. Angan dan Harapan
  9. Feel Me
  10. Terlanjur Sayang
  11. Feel Me (Bonus Track)

Untukmu (2003) sunting

  1. Kini Bebas (duet bersama Anuar Zain)
  2. Dugaan Merindu
  3. Rindu Padanya
  4. Dengarlah Kasih
  5. Akhirnya (duet bersama kumpulan Innuendo)
  6. Pisah
  7. Bersama
  8. Duniaku
  9. Hanya Ilusi
  10. Memori
  11. Terlanjur Sayang
  12. Di Sisimu
  13. Menuju Usia
  14. BersamaMu
  15. What You Want (Too Phat featuring Camelia)
  16. Not That Type of Lady (featuring Urban Xchange)
  17. Siapakah (Remix)

Mysticam (2007) sunting

  1. Hypnosis
  2. Jari Jemari (Featuring Tony (Navaid Rashid) & Joe Flizzow)
  3. Puteri Santubong (Featuring Arafah)
  4. Du Du Du
  5. Kool
  6. Seiring Sejalan (Featuring Joe Flizzow)
  7. Cong
  8. Closer
  9. Jari Jemari (Club Mix)
  10. Seiring Sejalan (Club Mix)

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1998-2006 Casa Impian Host Astro Ria

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan Ruj.
1998 Anugerah Industri Muzik Artis Baru Terbaik "Rindu Padanya" Menang [1]
Anugerah Industri Muzik Persembahan Vokal Terbaik "Camelia (Album)" Menang [1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Mstar, Wartawan (29 Mei 2010). "Camelia Kahwin Semula, Kini Bergelar Datin". MStar. Dicapai pada 31 Julai 2023.
  2. ^ a b c Bernama, Budiey (23 Februari 2007). "Profile Penyanyi Camelia". BudieyCom. Dicapai pada 31 Julai 2023.
  3. ^ Way, Winston (29 Mei 2010). "It's now Datin Camelia". TheStar. Dicapai pada 31 Julai 2023.
  4. ^ MalaysiaGazette, Wartawan (2 Julai 2022). "Camelia muncul semula". TheStar. Dicapai pada 31 Julai 2023.
  5. ^ Mohamad, Zaidi (6 Julai 2022). "'Tak pernah ucap selamat tinggal'". MStar. Dicapai pada 31 Julai 2023.

Pautan luar sunting