Buka menu utama

Wikipedia β

Johan bin Ishak (dilahirkan pada 16 Oktober 1979) atau lebih dikenali sebagai Joe Flizzow merupakan penyanyi, penulis lagu, penerbit muzik dan usahawan dari Malaysia.[1] Joe Flizzow merupakan bekas ahli Too Phat yang kini bergerak solo. Sebagai artis solo, Joe Flizzow telah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik. Beliau merupakan anak kepada bekas penyampai berita TV3, Ishak Nengah.

Joe Flizzow
Joe Flizzow menyanyi sambil berdiri di atas pentas
Joe Flizzow ketika persembahan di Live and Loud KL pada tahun 2007.
Latar belakang
Nama lahir Johan Ishak[1]
Kelahiran (1979-10-16) 16 Oktober 1979 (umur 38)
Kuala Lumpur, Malaysia[2]
Genre Hip-hop, Rap
Pekerjaan Penerbit rakaman, Penyanyi, Penulis lagu, Usahawan
Tahun aktif 1999 - sekarang
Label Kartel Records
Kegiatan berkait SonaOne, Too Phat, Altimet
Laman sesawang www.kartellohello.my

Isi kandungan

Karier SoloSunting

President (2009)Sunting

Setelah pembabitan dengan Too Phat, beliau menceburi bidang muzik sebagai artis solo pada tahun 2008.[2] Album sulung solo beliau, President mula dipasarkan pada 31 Disember 2008 oleh Warner Music Malaysia. Album tersebut menampilkan koloborasi dengan artis-artis seperti Hady Mirza dan Terry Tye Lee dari Singapura, Thaitanium (Thailand), Joeniar Arief (Indonesia), Jin (Amerika Syarikat) dan Phlowtron dari Malaysia.[2]

Havoc (2013)Sunting

Pada 7 November 2013, album Havoc telah dilancarkan.[3] Album Havoc merupakan kesinambungan kepada President dan menampilkan sebanyak 14 buah lagu Bahasa Melayu dengan kerjasama Amy Search, Rossa, Altimet, SonaOne, Syaheed, Ajai, DJ Biggie dan Yasin Sulaiman. Single pertama dari album tersebut, Havoc berjaya mengungguli carta iTunes Malaysia.[4] Pada awal tahun 2015, lagu Apa Khabar yang dipetik dari album Havoc telah dinobatkan sebagai lagu terbaik Anugerah Juara Lagu ke-29.[5] Selain itu, lagu Apa Khabar turut memenangi anugerah Lagu Hip Hop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21, manakala lagu Havoc tercalon dalam kategori yang sama.[6]

UsahawanSunting

Joe merupakan pengasas dan pemilik bersama Kartel Records.[7] Antara artis-artis yang bernaung di bawah Kartel Records adalah seperti Altimet, Micbandits, Muzique, SonaOne, Richard Jansen, Ila Damiaa, DJ Cza and Sakti. Selain muzik, Joe turut menceburi bidang bisnes dengan perusahaan seperti Joe’s Barbershop dan Joe’s Kitchen yang terletak di Subang Jaya.[8]

DiskografiSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b "What I've Learned: Joe Flizzow". Esquire Malaysia. Dicapai pada November 9, 2015. 
  2. ^ a b c "Joe Flizzow". budiey.com. Dicapai pada November 9, 2015. 
  3. ^ "Pelancaran Album HAVOC Joe Flizzow Memang Havoc". budiey.com. Dicapai pada November 9, 2015. 
  4. ^ "'Havoc' Joe Flizzow No.1 di iTunes Malaysia". Malaysian Digest. Dicapai pada November 9, 2015. 
  5. ^ "Joe Flizzow Dapat Banyak Tawaran Selepas Menang AJL 29". mstar.com.my. Dicapai pada November 9, 2015. 
  6. ^ "SonaOne Kelu 'No More' Cipta Sejarah AIM 21". mstar.com.my. Dicapai pada November 9, 2015. 
  7. ^ "Kartel Records Sdn Bhd". Linked In. Dicapai pada November 9, 2015. 
  8. ^ "8 Things That Make Joe Flizzow... The President". redbull.com. Dicapai pada November 9, 2015.