Anugerah Juara Lagu ke-37

edisi Anugerah Juara Lagu

Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) merupakan anugerah muzik berprestij yang mengangkat martabat komposer, penulis lirik dan penyanyi. Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu. Pemenang bagi setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL berserta wang tunai. Program ini dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Jihan Muse bagi slot utama, manakala Fiza Frizzy dan Muaz Mohamed akan mengendalikan segmen Karpet Merah AJL 37. Lagu “Terus Hidup” ciptaan sepenuhnya oleh Aina Abdul telah diangkat sebagai Juara Lagu bagi edisi ke-37.

Anugerah Juara Lagu
Ke-37
Tarikh12 Februari 2023
TempatAxiata Arena
TajaanAlha Alfa Cosmetics
PengacaraSherry Alhadad
Jihan Muse
Fiza Frizzy (Karpet Merah)
Muaz Mohamed (Karpet Merah)
PenerbitPrimeworks Studios
Ketua JuriDatuk Mokhzani Ismail
PengarahDato Ramli M.S.
Tempoh Tayangan180 minit
Juara Lagu"Terus Hidup"
Nyanyian: Aina Abdul
Muzik: Aina Abdul
Lirik: Aina Abdul
Sorotan
Persembahan TerbaikShiha Zikir ("Irama")
Vokal TerbaikAina Abdul ("Terus Hidup")

Separuh Akhir Muzik Muzik sunting

Senarai finalis sunting

Tajuk lagu Komposer Penulis lirik Penyanyi
"Korban" Ernie Zakri Ernie Zakri
"Bahagiakan Dia" Aliff Iskandar Aliff Iskandar & Que Afiq Liza Hanim dan Shila Amzah
"Satu Malam di Temasek" SonaOne Joe Flizzow & SonaOne Joe Flizzow feat SonaOne
"Kembali Terang" Senna & Ajin Senna Marsha Milan
"Terus Hidup" Aina Abdul Aina Abdul
"Payung Pelangi" Noki & MK Noki & MK
"Irama" Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves Shiha Zikir
"Nang" Ezra Kong & A. Ramlee Iman Troye
"Debu" Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi
"Sengsara" John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K Khai Bahar
"Mainan" Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewangga Arisz Ab Rahman Naim Daniel
"Anugerah Terindah" Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis Alif Satar, Shah Shamsiri & Romeo Kumpulan Alif Satar & The Locos

Keputusan sunting

  Menandakan Anugerah Sampingan
Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke-37
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Ganjaran
Juara Lagu Juara Lagu "Terus Hidup" Aina Abdul RM 100,000 dan trofi
Naib Juara "Satu Malam Di Temasek" SonaOne Joe Flizzow & Sonaone RM 50,000 dan trofi
Tempat Ketiga "Anugerah Terindah" Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Efry Arwis Alif Satar, Shah Shamsiri, Romeo Kumpulan Alif Satar & The Locos RM 30,000 dan trofi
Persembahan Terbaik "Irama" Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves Shiha Zikir RM 12,000 dan trofi
Vokal Terbaik "Terus Hidup" Aina Abdul RM 12,000 dan trofi
Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa   "Sengsara" John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K Khai Bahar RM 12,000 dan trofi

Trivia sunting

  • Aina Abdul berjaya menyapu 4 daripada 5 buah trofi AJL (sebagai komposer, penulis lirik, penyanyi dan vokal terbaik) untuk satu malam.
  • Aina Abdul mengulangi kejayaan Ana Raffali semasa AJL25 (2010) dan Loca B semasa AJL35 (2020) apabila memenangi Juara Lagu sebagai seorang komposer, penulis lirik dan penyanyi wanita di malam AJL.
  • Edisi kali ini menampilkan tiga muka baharu yang pertama kali bertanding iaitu Iman Troye, MK dan Kumpulan The Locos yang dipimpin oleh Alif Satar.
  • Ini merupakan penampilan pertama buat penyanyi senior Liza Hanim di pentas akhir AJL dalam tempoh 20 tahun. Kali terakhir beliau menyertai pentas akhir AJL ketika AJL17 (2002) menerusi lagu Gelisah Mimpi.
  • Hanya satu (1) band/kumpulan yang berjaya ke pentas akhir AJL kali ini iaitu Kumpulan Alif Satar & The Locos.

Jemaah Juri sunting