Khai Bahar

Penyanyi lelaki Malaysia

Muhammad Khairul bin Baharuddin (dilahirkan pada 28 Februari 1994) atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki dari Malaysia. Berketinggian 170cm. Beliau mula dikenali menerusi aplikasi smule dan mendapat gelaran King of Smule[1] daripada peminat beliau.

Khai Bahar
Nama lahirMuhammad Khairul bin Baharuddin
Kelahiran (1994-02-28) 28 Februari 1994 (umur 26)
Kampung Padang Katong, Perlis, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2010–kini
Syarikat pengurusan
Grateful Music
Syarikat rakaman
NAR Records

Khai Bahar mempunyai kelompok penyokong yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Thailand. Dalam tempoh 3 tahun bergelar anak seni, Khai Bahar telah meraih 28 anugerah iaitu dari Anugerah MeleTOP ERA (2017, 2018 & 2019), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2017 & 2018), Anugerah Planet Muzik (2017 & 2018), Top Hot HOT FM (2017) dan Anugerah Digital Muzik ERA (2018 & 2019).

Kehidupan awalSunting

Khai Bahar yang dilahirkan pada 28 Februari 1994 merupakan anak keempat daripada enam adik beradik dan beliau berasal dari Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis. Ayah beliau merupakan seorang pemandu teksi manakala ibunya suri rumah sepenuh masa. [2]

KerjayaSunting

Khai Bahar memulakan karier nyanyian beliau sebagai penyanyi busker / jalanan di Kuching, Sarawak di samping kerap memuat naik lagu-lagu cover nyanyiannya serta lagu-lagu ciptaan beliau sendiri di Youtube Channel "Muhammad Khairul" miliknya.

Sebelum bergelar penyanyi, Khai Bahar pernah dijemput untuk membuat opening act untuk penyanyi-penyanyi popular. Selain itu, Khai Bahar juga pernah menghadiri sesi uji bakat pertandingan realiti seperti Akademi Fantasia namun nasib tidak menyebelahi beliau. [3] Nama beliau mula mendapat perhatian dan menarik minat ramai penggemar muzik Malaysia dan Indonesia setelah video nyanyiannya yang dimuat naik di aplikasi SMULE menjadi tular sekitar awal 2016. Lagu pertama yang beliau nyanyikan di aplikasi SMULE merupakan lagu Flashlight oleh Jessy J pada tahun 2015 disusuli dengan lagu-lagu lain. Antara lagu-lagu nyanyian beliau yang mendapat perhatian ramai ialah "Sudah Ku Tahu" (Projector Band), "Ku Tak Akan Bersuara" (Nike Ardilla) dan "Memori Berkasih" duet dengan Siti Nordiana. [4] [5]Selain bernyanyi di aplikasi SMULE, Khai Bahar juga pernah menyanyikan lagu cover "Di Mana Hatimu" oleh Papinka pada tahun 2013. Khai Bahar mendapat liputan stesen televisyen Indonesia, RCTI menerusi satu program hiburan mereka yang berjudul Silet. Khai Bahar mendapat perhatian program Silet selepas video SMULEnya dengan lagu "Ku Tak Akan Bersuara" nyanyian asal Nike Ardilla yang popular pada tahun 1994 menjadi viral di Indonesia dan Malaysia pada tahun 2016. Menerusi program Silet itu, dua orang penyanyi Indonesia iaitu Soimah dan Nia Daniati memberikan pujian kepada kemampuan suara yang dipunyai oleh Khai Bahar.

Pada 2016, Khai Bahar ditawar kontrak untuk bernaung di bawah syarikat rakaman NAR Records. Setelah hampir 3 tahun sebagai penyanyi di bawah label NAR Records, beliau sudah mempunyai tujuh single iaitu "Bayang", "Dari Jauh Saja", "Sinar Syawal", "Luluh", "Cahaya 114", "Jodohku" dan "#123". Beliau juga turut mempunyai dua buah lagu duet yang berjudul "Rahsia Kita" dan "Cinta Syurga". Lagu "Rahsia Kita" adalah lagu duet dengan Fatin Husna yang merupakan penyanyi wanita baharu di bawah label yang sama dengan beliau, NAR Records. Manakala, lagu "Cinta Syurga" pula adalah sebuah lagu berbentuk zikir, gandingan beliau dengan penyanyi popular Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza.

Di samping itu, Khai Bahar juga mencuba nasib memasuki dalam industri seni di Indonesia dengan terlibat dengan beberapa projek di sana. [6]

Kemuncak populariti Khai Bahar adalah apabila beliau berjaya memenangi gelaran Artis Baharu MeleTOP pada Anugerah MeleTOP ERA 2017, kemudiannya dua trofi pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0, iaitu Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular. Selain itu, Anugerah Planet Muzik 2017 di Singapura, beliau menjadi pemenang kategori Lagu Paling Popular (Bayang) dan Artis Paling Popular. [7] Seterusnya, beliau juga berjaya memenangi Top Hot HOT FM 2017 menerusi kategori Penyanyi Hot 2017, Lagu Hot 2017 (Luluh) dan FB Live Hot 2017 (bersama Wany Hasrita). [8]

DiskografiSunting

SingleSunting

Tahun Tajuk Label
2016 Bayang NAR Records
2017 Dari Jauh Saja
Sinar Syawal
Luluh
2018 Cahaya 114
Jodohku
#123
2019 Air Mata
Dia
Keranamu
Penantian
Menyesal
Ratuku Seventeen Eleven Music
2020 HatiNyawa Faithful Music
Durja

DuetSunting

Tahun Judul Label
2018 Rahsia Kita (duet bersama Fatin Husna) NAR Records
Cinta Syurga (duet bersama Datuk Siti Nurhaliza) Siti Nurhaliza Productions

Universal Music Malaysia

2019 Satukan Rasa (feat. Siti Nordiana) Seventeen Eleven Music

AlbumSunting

Tahun Tajuk Label
2019 Air Mata NAR Records

FilemografiSunting

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2019 Satukan Rasa Jai Bakri Astro Ria

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV
2020 Immortal Songs Malaysia Peserta TV3

VideografiSunting

Muzik videoSunting

Tahun Tajuk Artis lain Ruj.
2016 Bayang Tiada [9]
2017 Dari Jauh Saja [10]
Sinar Syawal [11]
Luluh [12]
2018 Rahsia Kita Fatin Husna [13]
Cinta Syurga Dato' Sri Siti Nurhaliza [14]
Cahaya 114 Tiada [15]
Jodohku [16]
#123 [17]
  • 1Sebagai artis yang ditampilkan.

Anugerah dan PencapaianSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencapaian
2017 Anugerah MeleTOP ERA 2017 Artis Baharu MeleTOP Menang
Penyanyi MeleTOP Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baharu Lelaki Popular Menang
Penyanyi Lelaki Popular Menang
Anugerah Planet Muzik 2017 Artis Paling Popular Menang
Lagu Paling Popular (Bayang) Menang
Anugerah Top Hot - HOT FM 2017 Penyanyi Lelaki Hot Menang
Lagu Hot 2017 (Luluh) Menang
FB Live Hot - Jamming bersama Khai Bahar & Wany Hasrita Menang
2018 Anugerah Digital Muzik ERA 2018 Lagu Cover Terbaik ( Luluh ) Menang
Anugerah Juara Lagu ke-32 Lagu Terbaik (Bayang) Tercalon
Penyanyi Pilihan Samsung Menang
Anugerah MeleTOP ERA 2018 Penyanyi MeleTOP Menang
Lagu MeleTOP (Bayang) Menang
Top Top MeleTOP (Lelaki) Menang
Anugerah Planet Muzik 2018 Artis Paling Popular APM Menang
Ikon Media Sosial APM Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2019 Anugerah Digital Muzik ERA 2019 Penyanyi Paling Lit di Media Sosial Menang
Anugerah Juara Lagu ke-33 Lagu Terbaik (Luluh) Tercalon
MYSC Awards 2019 MYSC Breakthrough Awards (Male) Menang
Anugerah MeleTOP ERA 2019 Penyanyi MeleTOP Lelaki Menang
Top Top MeleTOP (Lelaki) Menang
Anugerah Stail EH 2019 Selebriti Harapan Pilihan Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019 Penyanyi Lelaki Popular Menang
Anugerah Nasyid IKIM 2019 Artis Solo Pilihan Menang
Lagu Pilihan (Cahaya 114) Menang
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Siti Nordiana) Menang
FC FANtastik Popular (khaibaharempire) Tercalon

EndorsmenSunting

Tahun Produk Catatan
2017 Perfume Bayang Limited Edition Minyak wangi
2018 C_Clean Plus by Khai Bahar Penjagaan muka
2019 Far8 by Altelia Amani Baju Melayu / Kurta
C_Clean Plus by Khai Bahar Penjagaan muka

RujukanSunting

  1. ^ Khai Bahar Malu Mikrofon Terbalik. mstar. Dicapai pada 18 Oktober 2018.
  2. ^ Khai tak malu akui asal usul. utusan. Dicapai pada 19 Disember 2018.
  3. ^ Haryani Ismail (2 Ogos 2016). Khai Bahar bangkit daripada kecewa silam. Berita Harian
  4. ^ Georgie Joseph (26 Mei 2016) Khai Bahar kuasai pelbagai genre Harian Metro
  5. ^ 28 April 2016. 'Smule' Nana dan Khai Bahar dapat perhatian. Sinar Harian
  6. ^ Percubaan Khai Bahar takluk Indonesia. utusan. Dicapai pada 3 Julai, 2018.
  7. ^ Trofi bukan tiket Khai Bahar goyang kaki. berita harian. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  8. ^ Sokongan peminat buat Khai terus bersinar. harian metro. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  9. ^ Khai Bahar - Bayang (Official Music Video). nartvnetwork. Dicapai pada Oktober 13, 2017.
  10. ^ Khai Bahar - Dari Jauh Saja (Official Music Video) nartvnetwork. Dicapai pada Disember 10, 2017.
  11. ^ Khai Bahar - Sinar Syawal (Official Music Video) nartvnetwork. Dicapai pada Jun 10, 2018.
  12. ^ Khai Bahar - Luluh ( Official Music Video with lyric ). nartvnetwork. Dicapai pada Jun 10,2018.
  13. ^ Khai Bahar & Fatin Husna - Rahsia Kita ( Official Music Video with lyric ). nartvnetwork. Dicapai pada Jun 10,2018.
  14. ^ Dato' Sri Siti Nurhaliza, Khai Bahar - Cinta Syurga (Lyric Video). DatoSNurhalizaVEVO. Dicapai pada Jun 10,2018.
  15. ^ Khai Bahar - Cahaya 114 (Official Lyric Video). nartvnetwork. Dicapai pada Jun 10,2018.
  16. ^ KHAI BAHAR | JODOHKU - OST Cinta Tiada Ganti (Official Lyric Video). nartvnetwork. Dicapai pada Jun 10,2018.
  17. ^ KHAI BAHAR - #123 (Official Music Video with lyric). nartvnetwork. Dicapai pada Disember 2,2018.

Pautan luarSunting