Muhammad Firdaus Rahmat (lahir 2 Ogos 1997) ialah seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan pempengaruh media sosial Malaysia. Beliau terkenal sebagai ahli kumpulan nasyid moden, The 4aith, tetapi meninggalkan kumpulan itu pada 2019 untuk bergerak secara solo.[1]

Firdaus Rahmat
Kelahiran
Muhammad Firdaus bin Rahmat

(1997-08-02) 2 Ogos 1997 (umur 26)
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik, pempengaruh media sosial
Tahun aktif2016–kini

Kerjaya sunting

Firdaus Rahmat ialah salah seorang ahli kumpulan The 4aith yang ditubuhkan pada tahun 2016. Selain beliau, kumpulan itu turut dianggotai oleh Aniq Muhaimin Ismail, Amir Firdaus Razali dan abangnya sendiri, Fahimi Rahmat. Kumpulan ini amat terkenal kerana mengubah lirik lagu Barat menjadi senikata berunsur dakwah. Kemudian, mereka merakamkan lagu "Yang Pertama" dan "Shine" (bersama Omar Esa), yang membawa nama mereka sebagai penyanyi berkumpulan.

The 4aith dibubarkan pada hujung 2018 dengan Firdaus mengambil keputusan untuk bergelar penyanyi solo. Pada Mac 2019, beliau merakamkan single solo pertamanya, "Aku Rayu", diikuti dengan single keduanya, "Sentiasa" yang dikeluarkan pada 12 Mac 2021 dan menjadi lagu tema drama Projek: Anchor SPM.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Firdaus ialah pemegang Diploma Jurusan Fotografi di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau telah berkahwin pada 2020 dan dikurniakan seorang anak.[3]

Diskografi sunting

Tajuk Tahun
"Aku Rayu" 2019
"Sentiasa" (OST Projek: Anchor SPM) 2021
"Test Drive" (OST Projek: High Council) 2023
"Kembali Beraksi" (OST Boboiboy Galaxy S2)

Rujukan sunting

  1. ^ Sairul Zamri Misrani (22 Mac 2021). "Hikmah solo Firdaus Rahmat". Kosmo!. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  2. ^ Budiey (4 Mac 2021). "Selepas AKU RAYU, Firdaus Rahmat Lancar Single SENTIASA Lagu Tema Projek Anchor SPM". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Mei 2022.
  3. ^ Natalhia Nordin (15 Oktober 2021). ""Cinta Monyet Kami" – Dari Sekolah Ke Jenjang Pelamin, Sentiasa Tuah Firdaus Rahmat". Boom Malaysia. Dicapai pada 2 Mei 2022.

Pautan luar sunting