Universiti Teknologi MARA
Universiti Teknologi MARA (disingkatkan UiTM) ialah sebuah rangkaian universiti bertaraf universiti awam di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latehan RIDA yang terletak di Petaling Jaya, UiTM membuka pintu kepada lebih kurang 50 pelajar dengan fokus untuk membantu orang Melayu di luar bandar.[4] Sejak itu, UiTM telah berkembang menjadi Institusi Pendidikan Tinggi terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik) serta pelajar.
UiTM | |
Nama lama |
|
---|---|
Moto | Usaha, Taqwa, Mulia [1] |
Jenis | Awam |
Ditubuhkan pada | 1956 |
Bajet | 1.80 Billion (2022) |
Canselor | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim |
Naib Canselor | Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin [2] |
Pro-Canselor |
|
Pelajar | 175,910 (Mac 2024) |
Siswazah | 1,055,977 (Mac 2024) |
Ijazah/Sarjana | 10,483 (Mac 2024) |
Lokasi | , 3°04′10.9″N 101°30′13.2″E / 3.069694°N 101.503667°EKoordinat: 3°04′10.9″N 101°30′13.2″E / 3.069694°N 101.503667°E |
Kampus | 34 kampus di Malaysia |
Warna | Ungu, biru, kuning dan putih. [3] |
Laman sesawang | http://www.uitm.edu.my |
Universiti ini terdiri daripada satu kampus utama, 12 kampus negeri berautonomi dan 21 kampus satelit yang menjadikannya 34 kampus keseluruhan di Malaysia. UiTM mempunyai hampir 20,000 staf akademik dan bukan akademik serta menyediakan lebih 500 program dari peringkat asas hingga pascasiswazah. Pengajaran di UiTM dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
Sejarah
suntingPenubuhan
suntingUniversiti Teknologi MARA yang diasaskan sebagai Dewan Latehan RIDA, telah diilhamkan oleh pemimpin orang Melayu ketika itu, Dato’ Onn Jaafar. Idea ini tercetus semasa hasil lawatan belajar ke Ceylon pada 1951 untuk melihat program pembangunan luar bandarnya. Sebuah kertas kerja dihasilkan yang menggariskan penubuhan Lembaga Pembangunan Luar Bandar dan Industri (RIDA) serta objektifnya untuk membina semula masyarakat luar bandar, serta meningkatkan lagi ekonomi orang Melayu di kawasan luar bandar. Kertas Bil. No. 10/1951 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun yang sama yang membawa kepada penubuhannya. Selain itu, ia juga mendedahkan satu pemerhatian yang menarik mengenai hubungan antara Pusat Latihan RIDA dengan komuniti Melayu. Seksyen 5 kertas kerja ini menggariskan pembenaran dan keperluan untuk mewujudkan Lembaga Pembangunan Luar Bandar dan Industri (RIDA). Perkataan kampong, yang sinonim dengan orang Melayu, juga digunakan dalam Bahagian 8 kertas kerja.
Pusat Latihan
suntingPada November 1956, pusat latihan Dewan Latehan RIDA (kini dikenali sebagai kampus satelit Jalan Othman) memulakan operasi di Petaling Jaya, Selangor di bawah kendalian pengarah pertamanya, Tuan Syed Alwi bin Syed Sheikh Alhadi. Ia dibuka secara rasmi pada 14 Oktober 1957 oleh Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Menteri Perdagangan dan Industri pada ketika itu. Pusat latihan ini mengadakan kursus pra-universiti, latihan kemahiran perniagaan dan beberapa kursus profesional luaran yang ditawarkan oleh badan-badan antarabangsa yang ditubuhkan, seperti London Chamber of Commerce, Australian Chartered Secretaryship, Australian Society of Accountants dan Institut Pengurusan British.
Selepas pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, pusat latihan tersebut mula menerima pelajar bumiputera dari Sabah dan Sarawak serta lebih banyak program akademik yang ditawarkan. Pada tahun 1964, pusat latihan Dewan Latehan RIDA mengadakan konvokesyennya yang pertama dan sebanyak 50 graduan telah dianugerahkan sijil oleh Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Pusat latihan Dewan Latehan RIDA kemudiannya dikenali sebagai Maktab MARA pada tahun 1965. Perubahan nama itu bermakna bahawa kolej itu tidak lagi beroperasi di bawah RIDA dan sebaliknya menjadi unit terpenting di bawah Bahagian Latihan MARA. MARA atau Majlis Amanah Rakyat, di bawah pimpinan Tun (Dr.) Haji Arshad Ayub telah mengambil alih serta memperkuatkuasakan peranan dan tanggungjawab RIDA. Pada tahun 1966, apabila Institut Pengurusan British memansuhkan penawaran peperiksaan jarak jauh, Kolej MARA mula menjalankan Diploma Pengajian Perniagaan yang tersendiri. Pengiktirafan antarabangsa bagi kursus ini adalah dari Ealing Technical College di London, yang juga merupakan pemeriksa luarnya.
Pengembangan dan Pertumbuhan
suntingPada tahun 1967, Maktab MARA dinaik taraf menjadi Institut Teknologi MARA (ITM). Penubuhannya adalah sebagai respons terhadap keperluan profesional yang terlatih, terutama dalam kalangan kaum bumiputera di Malaysia. Kekurangan ini dikenal pasti melalui peninjauan tenaga kerja yang dijalankan oleh kerajaan pada tahun 1965 dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
ITM memenuhi kursus separuh profesional bagi bidang sains dan teknologi seperti dalam bidang kejuruteraan, sains gunaan serta seni bina, bangunan dan perancangan. Walau bagaimanapun, menyedari tentang kepentingan bidang pembinaan negara pelengkap yang lain, ITM juga telah merangkumi pelbagai bidang yang berasaskan pengurusan dan kemanusiaan yang penting seperti kajian perniagaan, pengurusan hotel dan katering, komunikasi massa, pentadbiran awam, undang-undang, sains kesetiausahaan, serta seni dan reka bentuk.
Pada 14 Oktober 1967, sebidang tanah seluas 300 ekar di Shah Alam telah diluluskan untuk pembinaan kampus tetap dan upacara perletakan batu asas telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri ketika itu, YAB Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein.[5] Ia melambangkan perletakan ITM di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Pada akhir tahun 1970, ITM telah diberi autonomi penuh dan ditadbirkan oleh Majlis Pentadbirannya sendiri.[6] Menjelang tahun 1973, kampus cawangan telah ditubuhkan di Perlis, Sabah dan Sarawak.
Penaiktarafan kepada Universiti
suntingPada 22 April 1974, sebuah demonstrasi telah dilakukan oleh ribuan pelajar ITM yang bergerak dari kampus Shah Alam menuju bangunan Parlimen bagi menuntut penaiktarafan ITM. Sekumpulan dari pelajar tersebut telah merampas kereta api dan menuju ke Kuala Lumpur. Demonstrasi ini telah disekat oleh Federal Reserve Unit (FRU) atau Unit Simpanan Persekutuanyang mana sebanyak 1,500 orang pelajar telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), 300 pelajar dibawa ke hospital dan hanya 300 orang pelajar yang tiba di Parlimen. Hasilnya, kampus ITM di Shah Alam dan Jalan Othman telah diambil alih oleh pelajar selama hampir dua minggu sehinggalah perundingan berlaku bersama Perdana Menteri Abdul Razak Hussein di pejabat Perdana Menteri.[7] Penaiktarafan ITM tidak berjaya dituntut hasil perundingan tersebut namun ia telah berjaya mendapatkan pengiktirafan beberapa diploma ITM menjadi setaraf dengan ijazah.[8]
Pada 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) semasa Perhimpunan Siswazah UiTM yang telah dipengerusikan oleh Dato’ Dr. Ibrahim bin Ali, Presiden Kesatuan Siswa ITM (KSITM). Pada waktu ini jugalah wujudnya Yayasan Budiman UiTM. Akta ITM (Pindaan 2000) (Akta A1073) telah mendapat Persetujuan Diraja dan Yang di-Pertuan Agong telah dilantik sebagai Canselor manakala Rektor digelar Naib Canselor. [9]
UiTM telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000 pada 5 Ogos 2004 dan menjadi universiti pertama di dunia yang mendapat pensijilan keseluruhan meliputi pengurusan korporat, perkhidmatan sokongan, pengajaran dan pembelajaran.[10]
Kepimpinan universiti
suntingNaib Canselor
suntingBil. | Penyandang | Tahun khidmat |
---|---|---|
1 | Ahmad Zaidee Laidin | 26 Ogos 1999 - 31 Disember 2000 |
2 | Ibrahim Shah Abu Shah | 1 Januari 2001 - 1 Januari 2010 |
3 | Sahol Hamid Abu Bakar | 1 Januari 2010 - 31 Januari 2016 |
4 | Hassan Said | 1 Januari 2016 - 14 Januari 2019 |
5 | Mohd Azraai Kassim | 15 Januari 2019 - 10 Mac 2021 |
6 | Roziah Mohd Janor | 3 September 2021 - 11 Oktober 2023 |
7 | Shahrin Sahib Sahibuddin | 2 November 2023 - kini |
Akta Universiti Teknologi MARA 173
suntingPada Jun 1976, Akta ITM (Akta 173) telah diluluskan oleh Parlimen yang seterusnya meletakkan ITM di bawah Kementerian Pendidikan.[11] Pada tahun 1998 pula, Akta ITM (Pindaan 1996) (Akta A964) telah memberikan institusi tersebut kuasa yang setaraf dengan semua universiti, namun namanya masih dikekalkan.[12]
Akta Universiti Teknologi MARA 173 telah dirangka bersempena penubuhan UiTM. Akta ini berfungsi sebagai perakuan peralihan institusi iaitu dari institut ke universiti serta kuasa yang diberikan kepadanya berfungsi seperti mana-mana universiti lain. Hal ini termasuklah menawarkan kursus pengajian dan pemberian ijazah pada semua peringkat.
Antara perubahan penting lain yang berlaku ialah penubuhan ahli Lembaga Pengarah dan Senat. Beberapa pegawai utama ITM pula telah dilantik semula, seperti Pengarah Cawangan yang dinamakan semula sebagai Rektor, Ketua Kampus menjadi Provost dan Pensyarah Kanan ditetapkan semula sebagai Profesor dan Profesor Madya. Selain itu, setiap Jabatan telah direka bentuk semula sebagai Fakulti; ITM diberi kuasa untuk menyampaikan ijazah sehingga ke peringkat Doktor Falsafah; ITM diberi kuasa unik untuk menambah kursus dan menubuhkan kampus cawangan di luar negara dengan keizinan Menteri Pendidikan; Institut telah dianugerahkan kuasa tambahan untuk membolehkannya menjalankan perniagaan, melabur dalam saham, menubuhkan syarikat dan terlibat dalam penyelidikan komersial; Kuasa disiplin ke atas kakitangan dipindahkan dari Kementerian kepada Lembaga Pengarah; Institut diberikan kuasa untuk mengenakan surcaj bagi meningkatkan akauntabiliti kakitangan; serta hak prosedur pelajar dalam prosiding tatatertib diperketatkan.
Kampus
suntingUiTM adalah institusi pengajian tinggi terbesar di Malaysia dari segi saiz dan populasi serta merupakan sistem universiti terbesar di negara ini. Selain kampus induk di Shah Alam, universiti ini telah berkembang di seluruh negara dengan mempunyai 34 kampus cawangan, yang secara kolektifnya menawarkan lebih daripada 500 program akademik.
UiTM juga telah menubuhkan satu sistem yang dipanggil 1 University Multi System (1UiTM), yang menetapkan universiti induk bersama 13 kampus cawangan.[13] Untuk kelayakan sebagai sistem universiti, pensijilan bertauliah sistem pengurusan kualiti bagi setiap kampus UiTM perlu dilakukan secara berasingan, yang bermaksud sebarang pensijilan yang diberikan kepada kampus perdana tidak meliputi kampus negeri dan setiap kampus negeri perlu memohon pensijilannya yang tersendiri.
Kampus Induk
suntingUiTM diketuai oleh seorang Naib Canselor. Kampus induk UiTM terletak di kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Seksyen 1 di Shah Alam. Kampus ini menempatkan Pejabat Canselor dan Pendaftar, yang berperanan sebagai pusat pentadbiran.
Kampus Negeri (Kampus Cawangan)
suntingKampus cawangan diketuai oleh Rektor yang bertanggungjawab kepada Naib Canselor. UiTM mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia kecuali di Wilayah Persekutuan. Setiap negeri boleh mempunyai lebih daripada satu kampus. Kampus-kampus yang lebih kecil atau dipanggil kampus satelit, diketuai oleh Penolong Rektor.
Kampus negeri terutamanya menawarkan program pra-diploma dan peringkat diploma dalam bidang yang telah ditetapkan oleh kampus utama. Beberapa program ijazah dan pasca siswazah juga turut ditawarkan melalui perjanjian francais dengan kampus utama.
Kampus Berautonomi
suntingSehingga kini, kesemua kampus cawangan telah diberikan status autonomi — UiTM Cawangan Selangor, kampus Perlis, Perak, Terengganu, Sarawak, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Sabah, Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan. Ini adalah selaras dengan visi yang mana semua kampus cawangan negeri akan diberi pentadbiran berautonomi untuk membolehkan setiap kampus berada pada tahap kreativiti yang tersendiri dan juga meningkatkan pencapaian dalam pelbagai aspek sama ada untuk kampus atau pelajarnya. Ciri penting bagi kampus berautonomi ini ialah keupayaannya untuk mengadakan majlis konvokesyen tersendiri dan kebanyakan keputusan eksekutif tidak akan bergantung kepada pentadbiran kampus utama.
Kampus | Lokasi | Penubuhan |
---|---|---|
Kampus Induk | ||
Shah Alam | Shah Alam | 1967 |
UiTM Cawangan Selangor | ||
Puncak Alam | Bandar Puncak Alam | 2009 |
Jalan Othman | Petaling Jaya | 1956 |
Seksyen 17
(kini INTEC) |
Shah Alam | 1983 |
Puncak Perdana | Shah Alam | 2004 |
Dengkil | Dengkil, Sepang | 2015 |
Selayang | Batu Caves, Gombak | 2003 |
Sungai Buloh | Sungai Buloh, Petaling | 2012 |
UiTM Cawangan Perak | ||
Seri Iskandar | Seri Iskandar, Manjung | 1985 |
Teluk Intan | Teluk Intan, Hilir Perak | 2010 |
Tapah | Tapah, Batang Padang | 2010 |
UiTM Cawangan Melaka | ||
Alor Gajah | Alor Gajah | 1984 |
Bandaraya Melaka | Melaka Tengah | 2006 |
Jasin | Merlimau, Jasin | 2014 |
UiTM Cawangan Negeri Sembilan | ||
Kuala Pilah | Kuala Pilah | 1999 |
Seremban 3 | Seremban | 2014 |
Rembau | Rembau | 2017 |
UiTM Cawangan Johor | ||
Segamat | Segamat | 1983 |
Pasir Gudang | Masai, Johor Bahru | 2014 |
UiTM Cawangan Pahang | ||
Jengka | Bandar Tun Razak | 1985 |
Raub | Raub | 2015 |
Kuantan | Kuantan | 2019 |
UiTM Cawangan Terengganu | ||
Kuala Dungun | Dungun | 1975 |
Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | 2008 |
Bukit Besi | Bukit Besi, Dungun | 2013 |
UiTM Cawangan Kelantan | ||
Machang | Machang | 1985 |
Kota Bharu | Kota Bharu | 2006 |
UiTM Cawangan Pulau Pinang | ||
Permatang Pauh | Permatang Pauh, Perai Tengah | 1996 |
Bertam | Kepala Batas, Perai Utara | 2011 |
UiTM Cawangan Perlis | ||
Arau | Arau | 1974 |
UiTM Cawangan Kedah | ||
Sungai Petani | Merbok, Kuala Muda | 1997 |
UiTM Cawangan Sarawak | ||
Samarahan | Kota Samarahan | 1973 |
Samarahan 2 | Kota Samarahan | 2013 |
Mukah | Mukah | 2002 |
UiTM Cawangan Sabah | ||
Kota Kinabalu | Kota Kinabalu | 1973 |
Tawau | Tawau | 1996 |
Lagu universiti
suntingUiTM Di Hatiku
suntingWujudmu di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putera-puteri nya
Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna
Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku
Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya… demi bangsa
Watikah yang ku miliki kan ku semat dihati
Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua
UiTM... Usaha, Taqwa, Mulia
Komposer & Penulis Lirik: Othman Mohamed
Wawasan Setia Warga UiTM
suntingBersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setiaku untuk negara
Penuh semangat waja
Kita… jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita… jangan mudah terleka
kemajuan,keamanan yang ada
Kita… berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya
Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan
Untuk Negaraku
Komposer: Prof. Madya Dr. Sahar Sa’di Hashim
Penulis Lirik: Prof. Dato’ Dr. Ahmad. Hj. Zainuddin
Pencapaian
suntingPendakian Everest
suntingDua pelajar UiTM, Ahmad Reduan Rozali dan Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin merupakan antara pendaki Malaysia yang berjaya tiba di puncak Gunung Everest pada 10.50 pagi waktu Malaysia, Ahad 22 Mei 2004.
Ahmad Reduan, 22, adalah pelajar kursus Diploma Sains Gunaan manakala Muhammad Muqharabbin, 22, pelajar kursus Diploma Kesihatan dan Kecergasan di UiTM. Mereka pernah berlatih di Wanaka, New Zealand dari 30 Julai hingga 20 Ogos tahun 2004. Mereka turun dari Gunung Everest dan tiba di base camp pada 23 Mei 2004.
Pelancaran Nanosatelit
suntingUiTM menjadi universiti pertama di Malaysia yang telah berjaya melancarkan nanosatelit, UITMSAT-1 pada 29 Jun 2018 hasil kerjasama BIRDS-2 (Joint Global Multi-Nation) diterajui Kyushu Institute of Technology (KyuTech), Jepun bersama Bhutan dan Filipina. Ia telah dilancarkan menggunakan roket SpaceX Falcon 9.
Teknologi Pendidikan
suntingSejak tahun 2005, UiTM telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran yang diberi nama iLearn System.
Pada tahun 2020, UiTM telah membangunkan platform pembelajaran atau Massive Open Online Course (MOOC) U-Future bagi membantu sesi pelajaran ketika berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan. [14]
Rujukan
sunting- ^ "Moto, Visi, Misi, Falsafah & Objektif Universiti". Universiti Teknologi MARA. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2014. Dicapai pada 12 August 2014.
- ^ Naib Canselor UiTM
- ^ "Color". Profile. Universiti Teknologi MARA. Dicapai pada July 22, 2021.
- ^ http://www.icas.my/download/icas_2015/232-ICAS2015_Loo%20Choo%20Hong.pdf
- ^ "Profile UiTM 2018" (PDF). Universiti Teknologi MARA. Dicapai pada 2021-07-23.
- ^ "Laporan Tahunan 2016" (PDF). Universiti Teknologi MARA. Dicapai pada 2021-07-23.
- ^ "Siswa ITM, UiTM: Idealisme, alat politik". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2012.
- ^ "Kenang perjuangan pelajar ITM 1974". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2012.
- ^ "Buku Panduan Staf" (PDF). Institut Teknologi MARA. Dicapai pada 2021-07-23.
- ^ "UiTM dan kualiti, ibarat gandingan irama, lagu". Dicapai pada 2021-07-23.
- ^ "Laporan Tahunan 1996" (PDF). Institut Teknologi MARA. Dicapai pada 2021-07-23.
- ^ "Bahagian Hal Ehwal Akademik". Universiti Teknologi MARA. Dicapai pada 2021-07-23.
- ^ "12 UiTM campuses to be given autonomy to administer". The Sun Daily. Seri Iskandar. 28 November 2010. Dicapai pada 23 Julai 2021.
- ^ "UiTM, universiti pertama negara lancar nano-satelit ke angkasa". Berita Harian. Dicapai pada 2021-07-23.
Pautan luar
sunting- Laman rasmi
- https://perlis.uitm.edu.my/
- https://kedah.uitm.edu.my/
- https://nsembilan.uitm.edu.my/
- https://johor.uitm.edu.my/
- http://kelantan.uitm.edu.my/
- https://melaka.uitm.edu.my/index.php/ms/
- https://pahang.uitm.edu.my/index.php/en/
- http://perak.uitm.edu.my/
- https://penang.uitm.edu.my/index.php/en/
- http://sabah.uitm.edu.my/
- http://sarawak.uitm.edu.my/
- https://terengganu.uitm.edu.my/index.php/en/
- https://ild.uitm.edu.my/
- http://ildperak.uitm.edu.my/