Wany Hasrita
Nurshazwany Hasrita Hasbullah (lahir 24 Disember 1992) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[2][3] Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulungnya, "Menahan Rindu".[4]
Wany Hasrita | |
---|---|
Kelahiran | Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah 24 Disember 1992 |
Pendidikan | Sarjana Muda Sains Perubatan |
Pusat pendidikan | Management & Science University (MSU) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2016–kini |
Ibu bapa |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | FMC Music |
Pengkarya berkait | Tajul Ariff, Wani Syaz |
Pada tahun 2018, beliau telah memenangi Penyanyi Wanita Popular sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31.[5][6]
Kehidupan awalSunting
Wany berasal dari Bagan Datoh, Perak dan kini menetap di Kuala Lumpur. Wany merupakan graduan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU Shah Alam) dalam jurusan Sarjana Muda Sains Perubatan.[7][8]
KerjayaSunting
Pada tahun 2016, Wany telah menandatangani kontrak rakaman di bawah syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City). Setelah empat tahun menjadi artis di bawah label syarikat rakaman tersebut, beliau berjaya mengeluarkan beberapa single hit antaranya "Menahan Rindu, "Terlalu Memuja", "Belenggu Rindu" dan "Canggung".
Di YouTube, single pertamanya, iaitu "Menahan Rindu" ditonton melebihi 35 juta tontonan[9] manakala lagu duetnya bersama Tajul Ariff, iaitu "Disana Cinta Disini Rindu" ditonton melebihi 15 juta tontonan.[10]
Menerusi kedua-dua lagu tersebut, Wany berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir Muzik Muzik 32 namun demikian hanya lagu "Menahan Rindu" yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 32.
Wany kemudiannya mengeluarkan EP pertama yang dilancarkan pada 25 April 2018 yang bertajuk sama. EP tersebut mengandungi lima lagu iaitu "Rindu Dalam Benci" (duet bersama Tajul), "Rintihan Rindu", "Ewah-Ewah", "Semaikan Cinta" termasuk "Menahan Rindu" yang tercalon dalam Anugerah Juara Lagu 32.
Wany turut berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi telefilem pertama lakonan beliau Tergantung Rindu dengan memegang watak diri sendiri yang ditayangkan di saluran Astro Citra dan Astro Mustika HD.[11][12]
Melengkapkan portfolio kerjayanya, Wany menggalas peranan sebagai pengacara rancangan Singgah Sahur di TV3 bersama-sama Issey Fazlisham, Shuk Sahar dan Dayah Bakar.
Beliau mempunyai kelab peminat rasmi, WanyHasnizers yang sentiasa menyokong kerjayanya sehingga beliau berjaya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 yang merupakan suatu kejayaan besar dalam kerjaya seninya.[5][6] Kemenangan ini sekali gus memecahkan tradisi selama sembilan tahun yang dimenangi pelakon sebagai Bintang Paling Popular. Kali terakhir penyanyi memenangi kategori utama itu ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza pada ABPBH ke 22.[13]
Pada 5 Februari 2021, syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City) mengumumkan di akaun rasmi Facebook mereka bahawa muzik video beliau "Cinta Khayalan" akan dilancarkan secara rasmi di YouTube bermula jam 8 malam.[14]
Kehidupan peribadiSunting
Pada September 2020, Wany telah berkongsi satu ciapan di Instagram miliknya bahawa beliau telah membeli sebuah rumah dua tingkat yang terletak di Semenyih, Selangor[15] selepas menerima kunci kediaman daripada pemaju.[16]
DiskografiSunting
EPSunting
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Menahan Rindu |
|
SingleSunting
Tahun | Tajuk | Komposer | Lirik |
---|---|---|---|
2016 | "Memori Berkasih" versi Korea (bersama Kim Dong Gyun) | Patrick Khamis | Patrick Khamis & Kim Dong Gyun |
"Menahan Rindu" | Ibnu & Gouffran | Ibnu & Gouffran | |
2017 | "Disana Cinta Disini Rindu" (bersama Tajul Ariff) |
Patrick Khamis | Patrick Khamis |
"Lebaran Terindah" | Ibnu | Ibnu & Gouffran | |
"Rintihan Rindu" | Ibnu & Gouffran | Ibnu & Gouffran | |
2018 | "Ewah-Ewah" | Pak Ngah | Siso |
"Rindu Dalam Benci" (bersama Tajul Ariff) |
Patrick Khamis | Patrick Khamis | |
"Semarak Syawal" | Pak Ngah | Ad Samad | |
"Semaikan Cinta" | Wanz Baron | Gouffran | |
"Aku Serius" (bersama Tajul Ariff) |
Aidit Alfian | Teguh Budima | |
2019 | "Terlalu Memuja" | Sharon Paul | Fedtri Yahya & Gouffran |
"Sinar Terindah" (bersama Wani Syaz) |
Wani Syaz | Wany Hasrita | |
"Menanti Di Aidilfitri" | DJ Fuzz | Waris | |
"Belenggu Rindu" (bersama Dato' Jamal Abdillah) |
Hael Husaini & Ezra Kong | Hael Husaini & Ezra Kong | |
2020 | "Canggung" | Hael Husaini & Ezra Kong | Hael Husaini & Ezra Kong |
"Raikan Aidilfitri" | LY | Baiduri & Fedtri Yahya | |
"Genderang Cinta" | - | - | |
2021 | "Cinta Khayalan" | Farouk Roman | Amylea |
FilemografiSunting
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Tergantung Rindu | Dirinya sendiri | Astro Citra | Drama bersiaran Bulan Ramadhan |
2019 | Cerita Raya Luar Biasa | Astro Ria | Drama bersiaran Hari Raya Aidilfitri |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 | Artis Baharu Wanita Popular[17] | "Menahan Rindu" | Tercalon |
Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | |||
Anugerah Planet Muzik 2017 | Artis Baru Terbaik Wanita | Tercalon | ||
Lagu Paling Popular | "Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul) | Tercalon | ||
Ikon Media Sosial | Tercalon | |||
Anugerah Top Hot - HOT FM 2017 | Penyanyi Wanita Hot | "Menahan Rindu" | Tercalon | |
FB Live Hot - Jamming bersama Khai Bahar | Menang | |||
2018 | Anugerah Digital Muzik Era 2018 | Artis Era Jaa TV Terbaik | Menang | |
Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era | "Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul) | Menang | ||
Lagu Paling Lama Dalam Carta Era 40 | "Menahan Rindu" | Menang | ||
Anugerah Juara Lagu 32 | Terbuka | Tercalon | ||
Anugerah MeleTOP Era ke-5 | Artis Baharu MeleTOP | Tercalon | ||
Penyanyi MeleTOP | ||||
Lagu MeleTOP | ||||
Group/Duo MeleTOP | "Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul) | Tercalon | ||
MYSC Awards 2018 | MYSC Breakthrough Awards (Female) | "Menahan Rindu" | Menang | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular | "Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul) | Tercalon | |
Penyanyi Wanita Popular | "Rintihan Rindu" | Menang | ||
Bintang Paling Popular | Menang | |||
2019 | Anugerah Digital Muzik Era 2019 | Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era | "Rindu Dalam Benci" (duet bersama Tajul) | Tercalon |
Temubual Terbaik Carta Era 40 | Tercalon | |||
Anugerah MeleTOP Era ke-6 | Penyanyi MeleTOP | "Menahan Rindu" | Tercalon | |
Lagu MeleTOP | Tercalon | |||
Group/Duo MeleTOP | "Rindu Dalam Benci" (duet bersama Tajul Ariff) | Tercalon | ||
Anugerah Stail EH 2019 | Selebriti Pencapaian Terbaik | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Penyanyi Wanita Popular | "Ewah-Ewah"
"Semaikan Cinta" |
Tercalon | |
Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular | "Rindu Dalam Benci" (duet bersama Tajul) | Tercalon | ||
2020 | Anugerah Digital Muzik Era 2020 | Fan Club Paling Ngam (Wanyhasnizers) | Tercalon | |
Anugerah MeleTOP Era 2020 | Lagu MeleTOP | "Terlalu Memuja" | Tercalon | |
Penyanyi MeleTOP Era | ||||
Group/Duo MeleTOP | "Aku Serius" (duet bersama Tajul Ariff) | |||
Group/Duo MeleTOP | "Belenggu Rindu" (duet bersama Jamal Abdillah) | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia | "Terlalu Memuja" | Menang | |
Artis Kolaborasi/ Duo/Berkumpulan Popular | "Belenggu Rindu" (duet bersama Jamal Abdillah) | Tercalon | ||
Artis Kolaborasi/ Duo/Berkumpulan Popular | "Aku Serius" (duet bersama Tajul Ariff) | |||
FC FANtastik Popular (Wanyhasnizers) |
RujukanSunting
- ^ Norhayati Nordin (29 Disember 2017). "Wany tak sanggup guris hati ibu". Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2018.
- ^ Jemang Rahman (11 April 2017). "Popular Pun Bimbang? Itulah Wany Hasrita". mStar Online. Diarkib daripada yang asal pada 12 April 2017. Dicapai pada 31 Oktober 2017.
- ^ Alif Fadli Mohd Sori (12 November 2020). Metamorfosis Wany Hasrita Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 November 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (13 Oktober 2017). "Fokus menyanyi dulu". Harian Metro. Dicapai pada 1 November 2017.
- ^ a b Zul Husni Abdul Hamid (7 Oktober 2018). "Wany Hasrita Bintang Paling Popular ABPBH 31". Berita Harian. Dicapai pada 31 Oktober 2018.
- ^ a b Dennis Chua (7 Oktober 2018). "#Showbiz: Singer Wany Hasrita wins Most Popular Artiste award at ABPBH 31". New Straits Times. Dicapai pada 31 Oktober 2018.
- ^ Hasbullah Awang Chik (14 November 2017). "Wany: Jangan ayat 'pick up' saja, datanglah jumpa ibu". The Malay Mail. Dicapai pada 31 Oktober 2018.
- ^ Michelle Gun (17 April 2018). "Janji lebih tegas". Harian Metro. Dicapai pada 9 November 2018.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (14 April 2017). "Sebulan siapkan Menahan Rindu". Harian Metro. Dicapai pada 1 November 2017.
- ^ Norhayati Nordin (28 Mei 2017). "Tak kecewa walau tewas". Harian Metro. Dicapai pada 31 Oktober 2017.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Januari 2020). "Wany Hasrita mahu keluar dari kepompong, lancar single rancak dan menari di MV - "Saya akan jaga batas sebagai wanita berhijab"". mStar Online. Dicapai pada 31 Januari 2020.
- ^ Alif Fadli Mohd Sori (30 Ogos 2020). Prinsip, limitasi Wany Hasrita Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 November 2020.
- ^ Najiy Jefri (8 Oktober 2018). "Wany Hasrita pecah dominasi". Harian Metro. Dicapai pada 9 November 2018.
- ^ Jangan lupa guyzz...😁..
- ^ Qaarami Hashim (20 September 2020). Wany Hasrita beli rumah dua tingkat - "Tak besar, tak kecil tapi cukup untuk saya dan ibu mStar Online. Dicapai pada 12 November 2020.
- ^ Wany Hasrita capai impian beli rumah Berita Harian. 20 September 2020. Dicapai pada 12 November 2020.
- ^ Syafiqah Jalal (12 Mei 2017). "Wany Hasrita Akui Bimbang Dengan Populariti Mendadak". Astro Gempak. Diarkib daripada yang asal pada 8 Oktober 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2017.