Wani Syaz
Wani Syaz (lahir Nursyazwani Selamat; 6 Jun 1997) merupakan seorang penyanyi, pelakon, dan komposer Malaysia.[1][2][3][4] Beliau terkenal dengan sejumlah lagu-lagu hitsnya seperti "I Cinta Jer", "Lepaskan", "Pendusta Cinta", "Alhamdulillah", "Sinar Terindah" dan "Kembalilah".
Wani Syaz | |
---|---|
Nama lahir | Nursyazwani binti Selamat |
Juga dikenali sebagai |
|
Kelahiran | Batu Pahat, Johor, Malaysia | 6 Jun 1997
Genre | |
Pekerjaan | |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2013–kini |
Syarikat rakaman | FMC Music |
Pengkarya berkait |
Kerjaya
suntingWani Syaz mula menunjukkan bakatnya dalam bidang muzik semasa sekolah rendah dengan aktif menyertai pertandingan nasyid, kugiran sekolah dan juga pertandingan tilawah al-Quran. Di awal penglibatannya dalam bidang muzik, beliau dikenali secara mononim sebagai Wani.[1]
Pada tahun 2014, Wani telah menandatangani kontrak rakaman di bawah syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City). Di bawah FMC, beliau merakamkan single pertamanya, "I Cinta Jer" yang digubah sendiri olehnya dengan mendapat sentuhan susunan muzik daripada AG Coco.[1]
Wani kemudian muncul bersama single keduanya, "Lepaskan" dengan menampilkan duet bersama Juzzthin, setahun berikutnya. Beliau meneruskan kolaborasinya bersama Juzzthin menerusi dua lagi lagu - "Alhamdulillah" (2016) dan "Aku Selalu Setia" (2017).
Pada tahun 2017, beliau menjadi salah seorang peserta Gema Gegar Vaganza musim pertama. Bagaimanapun, beliau gagal mara ke konsert minggu seterusnya apabila menjadi peserta keempat yang tersingkir di konsert minggu kelima.[5][6][7]
Pada Julai 2018, Wani muncul bersama lagu "Pendusta Cinta" yang menampilkan W.A.R.I.S. Menerusi lagu ini, beliau turut mengembangkan bakatnya sebagai komposer dan penulis lirik bersama.[8][9] Muzik videonya pula mencatat 24 juta tontonan di YouTube dalam tempoh setahun. Pada Oktober, beliau menjenamakan dirinya sendiri sebagai Wani Syaz bagi mengelak kekeliruan dengan Wany Hasrita dan Wani Kayrie.[10][11][12]
Pada tahun 2019, beliau muncul dengan sebuah lagu Raya bertajuk "Menanti di Aidilfitri" menampilkan kolaborasi bersama Muna Shahirah, Wany Hasrita dan Wan Azlyn. Sebuah muzik video yang turut dibintangi oleh Azhan Rani telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini.[13] Selain itu, Wani turut muncul dengan dua lagi single, "Sinar Terindah" yang menampilkan duet bersama Wany dan single solo, "Gemala".[14][15] EP sulungnya, Alhamdulillah dikeluarkan pada tahun yang sama dengan memuatkan 6 lagu.
Kolaborasi beliau bersama W.A.R.I.S. diteruskan dengan pelancaran single "Habibi" yang berkonsepkan genre padang pasir dengan sentuhan moden.[16][17] Ia dikeluarkan pada 16 November 2020.[18]
Wani Syaz juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila muncul sebagai kameo untuk filem Siapa Tutup Lampu? (2021) yang dibintangi oleh Azizul Ammar, Uyaina Arshad dan Naim Daniel.[19]
Pada 20 Januari 2022, Wani sekali lagi berkolaborasi bersama Wany Hasrita menerusi lagu duet "Sang Purnama".[20] Lagu ciptaan Sang Hitam, Mas Dewangga dan Aden King, manakala liriknya ditulis oleh Sang Hitam ini diilhamkan dari kisah percintaan Adam dan Hawa.[21]
Bakat
suntingSelain menyanyi, Wani juga mempunyai bakat mencipta lagu dan bermain alat muzik.[1]
Kehidupan peribadi
suntingWani dilahirkan dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik.[22] Ibunya, Rohanisah Hassan Basri, merupakan seorang guru agama.[23]
Di luar kerjaya muzik, beliau turut aktif berniaga dengan mengusahakan restoran Beezer Box milik keluarganya di kampung halamannya.[23][24] Wani menyifatkan dirinya sebagai seorang yang bersikap introvert.[19]
Diskografi
suntingEP
suntingTajuk | Butiran album |
---|---|
Alhamdulillah |
|
Single
suntingTajuk | Tahun |
---|---|
"I Cinta Jer" | 2014 |
"Lepaskanlah" (duet bersama Juzzthin) | 2015 |
"Alhamdulillah" (duet bersama Juzzthin) | 2016 |
"Kembalilah" (duet bersama Juzzthin) | 2017 |
"Aku Selalu Setia" | |
"Pendusta Cinta" (duet bersama W.A.R.I.S) | 2018 |
"Sinar Terindah" (duet bersama Wany Hasrita) | 2019 |
"Gemala" | |
"Menanti Di Aidilfitri" (duet bersama Wany Hasrita, Muna Shahirah & Wan Azlyn) | |
"Habibi" (duet bersama W.A.R.I.S) | 2020 |
"Sang Purnama" (duet bersama Wany Hasrita) | 2022 |
"Terpaling di Hari Raya" (bersama Tajul Ariff, Afieq Shazwan, Muna Shahirah, Tuah Adzmi & Wany Hasrita) | 2023 |
"Wira Raya" (bersama Muna Shahirah & Wani Hasrita) | |
"Sakitnya Penantian" (bersama Wani Hasrita) |
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2021 | Siapa Tutup Lampu? | Dirinya sendiri | Penampilan kameo |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | ERA Digital Muzik Awards 2018 | Penyanyi Paling Lit di Media Sosial | Dirinya sendiri | Tercalon |
Penyanyi Kolaborasi Terbaik | "Pendusta Cinta" (bersama W.A.R.I.S) | Tercalon | ||
2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Grup/Duo MeleTOP | Dirinya sendiri (bersama W.A.R.I.S) | Tercalon |
2022 | Anugerah Industri Muzik ke-23 | Lagu Pop Etnik terbaik | "Sang Purnama" (duet bersama Wany Hasrita) | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ a b c d "Biodata Wani Syaz, Penyanyi Bersuara Lunak". Azhan.co. Dicapai pada 24 September 2018.
- ^ "Wani tidak kisah kurang popular". Kosmo!. 14 Ogos 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2018. Dicapai pada 2 Mac 2019.
- ^ Norhayati Nordin (2 Mac 2021). "Wani Syaz tak mahu gopoh". Harian Metro. Dicapai pada 24 September 2021.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (22 Mei 2021). "Nama belum cukup popular". Berita Harian. Dicapai pada 24 September 2021.
- ^ Syanty Octavia Amry (31 Januari 2018). "Wani cari kelainan". Harian Metro. Dicapai pada 24 September 2018.
- ^ "Giliran Wani Tersingkir Dari GGV". Perak Today. 7 Mei 2017. Dicapai pada 24 September 2018.
- ^ Kamaruddin Razal (8 Mei 2017). "GGV: Saya Gagal Tunaikan Janji Bienda & Ana Raffali - Wani". Astro Gempak. Dicapai pada 24 September 2018.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Ogos 2018). "Wani tidak kecil hati". Harian Metro. Dicapai pada 23 September 2018.
- ^ Norhayati Nordin (23 September 2018). "Duet rezeki Wani". Harian Metro. Dicapai pada 23 September 2018.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (26 Oktober 2018). "'Panggil saya Wani Syaz'". Berita Harian. Dicapai pada 4 Disember 2018.
- ^ Amri Hassan (16 November 2018). "'Saya tukar nama sebab...' - Wani Selamat ubah nama Wani Syaz". Astro Gempak. Dicapai pada 4 Disember 2018.
- ^ "Guna Nama Wani Syaz Sebab Ada 3 Artis Nama Wani". ERA. 17 November 2018. Dicapai pada 24 September 2019.
- ^ Khai Azfar (28 Mei 2019). "Trending No 1 Di YouTube! Lagu Raya 4 Penyanyi Ini Dipuji Peminat". Murai.my. Dicapai pada 23 September 2020.
- ^ Khai Azfar (7 Mei 2019). "Impian Tertunai! Wany Hasrita & Wani Syaz Tampil Dengan Single Duet". Murai.my. Dicapai pada 23 September 2020.
- ^ "Gemala pertaruhan baharu Wani Syaz, raih 273,000 jumlah tontonan di Youtube". The Malaya Post. 5 April 2020. Dicapai pada 23 September 2020.
- ^ Khai Azfar (17 November 2020). "Lagu Baharu Wani Syaz, Habibi Dipuji Ramai Peminat". Murai.my. Dicapai pada 23 September 2021.
- ^ Wawann Mohd (26 November 2020). "Bagilah peluang untuk saya keluar dari zon selesa – Wani Syaz". Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2021.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (23 November 2020). "Anak Ustazah makin berani". Berita Harian. Dicapai pada 23 September 2021.
- ^ a b Norhayati Nordin (22 Mac 2022). "Wani Syaz masih sendiri". Harian Metro. Dicapai pada 24 September 2022.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (17 Mei 2022). "Wani Syaz kecil hati dibanding dengan Wany Hasrita". Berita Harian. Dicapai pada 24 September 2022.
- ^ Najiy Jefri (22 Januari 2022). "Sang Purnama 'jentik' emosi". Harian Metro. Dicapai pada 24 September 2022.
- ^ Norhayati Nordin (16 Mei 2021). "Tak pernah bercinta, Wani Syaz anggap 'jodohnya' mungkin masih bayi!". Harian Metro. Dicapai pada 24 September 2021.
- ^ a b Norhayati Nordin (21 Oktober 2019). "Kuat dengan sokongan ibu - Wani". Harian Metro. Dicapai pada 24 September 2020.
- ^ Hanisah Selamat (15 Mei 2019). "Wani 'tauke' restoran rancang tambah cawangan". Berita Harian. Dicapai pada 24 September 2019.