Mohd Hezry bin Mohd Hafidz (lahir 7 Julai 1984) atau dikenali secara komersial sebagai AG COCO ialah penerbit muzik Malaysia dari Alor Star, Kedah, yang tinggal di Kuala Lumpur.[2] Beliau merupakan gitaris utama bagi kumpulan Coco dan kumpulan Hujan. Beliau juga sering dikaitkan dalam industri muzik Malaysia dan stesen televisyen negara[3][4] serta menghasilkan muzik untuk pemuzik tempatan seperti Yuna Zarai,[5][6] Tomok, Hafiz Suip.

AG Coco
AGCOCO.jpg
KelahiranMohd Hezry bin Mohd Hafidz
(1984-07-07) 7 Julai 1984 (umur 36)
Alor Star, Kedah, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Nama lain
  • I.Y. AG
PendidikanSekolah Maktab Mahmud
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
Pekerjaan
  • Pemuzik
  • penulis lagu
  • penerbit rakaman
  • penerbit filem
Tahun aktif2003–kini
PasanganZuliana Eusoff (k. 2016)[1]
Anak1
Laman webagcoco.com
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Giitar
Syarikat rakaman
  • Kamar Seni Recording Studio
  • Noh Phrofile
Pengkarya berkait

Kehidupan awalSunting

Dilahirkan pada 7 Julai 1984 di Alor Setar, Kedah sebagai Mohd Hezry bin Mohd Hafidz, AG ialah lepasan Maktab Mahmud dan ASWARA. Pernah menganggotai kumpulan D'Relax. AG juga ialah salah seorang anggota kumpulan Hujan.[perlu rujukan]

Kerjaya muzikSunting

CocoSunting

AG bersama-sama dengan rakan-rakannya, Nine, Ellie, Shoun dan G-Cola menubuhkan kumpulan Coco pada 2005, yang mana beliau ialah gitaris, penggubah dan ketua kumpulannya. Bersama kugiran ini, beliau menerbitkan dua album – iaitu album pertama, Kombinasi dengan mempertaruhkan dua lagu hits, "Kata Sakti" dan "Belum Terpisah", dan juga album kedua, Mengintai Langit yang memuatkan lagu hits "Takkan Menduakanmu" dan "Mengintai Langit".

HujanSunting

Beliau menyertai Hujan pada 2005 yang diasaskan oleh Noh Salleh, beliau juga berkhidmat sebagai gitaris, penggubah dan ketua kumpulan. Beliau menerbitkan lima album bersama kugiran ini, iaitu Hujan, Mencari Konklusi, Lonely Soldier Boy, Sang Enemy dan Jika Sempat.

Beliau juga memiliki studio rakamannya, iaitu Kamar Seni Recording Studio yang beroperasi di Cheras.

Kehidupan peribadiSunting

AG berkahwin dengan Zuliana Eusoff pada 10 Disember 2016.[1]

DiskografiSunting

Kredit penulisanSunting

Hujan

Yuna

Coco

Astro

Skor filemSunting

Filem pendek

  • Adik (arahan Fazryl Samad)
  • Kampung Bangsar (arahan Sharifah Amani)
  • Hawa (arahan Sharifah Amani)
  • Terbang (arahan Hisham Salleh & Linus Chung)
  • Blessings (arahan Hisham Salleh & Linus Chung)
  • DYA (arahan Faidzal Annuar)

Filem cereka

KonsertSunting

  • Fantasia Music Tour (2004)
  • Kugiran Hujan Ke United Kingdom (2007)
  • Check Check Rock Rock Tour Hujan (2007)
  • Mencari Konklusi Tour (2009)
  • Hujan & Search Europe Tour (2011)
  • Festival Muzika Melbourne Australia (2012)
  • Yuna Homecoming Tour (2013)
  • Hujan London Tour (2016)

PencapaianSunting

  • Nominees for the best music arranger / best rock album / best song / best rock song / best album in AIM 18, 19 & AIM20.
  • Won the Best rock song &rock album in AIM18 with Hujan & Best Song, & Best Pop Song AIM20 for Lelaki with Yuna & Best Album AIM20 with Hafiz Suip.
  • Finalis Anugerah Juara Lagu AJL24,25. Menjadi juri AJL 26. Persembahan jemputan di AJL 24 & 27.
  • Juara AJL 27 for Terukir Di Bintang YUNA.
  • Juri AJL26 & AIM20.
  • Ahli Jawatankuasa untuk RANtAi Art Event.
  • Delegasi Malaysia MIDEM Conference in Cannes, France 2013.
  • Juara Versus 2012 ( Musim pertama ) bersama Hujan.
  • Jelajah bersama Hujan di seluruh dunia; United Kingdom / Europe / Indonesia /
  • Pengarah Muzik & Guru Muzik untuk IDOLA KECIL 6 & IDOLA ALL STARS TV9.
  • CEO & Pengarah Kamar Seni Recording Studio.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b Atak, Feride Hikmet. "AG Coco dengan Zue nikah 10 Disember depan". BH Online. BH Online. Dicapai pada 20 May 2016.
  2. ^ "AG Coco Website".
  3. ^ "myMetro – Idola Kecil 6: Kemampuan luar biasa". Dicapai pada 13 November 2013.
  4. ^ "Aizat rules with Yuna's song". Dicapai pada 9 Januari 2013.
  5. ^ "Yuna seeks ideas for 'Wonderland' song". Dicapai pada 20 January 2013.
  6. ^ "Pengakuan Yuna". Dicapai pada 21 Jun 2013.

Pautan luarSunting