Buka menu utama

Decorate (bahasa Melayu: Menghiasi) merupakan album studio pertama penyanyi Yuna, dikeluarkan pada 23 Julai 2010 oleh Yuna Room Records dan edaran Laguna Music. Majlis pelancaran album ini diadakan di KLPac pada tarikh sama, yang mana beliau turut mengadakan showcase selama 2 hari pada 23 dan 24 Julai 2010 bagi mempromosikan album ini.[3] Decorate merupakan salah satu daripada tiga album keluaran Laguna Music yang dijual di kedai serbaneka 7-Eleven.[4]

Decorate
Album studio oleh Yuna
Dikeluarkan pada23 Julai 2010 (2010-07-23)[1]
Dirakam pada2009-2010
Studio rakaman
  • Greenhouse Studio
  • 712 Studio
  • Kamar Seni Studio
GenrePop
Masa43:00
SyarikatYuna Room Records, Laguna Music
PenerbitAG Coco, Nic Nac, Yuna Zarai
Ulasan profesional
10/10 bintang10/10 bintang10/10 bintang10/10 bintang10/10 bintang10/10 bintang10/10 bintang10/10 bintang10/10 bintang10/10 bintang (Naver Music)[2]
Kronologi Yuna
Yuna
(2008)
Decorate
(2010)
Terukir Di Bintang
(2012)
Single daripada album Decorate
  1. "Cinta Sempurna"
    Dikeluarkan pada: 28 Jun 2009
  2. "Rocket"
    Dikeluarkan pada: 5 April 2010
  3. "Gadis Semasa"
    Dikeluarkan pada: 23 Julai 2010
  4. "Decorate"
    Dikeluarkan pada: 12 Oktober 2010
  5. "Penakut"
    Dikeluarkan pada: 4 April 2011
  6. "Super Something"
    Dikeluarkan pada: 15 Jun 2011
  7. "Come As You Are (bukan album single)"
    Dikeluarkan pada: 10 Oktober 2011 untuk pasaran Amerika Syarikat
  8. "Someone Out Of Town"
    Dikeluarkan pada: 4 Januari 2012 untuk pasaran Amerika Syarikat

PromosiSunting

Yuna memulakan promosi album studio pertamanya ini dengan mengedarkan lagu "Cinta Sempurna" seawal 2010 kepada stesen-stesen radio tempatan. Mulai dari situ, ia mula meraih populariti dan dengan perlahan mula menguasai carta-carta muzik radio. "Cinta Sempurna" ialah lanjutan daripada single "Dan Sebenarnya" yang dikeluarkan pada 2008, yang mana menyaksikan Yuna diterima baik dalam industri muzik arus perdana di Malaysia.

Tidak mahu hanya bergantung kepada muzik melankolik yang mulai sinonim dengan dirinya, Yuna kemudian memilih lagu "Gadis Semasa" sebagai single kedua. Secara khusus, Gadis Semasa merupakan single pertama dari album Decorate (lagu Cinta Sempurna sebelum ini turut didapati dalam EP terdahulu), yang mana mengukuhkan lagi penguasaan Yuna dalam arena muzik tempatan.

Selepas kejayaan "Gadis Semasa" menguasai carta-carta muzik tempatan, Yuna mengeluarkan single seterusnya berjudul "Penakut", untuk membantu promosi album debutnya itu.

Dalam pada dirinya sibuk mempromosikan single terbarunya itu, Yuna juga turut mengedarkan lagu "Decorate dan "Rocket" kepada stesen-stesen radio bahasa Inggeris tempatan bagi mempromosikan albumnya kepada pendengar dan peminat muzik inggeris tempatan.

Lagu "Super Something" digubah dan digunakan untuk satu iklan tuala wanita, iaitu Libresse.

Semasa sidang media Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) pada 14 September 2011, Yuna menerima 3 pencalonan menerusi karyanya ini. Album Decorate disenaraipendek untuk kategori Kulit Album Terbaik. Manakala lagu "Penakut" dicalonkan dalam dua kategori utama iaitu Lagu Pop Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita). Yuna membawa pulang anugerah Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) yang mana malam penganugerahan itu juga turut menyaksikan Yuna diberi pengiktirafan Anugerah Kembara.

Decorate untuk pasaran Amerika SyarikatSunting

Setelah dilamar Fader Label, Yuna dan penerbitnya Rob Stone menerbitkan rakaman demo berbentuk EP dengan judul sama untuk pasaran Amerika Syarikat sementara menanti pelancaran album studio sulung Yuna bersama Fader. Single Someone Out of Town dikeluarkan dan sebelum itu lagu saduran daripada kumpulan Nirvana berjudul Come As You Are dikeluarkan sebagai non-album single. EP ini mengandungi 5 lagu yang sebahagiannya dimuatkan dalam album studio kedua Yuna untuk pasaran Malaysia.

Senarai runutSunting

No. Tajuk Masa
1. "Gadis Semasa"   4:46
2. "These Streets"   3:54
3. "Penakut"   5:07
4. "Fireworks"   3:49
5. "Rocket"   3:54
6. "Random Awesome"   3:35
7. "Permission"   3:31
8. "Cinta Sempurna"   4:05
9. "Decorate"   1:42
10. "Super Something"   4:04
11. "Dan Sebenarnya" (runut tersembunyi dalam runut Super Something) 4:32

Sejarah keluaranSunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 23 Julai 2010 Muat turun digital
Penstriman digital
Yuna Room Records
Laguna Music

AnugerahSunting

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2010 Anugerah Juara Lagu 25 Terbuka Cinta Sempurna Dicalonkan
2011 Anugerah Industri Muzik Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) Penakut Menang
Lagu Pop Terbaik Dicalonkan
Kulit Album Terbaik Dicalonkan
Anugerah Juara Lagu 26 Terbuka Gadis Semasa Dicalonkan
Penakut Dicalonkan

RujukanSunting

  1. ^ "Decorate". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai 2017-12-08. 
  2. ^ (Korea) 네이버 뮤직 - Decorate
  3. ^ "Album sulung Yuna Decorate dilancar", Utusan Malaysia, 23 Julai 2010.
  4. ^ 7-Eleven to sell music in stores Laguna Music. Dicapai pada 4 Julai 2014.