Apple

(Dilencongkan dari Apple Inc.)


Apple Inc., dahulunya dikenali sebagai Apple Computer, Inc. (NASDAQ: AAPL), ialah perbadanan Multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilangan produk Elektronik pengguna dan Perisian yang berkaitan. Berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual, dan menyokong pelbagai komputer peribadi dan pemain media mudah alih, serta juga perisian dan perkakasan komputer tambahan. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah AS$19.3 bilion.[9] Biar betul

Apple Inc.
اڤل اينك
Dinamakan sempenaepal Sunting ini di Wikidata
Nama dahulu
  • Apple Computer Company[1]
    (1976–1977)
  • Apple Computer, Inc.[2]
    (1977–2007)
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagai
ISINUS0378331005
Industri
Ditubuhkan1 April 1976; 47 tahun yang lalu (1976-04-01)
Pengasas
Ibu pejabat1 Apple Park Way
Cupertino, California, U.S.
Bilangan lokasi516 kedai runcit[3] (2021)
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
Keluaran
Full list
Perkhidmatan
Hasil US$274.515 bilion[4] (2020)
Pendapatan kendalian US$66.288 bilion[4] (2020)
Pendapatan bersih US$57.411 bilion[4] (2020)
Modal2,470,000,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset US$323.888 bilion[4] (2020)
Jumlah ekuiti US$65.339 bilion[4] (2020)
PemilikThe Vanguard Group, Berkshire Hathaway, BlackRock, State Street Global Advisors Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan147,000[5] (2020)
Anak syarikat
Tapak webwww.apple.com
Facebook: apple Twitter: Apple Instagram: apple LinkedIn: apple Youtube: UCE_M8A5yxnLfW0KghEeajjw Youtube: Apple TikTok: apple Musicbrainz: 9b502a85-104b-4489-beff-ecedca81741c GitHub: apple Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru (seperti iPhone, dan Apple TV), serta ciri-ciri untuk Mac OS X "Leopard", sistem pengendaliannya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikan kedai dalam talian untuk menjual perkakasan dan perisian, selain daripada iTunes Store, laman webnya yang membekalkan muzik, buku audio, permainan, video muzik, pertunjukan TV, dan filem digital yang boleh dimuat turun. Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi Mac dan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007. Selain itu, produk-produk perisian Apple yang paling terkenal termasuk sistem pengendalian Mac OS dan suit perisian iLife yang merupakan berkas produk perisian kreatif bersepadu untuk para amatur. (Kedua-dua Mac OS dan iLife dibekalkan secara bersama-sama dengan semua jualan Mac). Tambahan pula, Apple juga merupakan pembekal produk perisian industri audio dan filem profesional (serta juga "prosumer") yang utama. Aplikasi-aplikasi profesional dan "prosumer" Apple yang digunakan, terutamanya dalam komputer Mac, termasuk Final Cut Pro, Logic Audio, Final Cut Studio, dan alat-alat industri yang berkaitan.

Diperbadankan pada 3 Januari 1977[10], syarikat in mula-mulanya dikenali sebagai Apple Computer, Inc. selama 30 tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika terkenal dengan produk-produk komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produk elektronik pengguna.[11] Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentang telefon pintar iPhone dan sistem video digital Apple TV-nya membayangkan peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan tradisionalnya dalam komputer peribadi.[12]

Apple juga mengendalikan 180 buah kedai jualan runcit di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada, dan Itali.[13] Kedai-kedai itu menjual kebanyakan produk Apple serta juga produk-produk pihak ketiga, dan membekalkan sokongan dan pembaikan perkakasan dan perisian Apple. Apple kini menggaji melebihi 20,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia.[14]

Berdasarkan alasan-alasan falsafah reka bentuk estetik yang menyeluruh sehingga budaya perlawanan (malahan asal-usul budaya kebebasannya), selain daripada kempen-kempen pengiklanannya, Apple telah memperoleh suatu reputasi yang tersendiri dalam industri elektronik konsumer serta juga dasar pelanggan yang setia pada tahap yang amat luar biasa kepada syarikat dan jenamanya.[15]

Sebelum penubuhan sunting

Sebelum menubuhkan Apple, Steve Wozniak ialah seorang pakar dalam mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun 1975 beliau telah bekerja di Hewlett-Packard dan membantu rakannya Steve Jobs merekabentuk permainan video untuk Atari. Wozniak telah membeli komputer masa pada beberapa jenis komputer mini yang dimilik Call Computer, sebuah syarikat perkongsian masa milik Alex Kamradt. Terminal komputer pada waktu itu adalah berdasarkan kertas; Percetakan terma seperti Texas Instruments Silent 700 dianggap sangat maju pada masa itu. Pada tahun 1975, berdasarkan majalah Popular Electronics, beliau merekabentuk Computer Conversor menggunakan komponen yang dibeli di kedai. Computer Conversor boleh mengawal komputer mini di Call Computer. Alex Kamradt mendapat komisen atas rekabentuk dan menjual sebilang kecil darinya melalui syarikatnya.

Pada tahun 1975, Wozniak mula menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club. Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap.

Pada masa itu hanya terdapat dua jenis CPU komputer mikro iaitu Intel 8080 ($179), dan Motorola 6800 ($170). Wozniak lebih berminat terhadap 6800, tetapi kedua-duanya terlalu mahal. Maka dia memerhati, dan belajar, dan melukis komputer atas kertas, sambil menunggu masa apabila dia mempunyai wang yang cukup.

 
iphone{USA}

Sejarah awal sunting

 
Logo Apple Computer

Steve Jobs dan Steve Wozniak adalah rakan yang rapat sejak 1971, bila pada masa itu Bill Fernandez memperkenalkan Wozniak pada masa itu berumur 21 tahun kepada Jobs pada masa itu berumur 16 tahun. Jobs berjaya mengajak Wozniak memasang mesin komputer dan menjualnya.

Perancangan masa depan sunting

Pada 2006, Syarikat Apple.inc telah pun mengumumkan perancangan mereka untuk mendirikan kampus kedua yang berkeluasan 50 ekar (200,000 meter persegi) yang dikumpulkan daripada sambungan plot (timur N Wolfe Road antara Pruneridge Avenue dan Vallco Parkway ). Kampus terbaru, iaitu di Cupertino, kira kira 1 batu (1.6 km) timur daripada kampus yang sedia ada. Kampus terbaru akan direka oleh Norman Foster. Pada 7 Jun 2011, Steve Jobs memberikan satu pembentangan pada Persidangan Cupertino City, untuk menekankan tentang rekaan pembinaan bangunan barunya. Kampus baru dicadangkan untuk menempatkan 13,000 perkerja (beserta dengan kafe untuk menempatkan 3,000 tempat duduk) dikelilingi oleh landskap yang luas. Di situ juga akan didirikan bangunan tambahan seperti auditorium, kemudahan R&D, serta pusat kecergasan.

Apple III dan Lisa sunting

 
Apple III

Semasa 1980-an Apple mendapat persaingan dalam bidang perniagaan komputer peribadi. IBM merupakan pesaing terbesar. Model IBM PC, menggunakan DOS milik Microsoft mendapat sambutan besar dan mula menjadi komputer meja di banyak syarikat besar.

Peralatan yang dihasilkan sunting

Komputer

  • Mac Mini
  • MacBook - MacBook yang spesifikasi sederhana
  • MacBook Pro - MacBook yang mempunyai panel sentuh (MacBook Pertama) [16]
  • MacBook Air - Versi Macbook yang mempunyai spesifikasi bawah dari MacBook Pro
  • iMac - Versi Desktop MacBook
  • iPad - Tablet Komputer mudah alih

Pemain muzik digital

Telefon bimbit

  • iPhone - Telefon yang mempunyai skrin sentuh

Penerima media digital

Perisian digital

Aksesori kamputer

Rujukan sunting

  1. ^ Certificate of Amendment of Articles of Incorporation, November 17, 1977. California Secretary of State.
  2. ^ Certificate of Ownership, January 9, 2007. California Secretary of State.
  3. ^ list/ "Kedai Runcit Apple – Senarai Kedai" Check |url= value (bantuan) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Jun 2020. Unknown parameter |penerbit= ignored (bantuan)
  4. ^ a b c d e "Consolidated Financial Statements for Q4 FY20" (PDF). Apple Inc. October 29, 2020. Dicapai pada October 30, 2020.
  5. ^ "Apple 10-K Report FY2020" (PDF). September 26, 2020. Dicapai pada January 12, 2021.
  6. ^ Taylor, Harriet (August 30, 2016). "How Apple managed to pay such a low tax rate in Ireland". CNBC. Dicapai pada January 9, 2017.
  7. ^ "Apple Looks to Services to Move Beyond iPhone Price Ceiling". Bloomberg.com. Bloomberg L.P. January 13, 2020.
  8. ^ Koblin, John (March 25, 2018). "Apple Goes to Hollywood. Will Its Story Have a Happy Ending?". The New York Times.
  9. ^ "Laman web Morningstar: Penyata Kewangan Apple Computer". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-23. Dicapai pada 2008-02-22.
  10. ^ "Laman web Apple.com: Soalan Lazim Hubungan Pelabur Apple". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-16. Dicapai pada 2008-02-22.
  11. ^ Laman web Apple.com: Pemfailan SEC[pautan mati kekal]
  12. ^ Markoff, John (2006-01-09). "New Mobile Phone Signals Apple's Ambition". The New York Times. Dicapai pada 2006-01-09.
  13. ^ Laman web Apple.com: Senarai Kedai Apple
  14. ^ Laman web Apple.com: Peluang pekerjaan
  15. ^ Kesetiaan pelanggan Apple
  16. ^ "Flat 1.57% Off pada MacBook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-12. Dicapai pada 2018-02-12. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar sunting

  • Laman web rasmi Apple Computer
  • Laman web rasmi Apple Malaysia