Buku audio
Buku audio merupakan satu bahan bacaan secara berlisan atau bercakap dengan membaca isi kandungan buku atau bahan bertulis. Tujuan asal pembuatan buku audio adalah membantu bagi golongan OKU yang buta.
Format
suntingKebanyakkan buku audio boleh didapati atau diedar dalam bentuk cakera padat(CDs), pita atau kaset, atau dalam bentuk digital (seperti mp3, Ogg dan Window Media Audio (WMA). Bila berbicara mengenai buku audio, ia sudah menjadi kebiasaan ia dalam bentuk kaset atau pita.
Populariti, Pengedaran & Penggunaan
suntingDengan lambakan permain mudah alih MP3 seperti iPod dan banyak lagi, ia memudahkan lagi pengguna memainkan buku audio ini. Buku audio telah digunakan dalam membantu dan meningkatkan kemahiran membaca.Penggunaan buku audio dapat membantu pendengar membuat sesuatu kerja yang lain, dalam masa yang sama mendengar buku. Dengan penggunaan buku audio dan buku, peningkatan pemahaman berjaya dipertingkatkan, penglibatan pembelajaran pengguna lebih aktif dari membaca sahaja.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Buku audio |