iPod ialah satu jenama pemain media mudah alih yang direka dan dipasarkan oleh Apple dan dilancarkan pada bulan Oktober 2001. Barisan iPod kini terdiri daripada iPod classic asli yang berteraskan cakera keras, iPod touch, iPod nano peringkat sederhana, dan iPod shuffle yang tidak berpaparan. Bekas keluarannya termasuk iPod mini (yang digantikan iPod nano) dan iPod photo mewah (yang dipadukan semula ke barisan iPod classic). Model-model iPod classic menyimpan media dalam sebuah cakera keras dalaman, sementara model-model lain menggunakan ingatan kilat kerana saiznya yang lebih kecil, kecuali iPod mini yang berteraskan Microdrive. Seperti mana pemain-pemain muzik digital lain, iPod juga berfungsi sebabgai peranti storan data luaran.

iPod
IPod Line.png
Barisan produk iPod kini terdiri daripada (kiri ke kanan) iPod shuffle, iPod nano, iPod classic dan iPod touch.
PengilangApple Inc.
JenisPemain media mudah alih
Ketersediaan runcit2001
Bil. dijualLebih 119 juta unit di seluruh dunia, pada Oktober 2007
Perkhidmatan
dalam talian
iTunes Store

Perisian iTunes Apple digunakan untuk memindahkan muzik ke dalam peranti-peranti ini. Sebagai aplikasi peti muzik, iTunes menyimpan sebuah pustaka muzik dalam komputer pengguna dan boleh memainkan, merakam, dan menyalin muzik dari CD, serta juga memindahkan foto, video, permainan, dan kalendar ke model-model iPod yang menyokong media-media berkenaan. Apple menumpukan pemajuannya kepada antaramuka pengguna iPod yang unik dan kesenangan penggunaannya, dan bukannya keupayaan teknikal. Pada September 2007, 110 juta unit iPod telah dijual seluruh dunia (seperti dalam persidangan "The Beat Goes On"), menjadikannya siri pemain audio digital yang paling berjaya dalam sejarah.

Pautan luarSunting