NASDAQ
NASDAQ ialah sebuah bursa saham Amerika Syarikat. Nama penuhnya ialah National Association of Securities Dealers Automated Quotation (Sebut Harga Automatik Persatuan Peniaga Sekuriti Kebangsaan). NASDAQ ialah pasaran perdagangan sekuriti ekuiti berskrin elektronik terbesar di Amerika Syarikat. Dengan kira-kira 3,700 syarikat dan perbadanan, bursa ini menikmati jumlah dagangan sejam yang terbanyak di kalangan semua bursa saham di dunia.[3]
NASDAQ نسدق | |
---|---|
![]() | |
Maklumat am | |
Nama lain | Sebut Harga Automatik Persatuan Peniaga Sekuriti Kebangsaan |
Jenis saham | Bursa saham |
Ditubuhkan | 4 Februari 1971 |
Pemilik | Kumpulan The NASDAQ OMX |
Orang penting | Robert Greifeld (CEO) H. Furlong Baldwin (Pengerusi) |
Mata wang | Dolar Amerika Syarikat |
Penyenaraian | 2,709 (September 2013)[1] |
Permodalan pasaran | AS$4.45 trilion (Januari 2012)[2] |
Jumlah | AS$982 bilion (Februari 2011) |
Indeks | NASDAQ Bank NASDAQ-100 |
Laman sesawang | www |
Maklumat lokasi | |
Negara | ![]() |
Lokasi | Bandaraya New York, New York |
sunting |
Sebut hargaSunting
Sebut harga NASDAQ terdiri daripada tiga tahap:
- Tahap 1 menunjukkan bidaan tertinggi dan tawaran terendah, iaitu sebut harga dalamannya.[4]
- Tahap 2 menunjukkan semua sebut harga awam penggerak pasaran bersama maklumat penggerak pasaran yang berhasrat untuk menjual atau membeli saham dan pesanan-pesanan yang baru dilaksanakan.[5]
- Tahap 3 digunakan oleh penggerak pasaran untuk membolehkan mereka memasukkan sebut harga dan melakukan pesanan.
Waktu perdaganganSunting
NASDAQ bermula dengan sesi pra-pasaran dari jam 7.00 hingga 9.30 pagi, diikuti sesi perdagangan biasa dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang, dan sesi pasca-pasaran dari 4.00 hingga 8.00 malam (semua waktu dinyatakan dalam EST).[6]
IndeksSunting
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ "NASDAQ Companies - NASDAQ.com". NASDAQ. Dicapai pada 29 Disember 2011.
- ^ World-exchanges.org Diarkibkan 13 Februari 2011 di WebCite
- ^ "NASDAQ Performance Report". NASDAQ Newsroom. The Nasdaq Stock Market. 2007-01-12. Dicapai pada 2007-02-15.
- ^ Carta dan Sebut Harga NASDAQ , TradingView, Dicapai pada 19 Oktober 2017.
- ^ "Order Book, Level 2 Market Data, and Depth of Market". daytrading.about.com.
- ^ Market Hours, NASDAQ via Wikinvest
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan NASDAQ |
- Laman sesawang rasmi
- A history of major Indexes - Dow Jones Industrial Average, NASDAQ-100, S&P 500 Index, Russell 2000 Index
- NASDAQ OMX Group to Complete Acquisition of the Philadelphia Stock Exchange
- NASDAQ OMX Group Completes Acquisition of the Boston Stock Exchange
Rencana berkaitan ekonomi atau kewangan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |