iPad

barisan komputer tablet yang dibangunkan oleh Apple


iPad adalah komputer tablet yang direka dan dibangunkan oleh Apple Inc. iPad menggunakan sistem pengendalian iOS. iPad mempunyai sambungan Wi-Fi dan juga selular. iPad pertama kali dipasarkan pada 3 April 2010[1]. Mula dijual di Malaysia pada 30 November 2010[2].

iPad
IPad wordmark.svg
IPad Pro & iPad.jpg
IPad and iPad Pro.jpg
iPad generasi pertama
PembangunApple Inc.
PengilangFoxconn (kontrak)
Jenistablet
Generasi produk4
Tarikh jualan
pertama
Generasi Pertama

Amerika Syarikat 03 April 2010 (2010-04-03)[1]

Malaysia 30 November 2010 (2010-11-30)[2]
Tarikh jualan
terkini
Generasi keempat

iPad Mini
Amerika Syarikat 02 November 2012 (2012-11-02)[3]

Malaysia 7 Disember 2012 (2012-12-07)[4]
Bil. dijual100 juta [5]
Sistem pengendalianiOS
KuasaBateri cas semula litium-polimer terbina dalam
Sistem-atas-cip

Generasi keempat: Apple A6X

iPad Mini: Apple A5
CPUGenerasi Keempat

1.4 GHz dual core Apple Swift

iPad Mini
1 GHz dual-core ARM Cortex-A9
Muatan storanIngatan kilat 16 GB, 32 GB atau 64 GB
IngatanGenerasi keempat

1 GB DDR2 RAM
iPad Mini

512 MB DDR2 RAM
Paparan9.7 in (250 mm)

iPad Mini

7.9 in (200 mm)
InputSkrin sesentuh (multisentuh), penderia hampir jarak dan penderia cahaya sekitar, meter pecut 3-paksi, kompas digital
KameraDepan dan belakang (kecuali generasi pertama)
KetersambunganWi-Fi (802.11 a/b/g/n)

Bluetooth
3G (GSM/CDMA)

4G (LTE)
Perkhidmatan
dalam talian
iTunes Store, App Store, MobileMe, iBookstore, Safari
Rencana berkaitiPhone, iPod touch
Laman sesawangapple.com/ipad

iPad boleh digunakan untuk mengambil gambar dan video, mendengar muzik, menghantar dan menerima e-mel, dan juga membaca buku elektronik. iPad juga boleh digunakan sebagai alat navigasi GPS, bermain permainan video dan lain-lain dengan memuat turun apps yang boleh didapati di Apps store.

Sehingga kini, 5 jenis iPad telah dipasarkan: iPad, iPad 2, iPad generasi ketiga, generasi keempat dan iPad mini.

SejarahSunting

2002Sunting

Prototaip iPad telah mula dibangunkan.[6]

2010Sunting

27 Januari: iPad diumumkan.
12 Mac: Tempahan iPad mula dibuka di Amerika Syarikat di laman sesawang Apple.com.
3 April: Apple berjaya menjual 300,000 buah iPad.
30 April: Model iPad Wi-Fi + 3G mula dijual di Amerika Syarikat dengan menggunakan perkhidmatan selular AT&T.
4 Mei: Apple mengumumkan satu juta iPad telah dijual.
28 Mei: iPad mula dijual di luar Amerika Syarikat.
1 Jun: Apple mengumumkan 2 juta iPad telah dijual.
22 Jun: Jualan iPad mencecah 3 juta unit.
30 November: iPad memasuki pasaran Malaysia.

2011Sunting

2 Mac: Apple mengumumkan iPad 2: Lebih pantas, nipis dengan harga yang sama.
11 Mac: iPad 2 mula dijual.
14 Mac: iPad 2 laris dijual dan Apple mengumumkan penghantaran tertangguh sehingga sebulan.
29 April: iPad 2 memasuki pasaran Malaysia.

2012Sunting

7 Mac: iPad generasi ketiga diumumkan. Dilengkapi dengan paparan Retina.
16 Mac: iPad generasi ketiga mula dijual.
20 April: iPad generasi ketiga mula dijual di Malaysia.
23 Oktober: Apple mengumumkan iPad generasi keempat dan iPad Mini.

SpesifikasiSunting

BateriSunting

iPad dilengkapi dengan bateri cas semula litium-polimer terbina dalam. iPad telah direka untuk di cas dengan arus tinggi 2 ampere dengan menggunakan pengecas 10W yang telah disediakan menggunakan kabel USB. Walaupun ia kelihatan boleh dicaskan melalui sambungan ke komputer, ia hanya terhad kepada 500 miliampere sahaja. Hasilnya, jika disambungkan ke port USB komputer biasa, ia akan mengecas dengan perlahan, atau tidak akan mengecas langsung. Port USB berkuasa tinggi ada dilengkapkan pada komputer Apple dan aksesori-aksesori yang terbaru yang boleh memberikan keupayaan mengecas sepenuhnya.[7]

Menurut Apple, bateri iPad boleh bertahan sehingga 10 jam untuk menonton video, 140 jam untuk main semula muzik ataupun sebulan tunggu sedia (standby). Seperti bateri boleh cas semula yang lain, kapasiti bateri iPad akan susut masa ke masa dan ia telah direka supaya tidak boleh diganti oleh pengguna. Pengguna boleh menukar bateri iPad mereka dengan menghantarnya ke pusat servis yang berhampiran dengan bayaran.[8]

Walaupun penukaran bateri boleh dibuat oleh pihak selain daripada wakil Apple yang sah, ia boleh membuatkan jaminan iPad anda tidak sah.

StoranSunting

iPad datang dengan 3 jenis storan ingatan kilat (flash memory) 16, 32 dan 64 GB. Storan ini tidak boleh dipertingkatkan kerana ketiadaan slot ingatan tambahan bagi membolehkan storan ditambah. Semua data disimpan dalam storan ini menyebabkan pengguna tidak boleh meggunakan storan yang ada ke tahap maksima. Walaupun pembaca kad SD dan slot USB dijual, ia hanya boleh memberkan pengguna untuk memindah gambar dan video sahaja.[9]

Sambungan selularSunting

iPad ditawarkan dalam dua jenis: Wi-Fi dan Wi-Fi + selular. Semua iPad dilengkapkan dengan Wi-Fi 802.11 a/b/g/n. iPad pertama dan iPad 2 menggunakan HSDPA (3G) dan juga EDGE (2G). iPad generasi ketiga pula dilengkapi dengan kebolehan menggunakan 3G LTE peralihan (ada juga yang mempromosikan sebagai 4G). iPad generasi keempat membolehkan pengguna untuk menggunakan 3G LTE dan juga 4G.

Di Malaysia, perkhidmatan selular disediakan oleh semua pemberi perkhidmatan.

PerisianSunting

MultimediaSunting

Susunan perpustakaan muzik menyerupai iPod. iPad boleh menyusun perpustakaannya mengikut lagu, artis, album, video, senarai main, komposer, genre, podcast, buku audio dan kompilasi. Pilihan yang diberikan selalunya ditunjukkan mengikut susunan abjad, kecuali dalam senarai main di mana susunan boleh dikekalkan seperti dalam iTunes.

Pengguna boleh memusingkan peranti mereka ke kedudukan melintang to mengakses Cover Flow. Seperti dalam iTunes, ciri ini menunjukkan kulit album yang berlainan dengan meleretkan jari di skrin. Pengguna juga boleh menggunakan kawalan headset untuk main, jeda, lompat dan ulang lagu.

Seperti iPod generasi kelima, iPad boleh memainkan video digital, membolehkan pengguna menonton rancangan TV dan filem di skrin lebar. Mengetuk jari dua kali ke skrin boleh menukar antara mod skrin lebar atau skrin penuh.

Ia mempunyai perisian yang membolehkan pengguna untuk memuat naik, lihat dan e-mel gambar yang diambil dengan kamera. Meleretkan dua jari merapati atau menjauhi antara satu sama lain membolehkan pengguna untuk zum keluar dan masuk. Aplikasi kamera juga membolehkan pengguna untuk melihat gambar di dalam filem kamera yang telah diambil dengan kamera iPad.

Mulai Jun 2012, pengguna boleh lagu melalui iTunes Store secara terus ke iPad mereka. [10]

AplikasiSunting

iPad didatangkan dengan beberapa aplikasi termasuk Safari, Mel, iPod, iTunes, App Store, iBooks, Peta, Nota, Kalendar dan Kenalan. Beberapa daripadanya adalah versi telah diperbaiki daripada aplikasi yang terdapat di iPhone atau Mac.

iPad boleh diselaraskan (sync) dengan iTunes di Mac atau Komputer Windows. Applikasi iWork yang sebelum ini hanya di Mac, dibawa masuk ke iPad dengan aplikasi Pages, Numbers, dan Keynotes yang telah disesuaikan untuk iPad. Walaupun iPad direka bukan untuk menggantikan telefon bimbit, pengguna boleh menggunakan headset atau speaker dan mikrofon terbina-dalam dan menelefon dengan sambungan Wi-Fi atau 3G menggunakan aplikasi VoIP.

Aplikasi-aplikasi ini boleh dimuat turun dari App Store. Sehingga Oktober 2012, sebanyak 275,000 aplikasi untuk iPad tersedia di App Store dengan bilangan muat turun sebanyak 35 bilion[5].

iBooksSunting

iPad mempunyai perisian iBooks yang boleh dimuat turun dari App Store yang membolehkan pengguna membaca e-buku dan kandungan berformat ePub yang lain yang dimuat turun dari iBookstore.[11] Selain itu, iBooks juga boleh digunakan untuk membaca fail berformat PDF.[12]

Semasa pelancaran iPad pada 3 April 2010, iBookstore hanya boleh diakses di Amerika sahaja. Walaupun ia kini boleh diakses di beberapa negara, para pengguna di malaysia masih tidak boleh membeli buku dari iBookstore kecuali buku-buku yang percuma[13]. Meskipun iPad dilihat sebagai pesaing kepada Kindle Amazon, Amazon telah mengeluarkan Kindle App untuk iPad.[14]

Walaupun iBooks berkeupayaan untuk membaca e-buku, kebanyakan syarikat penerbit dan akhbar menggunakan apps yang dibangunkan sendiri daripada menggunakan iBooks.

PerbandinganSunting

Perbandingan antara setiap model iPad
Model iPad (Generasi Pertama) iPad 2 iPad (Generasi Ketiga) iPad (Generasi Keempat) iPad Mini
CPU 1.0GHz ARM Cortex-A8 1.0GHz dual-core ARM Cortex-A9 1.0GHz dual-core ARM Cortex-A9 1.4GHz dual-core Apple Swift 1.0GHz dual-core ARM Cortex-A9
GPU PowerVR SGX535 PowerVR SGX543MP2 PowerVR SGX543MP4 PowerVR SGX554MP4 PowerVR SGX543MP2
Ingatan 256MB DDR 512MB DDR2 1024MB DDR2 1024MB DDR2 512MB DDR2
Storan 16GB,32GB,64GB
Paparan 9.7 inci (250 mm) paparan multisentuh 7.9 inci (200 mm) paparan multisentuh
Ketersambungan Wi-Fi Wi-Fi (802.11 a/b/g/n),Bluetooth 2.1 + EDR Wi-Fi (802.11 a/b/g/n),Bluetooth 4.0
Wi-Fi+3G/4G Selain di atas:
3G HSDPA, 2G EDGE
Selain di atas dan di kiri:
3G LTE peralihan
Kamera Belakang Tiada 720p HD, 0.7 MP, 30fps, 5x zum digital 1080p HD, 5MP, 30fps, 5x zum digital
Hadapan Tiada VGA, 0.3MP 1.2MP, 720p
Bateri Bateri cas semula litium-polimer terbina dalam
Sistem Pengendalian
terakhir
iOS 5.1.1 iOS 6.0.1
Saiz 243mm(t)x 190mm(l)x 13.4mm(d) 240mm(t)x 186mm(l)x 8.8mm(d) 240mm(t)x 186mm(l)x 9.4mm(d) 200mm (t) x 130mm (l) x 7.1mm (d)
Berat Wi-Fi 680g 601g 650g 310g
Wi-Fi+3G/4G 730g 613g 660g 310g

PenerimaanSunting

Kemunculan iPad disambut dengan reaksi yang berbeza. Walaupun peminat Apple menyambutnya dengan reaksi positif, ramai penganalisis dan media ragu dengan keupayaan iPad untuk mengembalikan kegemilangan komputer tablet yang menyepi dari arena pengkomputeran. iPad dianggap sebagai iPhone yang telah diperbesarkan. Harga yang ditetapkan juga dianggap tinggi. [15]

Seperti juga dengan iPhone, setiap kali versi baru iPad mula dijual, fenomena dimana peminat beratur panjang sebelum kedai dibuka boleh dilihat di kebanyakan negara.

KesanSunting

Sejak kemunculan pertama pada 2010, arena pengkomputeran dan gaya hidup banyak berubah. Pelbagai laman sesawang mula dibangunkan untuk komputer tablet, perisian seperti perisian membeli-belah secara dalam talian, menu digital, fotografi mula membanjiri Apps Store.

Para pengguna juga dikatakan mula kurang menggunakan komputer peribadi mereka dan banyak menghabiskan masa dengan iPad.[16]

Bagi syarikat komersial, iPad dianggap sebagai satu penyelesaian murah dalam bidang aplikasi elektronik. Pada Jun 2010, Penerbangan Malaysia memperkenalkan MHkiosk yang membolehkan pengguna membeli tiket penerbangan menggunakan kiosk yang dilengkapi iPad.

Urusan yang tidak melibatkan kertas (paperless) juga menjadi mudah kerana keperluan untuk membawa komputer riba yang saiznya besar dan berat tidak diperlukan. Kebolehan iPad untuk membaca fail format PDF juga membolehkan pelajar membaca journal dan tugasan tanpa perlu mencetaknya.

Di MalaysiaSunting

iPad telah memberikan peluang kepada masyarakat dan juga syarikat untuk lebih terlibat dalam bidang IT. Bagi restoran, menu elektronik mula diperkenalkan[17]. Penerbangan Malaysia pula menggunakan iPad bagi memudahkan pengguna membeli tiket dan check-in[18]. Akhbar Malaysia juga memperkenalkan Apps untuk pengguna tablet.

Kanak-kanak semakin mudah menggunaan internet malah telah menjadi trend untuk kanak-kanak mahukan iPad daripada ang-pow[19]. Pernah juga menjadi isu dimana, tablet dan telefon pintar perlu dibenarkan dibawa ke sekolah[20]. Tetapi dengan internet yang tidak terkawal (tiada parental control), banyak bantahan diterima dari ibubapa. Arahan melarang membawa telefon bimbit dan komputer ke sekolah masih tidak berubah.[21]

Perkembangan Wi-Fi spot atau Hotspot di Malaysia juga boleh dikreditkan kepada iPad yang mempopularkan sambungan internet dimana-mana sahaja.


RujukanSunting

  1. ^ a b "iPad Available in US on April 3" (Siaran akhbar). Apple Inc. 5 Mac 2010. Dicapai pada 13 November 2012.
  2. ^ a b "Apple's iPad on sale in Malaysia from today". The Star Online. 30 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-19. Dicapai pada 13 November 2012.
  3. ^ "Apple Introduces iPad mini" (Siaran akhbar). Apple Inc. 23 oktober 2012. Dicapai pada 14 November 2012. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ "Apple Online Store Malaysia offers iPad mini & 4th gen iPad". Soya Cincau. 7 Disember 2012. Dicapai pada 10 Disember 2012.
  5. ^ a b "Apple by the numbers: 35B apps downloaded, 100M iPads sold". CNET. 23 Oktober 2012. Dicapai pada 14 November 2012.
  6. ^ Yoni Heisler (18 Julai 2012). "Earliest known photos of an Apple iPad prototype". Dicapai pada 15 November 2012.
  7. ^ "iPad: Charging the battery". Apple Support. Dicapai pada 19 November 2012.
  8. ^ "Service Answer Center - iPad". Apple Support. Dicapai pada 19 November 2012.
  9. ^ "Reviews: Apple iPad Camera Connection Kit". iLounge. 26 April 2010. Dicapai pada 19 November 2012.
  10. ^ "iTunes stores for Malaysia, Asian countries". New Straits Times. 27 Jun 2012. Dicapai pada 19 November 2012.
  11. ^ "Apple reveals iBook Store and app for the iPad". engadget. 27 Januari 2010. Dicapai pada 17 November 2012.
  12. ^ "How to: Open and Sync PDF files on iBooks for iPad". iPad Insider. 21 Jun 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-20. Dicapai pada 17 November 2012.
  13. ^ "iTunes Store: Which types of items can I buy in my country?". Apple Support. Dicapai pada 17 November 2012.
  14. ^ "Kindle for iPad Hits the App Store". Mashable. 2 April 2010. Dicapai pada 17 November 2012.
  15. ^ "The Apple iPad: reactions". the Guardian. 27 Januari 2010. Dicapai pada 15 November 2012.
  16. ^ "Seven survey sheds light on UK's iPad users". Seven. 25 Mac 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-30. Dicapai pada 15 November. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  17. ^ "Sakae Sushi celebrates 15 years of quality Japanese food (video)". The Star Onlie. 17 Oktober 2012. Dicapai pada 16 November 2012.[pautan mati kekal]
  18. ^ "MHKiosk by Malaysia Airlines". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-24. Dicapai pada 2012-11-19.
  19. ^ "Chinese kids opt for iPad and iPhone instead of ang pows". The Star Online. 26 Januari 2012. Dicapai pada 16 November 2012.
  20. ^ "Bawa telefon, iPad ke sekolah". Utusan Online. 17 Julai 2012. Dicapai pada 16 November 2012.
  21. ^ "Peraturan larang pelajar bawa telefon bimbit ke sekolah kekal". The Malaysian Times. 3 Oktober 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-18. Dicapai pada 16 November 2012.

Pautan luarSunting