11 Mac
tarikh
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
11 Mac merupakan hari ke-70 (hari ke-71 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 295 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Lithuania (1990).
Peristiwa
sunting- 1708 – Ratu Anne menarik balik perkenan baginda daripada Rang Undang-Undang Militia Scotland, iaitu kali terakhir seseorang raja British memveto perundangan.
- 1823 - Residen Singapura William Farquhar cedera parah kerana ditikam dengan Keris oleh seorang Arab bernama Sayyid Yassin.
- 1845 - Angkatan tentera Māori yang diketuai oleh Te Ruki Kawiti dan Hōne Heke memusnahkan Kororareka, satu petempatan British di New Zealand sebagai gerak balas terhadap pelanggaran Perjanjian Waitangi dan dengan itu, mencetuskan Perang Tiang Bendera (Flagstaff War).
- 1851 – Pementasan pertama Rigoletto yang dikarang oleh Verdi.
- 1861 – Perang Saudara Amerika: Penerimaan Perlembagaan Negeri-Negeri Gabungan Amerika.
- 1864 – Banjir Besar Sheffield: Bencana buatan manusia terbesar yang pernah melanda England meragut lebih 250 orang di Sheffield.
- 1872 – Kerajaan Jepun Meiji secara rasminya mengilhakkan Kerajaan Ryukyu menjadi wilayah Okinawa.
- 1917 – Perang Dunia Pertama: Baghdad jatuh di tangan tentera Inggeris-India yang diperintah oleh Jeneral Stanley Maude.
- 1927 – Di Bandar Raya New York, Samuel Roxy Rothafel membuka Roxy Theatre.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Presiden Franklin D. Roosevelt meluluskan Akta Pinjam Sewa yang membolehkan bekalan perang buatan Amerika dipinjamkan kepada Pihak Berikat.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Tentera Laut Diraja Jepun melancarkan serangan kamikaze besar-besaran terhadap Armada Pasifik A.S. yang bersauh di atol Ulithi dalam Operasi Tan No. 2.
- 1966 - Presiden Soekarno dipaksa menandatangani Arahan Presiden Supersemar, memberi kuasa kepada Lt. Jen. Suharto dan Tentera Indonesia.
- 1977 – Serbuan Muslim Hanafi 1977: Lebih 130 orang tebusan yang ditahan oleh puak Hanafi di Washington, D.C., dibebaskan setelah duta dari tiga negara Islam menyertai rundingan.
- 1985 – Mikhail Gorbachev menjadi pemimpin Kesatuan Soviet.
- 1990 - Republik Sosialis Soviet Lithuania dibubarkan apabila Lithuania mencapai kemerdekaan semula daripada Kesatuan Soviet.
- 1990 - Patricio Aylwin mengangkat sumpah sebagai presiden Chile pertama yang diundi secara demokrasi sejak tahun 1970.
- 1996 - John Howard menjadi Perdana Menteri Australia yang ke-25.
- 2003 - Mahkamah Jenayah Antarabangsa, satu tribunal untuk mendakwa individu atas jenayah terhadap kemanusiaan, pembasmian kaum, jenayah perang dan jenayah pencerobohan, mengadakan sesi pertamanya.
- 2004 - Satu siri pengeboman serentak terhadap kereta api komuter Cercanías membunuh 191 orang dan mencederakan lebih 1,800 lagi di Madrid, Sepanyol.
- 2006 – Michelle Bachelet menjadi presiden wanita pertama Chile.
- 2007 – Kejohanan Badminton Seluruh England tamat dengan China memenangi semua kategori kecuali beregu lelaki yang dimenangi pasangan Malaysia.
- 2010 - Di Kazakhstan, 40 orang terbunuh dan lebih 1,000 lagi dipindahkan selepas Empangan Kyzyl-Agash pecah.
- 2011 - Gempa bumi bermagnitud 9.0 di pesisir timur laut Jepun mencetuskan tsunami setinggi 10 meter. Tsunami terhebat yang melanda Jepun dalam tempoh 143 tahun ini mengorbankan ribuan orang dan menyebabkan kerosakan meluas, termasuk kemalangan nuklear di Loji Kuasa Nuklear Fukushima I.
- 2013 - Sistem kerdil perang dedua WISE 1049-5319 dicerap 6.5 tahun cahaya dari Bumi, menjadikannya sistem bintang terdekat ditemui sejak 1916.
Kelahiran
sunting- 1916 - Harold Wilson, Perdana Menteri United Kingdom
- 1922 - Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2
- 1978 - Didier Drogba, pemain bola sepak Chelsea F.C.