Keris

senjata berbilah lurus atau kelok yang berasal daripada Jawa

Keris (aksara Jawa: ꦏꦼꦫꦶꦱ꧀; Jawi: کريس)[1] ialah sejenis senjata tikam bermata dua yang berasal daripada pulau Jawa yang memiliki ragam fungsi budaya yang dikenali di kawasan Nusantara dan Asia Tenggara umumnya (Indonesia, Brunei, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao)).

Keris
ꦏꦼꦫꦶꦱ꧀[n 1]
Keris terbina dari tiga bahagian utama; mata atau bilah (wilah), pangkal (hulu), dan sarungan atau kerangka (warangka)
JenisSenjata tikam
Tempat asalIndonesia (Jawa)[3][4][5]
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatanKemaharajaan Majapahit, Kerajaan Sunda, Kerajaan Singhasari, Kesultanan Demak, Kesultanan Mataram, Kasultanan Ngayogyakarta Hadiningrat, Kasunanan Surakarta, Kesultanan Melaka, Kesultanan Brunei, dan Indonesia masa ini[6]
Digunakan olehSuku Jawa (utama dan permulaan), kemudian dipopulari kepada Suku Bali, Suku Sunda, Suku Melayu, Suku Banjar, Suku Madura, Suku Bugis dan Suku Makassar
PerangEkspedisi Pamalayu, Serangan Mongol ke Jawa, Perang Bubat, Perang Paregreg, Serangan Batavia, Perang Diponegoro, Revolusi Nasional Indonesia
Sejarah pengeluaran
PerekaSuku Jawa
AnekaKalis, Badik, Kerambit, Chundrik[7]
Spesifikasi
Jenis bilahBesi atau baja bermata dua
Jenis huluGading, tulang, tanduk, kayu atau logam. Terkadang memiliki lapisan emas atau perak dan dibubuhi dengan batu-batu permata
Sarungan/sarungRangka kayu yang dilapisi dan dibubuhi dengan gading atau logam (emas, perak, tembaga, besi, kuningan, atau baja)
Keris
Keris diiktiraf sebagai Karya Agung Warisan Budaya Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara yang berasal daripada Indonesia oleh UNESCO.
NegaraIndonesia
KriteriaTraditional
Rujukan112
KawasanAsia-Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2008 (sesi 3)
SenaraiRepresentatif

Keris (bahasa Inggeris: Kris) ialah senjata khas nan berkeluk-keluk atau asimetri yang termasuk dalam golongan senjata tikam yang berasal daripada Indonesia. Baik sebagai senjata mahupun objek spiritual, keris dihormati dan dianggap memiliki kekuatan yang magis. Awal mula keris diketahui berasal dan menyebar dari pulau Jawa ke seluruh bagian Nusantara dan wilayah Asia Tenggara secara umum.

Keris berasal daripada Pulau Jawa dan menyebar ke seluruh Nusantara, keris setidaknya telah dikenali pada abad ke-9 dan boleh dibuktikan dengan gambaran keris yang terdapat di Candi Borobudur.[8][9] Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mata, hulu dan sarung.

Keris umumnya digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan mulanya digunakan sebagai alat kebesaran diraja. Keris yang paling masyhur pada masyarakat Melayu ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang termasyhur. Mengikut tradisi Jawa, keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.[10]

Keris telah diiktiraf sebagai Karya Agung Warisan Budaya Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara yang berasal daripada Indonesia oleh UNESCO sejak 2005 (sesi 1), dan versi mutakhir pada 2008 (sesi 3).[11]

Peristilahan

Etimologi

Menurut etimologi, istilah "keris" berasal daripada gabungan dua kata dalam bahasa Jawa kuno yakni "mlungker" (ꦩ꧀ꦭꦸꦁꦏꦺꦂ) dan "ngiris" (ꦔꦶꦫꦶꦱ꧀) yang artinya "berkeluk" dan "menghiris"; memiliki maksud "(benda) berkeluk-keluk yang boleh menghiris (sesuatu)". Dalam bahasa Jawa, keris mempunyai istilah khas menurut masing-masing tingkatan bahasa Jawa:[2]

Istilah dalam budaya lain

Di beberapa tempat diluar Jawa, keris dikenali dengan istilah-istilah tempatan yang mengikut istilah Jawa, contohnya yakni:

Keris dikenali oleh beberapa etnik di kawasan Asia Tenggara disebabkan oleh pertalian sejarah dengan Jawa di masa lampau utamanya mengenai kekuasaan Majapahit di wilayah Asia Tenggara, selain daripada kemasyhuran Kemaharajaan Majapahit; di kawasan Indochina (Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Burma) perkaitan sejarah dengan Jawa yang paling termasyhur iaitu mengenai riwayat Raden Inu Kertapati (seorang pangeran asal Jawa) yang menjelajah dan mencari kekasih hatinya yang melarikan diri ke negeri-negeri di Indochina, pada zaman sekarang riwayat tersebut digambarkan dalam tari lakon "Inao", "Ino", "Inai" atau "Lakhon Nai" di Thailand, Kemboja, Laos, dan Burma. Sedangkan dalam budaya masyarakat Kapampangan dan Tagalog di Filipina, perkaitan sejarah yang tersohor selain Majapahit boleh jadi mengenai Ratu Sasamban atau Dayang Sasamban dipercayai pernah menjelajah dan melakukan pernikahan dengan pangeran di Jawa, sebelum ia bertolak balik ke daerah Pampanga dan Pasig di pulau Luzon; istilah "Sasamban" yang ada pada dirinya pun merupakan pengistilahan yang berakar daripada bahasa Jawa yang bermaksud "Yang Disembah" atau "Duli Yang Maha Mulia". Dalam bahasa Tagalog, keris lebih dikenali sebagai ᜃᜎᜒᜐ᜴ (kalis); dan ia memiliki bilah yang cenderung lebih panjang daripada keris yang dikenali masyarakat Melayu. Dalam budaya masyarakat Melayu di Malaysia, keris mewarisi identiti khas Jawa boleh selalunya dijumpai di negeri Johor, Selangor, Terengganu dan Kelantan, sedangkan di Negeri Sembilan keris lebih sering dihubungkan dengan budaya Minang dan Pagaruyung yang juga mempunyai riwayat pertalian sejarah dengan Jawa.

Sejarah

Asal Usul

 
Keris digambarkan pada dinding Candi Borobudur abad ke-9.

Menurut susur galurnya, sejarah keris boleh dikesan melalui kajian dan panel ukiran timbul yang banyak ditemui di kuil-kuil atau candi-candi, mahupun beberapa prasasti di pulau Jawa, Indonesia. Beberapa yang paling tersohor yaitu keris muncul pada ukiran-ukiran di kuil atau candi Borobudur (825) dan Prambanan (850), yang berasal daripada masa kerajaan Hindu-Buddha Medang Mataram di Jawa Tengah.

Istilah "keris" disebutkan dalam beberapa prasasti atau batu bersurat Jawa kuno, tergolong diantaranya yaitu prasasti Humanding (707 Saka atau 875 M), prasasti Jurungan dan Haliwangbang (708 Saka atau 876 M), prasasti Taji (823 Saka atau 901 M), prasasti Pooh (827 Saka atau 905 M), dan prasasti Rukam (829 Saka atau 907 M).[4]:266

 
Bengkel tukang besi keris digambarkan pada Candi Sukuh abad ke-15.

Dalam kajian Sir Stamford Raffles (1817) terhadap Candi Sukuh, ia mecadangkan bahawa keris-keris yang diiktiraf pada sekitar tahun 1800-an di Asia Tenggara ialah hasil daripada warisan pengaruh kerajaan Majapahit yang berjaya sejak sekiranya tahun 1300-an. Adegan dalam ukiran-ukiran kuil atau Candi Sukuh, bertarikh masa kejayaan Majapahit pada abad ke-15, pada ukiran tersebut menggambarkan bengkel tukang besi keris. Adegan menggambarkan Bhima sebagai tukang besi di sebelah kiri menempa logam, Ganesha di bahagian tengah, dan Arjuna digambarkan menempikkan injap pam. Dinding dibelakang tukang besi memaparkan pelbagai perkara yang dihasilkan di bengkel, termasuk keris. Penggambaran perbengkelan keris lengkap pada dinding kuil atau Candi Sukuh ini menubuhkan fakta bahawa setidaknya pada tahun 1437 keris telah menjadi elemen penting dan telah mengakar dalam budaya Jawa sejak masa yang lagi lampau.

Dalam "Yingya Shenglan"—rekod tentang ekspedisi Zheng Dia (1405-1433)— Ma Huan menggambarkan:

"semua orang dalam Kemaharajaan Majapahit, dari raja hingga rakyat biasa, dari seorang budak lelaki yang berumur tiga tahun hingga orang tua, tersisip 短剑 ("belati"; "keris belati"; bahasa Inggeris: kris dagger) di tali pinggang mereka. Senjata belati yang dibuat seluruhnya dari baja dengan motif rumit yang digambarkan dengan halus. Gagangnya dibuat dari emas, tanduk badak gading atau diukir dengan gambaran manusia atau siluman; karya-karya ukirannya sangatlah indah dan dibuat dengan penuh kemahiran."[12]

Akaun Cina ini juga melaporkan bahawa hukuman mati publik dengan menikam menggunakan keris telah menjadi hal yang wajar. Majapahit dikenal tidak memberi hukuman pukul dalam hukuman besar ataupun kecil, orang-orang bersalah diikat tangannya di belakang dengan tali rotan dan diarak mereka selama beberapa langkah, dan kemudian ditikam menggunakan keris para pesalah itu satu atau dua kali di bahagian belakang menusuk dan terhunus hingga diantara tulang rusuk, yang boleh menyebabkan pendarahan yang teruk dan mati segera.

 
Keris Knaud (1342 M) dari masa Kemaharajaan Majapahit dipamerkan di Tropenmuseum, Belanda

Pada masa ini, Keris Knaud ialah diketahui sebagai keris tertua yang terselamat di dunia.[13] Istilah "Knaud" merujuk kepada Charles Knaud, seorang doktor asal Belanda. Pada abad ke-19, Paku Alam V (pemimpin Yogyakarta masa itu) menghibahkan keris tersebut kepada Charles Knaud semasa ia berada di Yogyakarta. Pada masa sekarang, keris itu menjadi salah satu item dalam koleksi pameran di Tropenmuseum, Belanda. Keris Knaud itu berukir tarikh tahun 1264 Saka (1342 M) pada mata pisaunya, tetapi dikarenakan fitur khas yang dimiliki Keris Knaud, para saintis mempercayai dan mencadangkan bahawa keris itu boleh jadi berumur lagi tua, sebab menghias ulang beberapa pusaka pada era Majapahit untuk merayakan peristiwa penting ialah hal yang lazim dilakukan.[14] Keris Knaud menggambarkan reka adegan Ramayana yang diukir pada lapisan tembaga yang sebahagiannya meliputi sarung keris.

Perkembangan dan Distribusi

 
Keris Majapahit dari era Kemaharajaan Majapahit (13th-16th CE), item koleksi pameran Rijksmuseum, Belanda

Pembangunan dan perkembangan keris paling awal boleh diketahui bermula di pulau Jawa, kemudian dari tempat asalnya tersebut budaya keris menyebar ke seluruh wilayah kepulauan Indonesia, dan juga mencapai wilayah-wilayah pada negara-negara di zaman moden seperti Singapura, Malaysia, Filipina Selatan, dan Thailand Selatan. Distribusi keris daripada Jawa ke seluruh wilayah Nusantara tak lepas dari pengaruh kekuasaan Kemaharajaan Majapahit dan juga perdagangan mahupun perkahwinan antar etnik.[4]:267[15]

"Sanghyang Siksa Kandang Karesian"—manuskrip Sunda bertarikh 1440 Saka (1518 M)— kanto XVII menerangkan keris sebagai senjata daripada raja-raja, sementara kujang adalah senjata petani. Di masa lalu, kebanyakan keris memiliki bilah lurus tetapi masa sekarang keris berbilah lurus menjadi kurang kerap. Tome Pires, pada awal abad ke-16, menerangkan kepentingan keris bagi masyarakat Jawa.[5]

... setiap orang di Jawa, entah mereka kaya atau miskin, mesti mempunyai keris di rumahnya ... dan tidak ada orang antara umur 12 hingga 80 boleh pergi keluar dari pintu tanpa keris tersisip di pinggangnya. Mereka membawanya di punggung, macam pisau belati yang digunakan di Portugal ...

—Tome Pires, Suma Oriental

Konon keris dipercayai sebagai senjata utama bagi para pejuang di masa lalu oleh masyarakat Melayu. Tetapi menurut fakta sejarah, di Jawa keris dipergunakan sebagai persenjataan kedua oleh para pejuang mahupun pahlawan jika mereka kehilangan senjata utama, yang biasanya berupa tombak. Bagaimanapun, bagi rakyat biasa, keris digunakan setiap hari, terutama dalam menempuh perjalanan kerana ia mungkin diperlukan untuk pertahanan diri. Selama masa-masa damai, orang-orang Jawa memakai keris sebagai sebahagian daripada pakaian upacara dan kebangsawanan. Istiadat keris sering dibubuhi dengan pelbagai hiasan dan ukiran-ukiran dalam emas dan batu-batu berharga yang dikemas dengan teramat teliti. Di Jawa, pusaka bilah keris diturunkan melalui generasi berturut-turut dan dipakai dalam pelbagai peristiwa spesial seperti pesta pernikahan dan kegiatan upacara adat lainnya. Lelaki biasanya memakai hanya satu keris, tetapi konon laksamana Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah memiliki dua keris sebagai senjata, yakni satu keris pendek dan satu keris panjang.[perlu rujukan] Wanita juga memakai keris, walaupun biasanya memakai keris yang lebih kecil daripada kaum lelaki.

Keris boleh koyak atau rosak dalam pertempuran, dan diperlukan perbaikan. "Pembersihan tahunan", terkenal dalam tradisi atau leluri Jawa sebagai jamasan, diperlukan sebagai bahagian daripada spiritualitas dan mitologi yang meliputi senjata, ini seringkali meninggalkan bilah yang telah usang dan tipis. Perbaikan bahan bergantung pada lokasi tempatan dan ia sangat lazim untuk mencari kelengkapan bahan daripada beberapa kawasan. Sebagai contoh, sebuah keris mungkin untuk mempunyai mata pisau dari Jawa, hulu dari Bali, dan sarung dari Madura.

 
Ragam bentuk bilah keris Jawa dalam "The History of Java" (Melayu: Sejarah Jawa), buku karya Thomas Stamford Raffles (1817).

Bahagian-bahagian keris

Hulu

Hulu, pegangan atau landaian[16] keris (bahasa Jawa: gaman) mempunyai corak boleh diperlihatkan (gandik[17]) yang bermacam-macam motifnya. untuk keris Bali ada yang bentuknya menyerupai dewa, pedande (pendeta), raksasa, penari, pertapa hutan dan ada yang diukir dengan kinatah emas dan batu mulia dan biasanya bertatahkan batu mirah delima.

Pegangan keris Sulawesi menggambarkan burung laut. Hal itu sebagai perlambang terhadap sebagian profesi masyarakat Sulawesi yang merupakan pelaut, sedangkan burung adalah lambang dunia atas keselamatan. Seperti juga motif kepala burung yang digunakan pada keris Riau Lingga, dan untuk daerah-daerah lainnya sebagai pusat pengembangan tosan aji seperti Aceh, Bangkinang (Riau), Palembang, Sambas, Kutai, Bugis, Luwu, Jawa, Madura dan Sulu, keris mempunyai ukiran dan perlambang yang berbeda. Selain itu, materi yang dipergunakan pun berasal dari aneka bahan seperti gading, tulang, logam, dan yang paling banyak yaitu kayu.

Untuk pegangan keris Jawa, secara garis besar terdiri dari sirah wingking ( kepala bagian belakang ), jiling, cigir, cetek, bathuk (kepala bagian depan),weteng dan bungkul.

Sarung

Sarung, warangka (dalam bahasa Jawa) atau kumpang (bahasa Banjar), adalah komponen keris yang mempunyai fungsi tertentu, khususnya dalam kehidupan sosial masyarakat Jawa, paling tidak karena bagian inilah yang terlihat secara langsung. Warangka yang mula-mula dibuat dari kayu (yang umum adalah jati, cendana, timoho, dan kemuning). Sejalan dengan perkembangan zaman terjadi penambahan fungsi wrangka sebagai pencerminan status sosial bagi penggunanya. Bagian atasnya atau ladrang-gayaman sering diganti dengan gading.

Secara garis besar terdapat dua bentuk warangka, yaitu jenis warangka ladrang yang terdiri dari bagian-bagian: angkup, lata, janggut, gandek, godong (berbentuk seperti daun), gandar, ri serta cangkring. Dan jenis lainnya adalah jenis wrangka gayaman (gandon) yang bagian-bagiannya hampir sama dengan wrangka ladrang tetapi tidak terdapat angkup, godong, dan gandek.

Aturan pemakaian bentuk wrangka ini sudah ditentukan, walaupun tidak mutlak. Wrangka ladrang dipakai untuk upacara resmi, misalkan menghadap raja, acara resmi keraton lainnya (penobatan, pengangkatan pejabat kerajaan, perkawinan, dll) dengan maksud penghormatan. Tata cara penggunaannya adalah dengan menyelipkan gandar keris di lipatan sabuk (stagen) pada pinggang bagian belakang (termasuk sebagai pertimbangan untuk keselamatan raja ). Sedangkan wrangka gayaman dipakai untuk keperluan harian, dan keris ditempatkan pada bagian depan (dekat pinggang) ataupun di belakang (pinggang belakang).

Dalam perang, yang digunakan adalah keris wrangka gayaman, pertimbangannya adalah dari sisi praktis dan ringkas, karena wrangka gayaman lebih memungkinkan cepat dan mudah bergerak, karena bentuknya lebih sederhana.

Ladrang dan gayaman merupakan pola-bentuk wrangka, dan bagian utama menurut fungsi wrangka adalah bagian bawah yang berbentuk panjang ( sepanjang wilah keris ) yang disebut gandar atau antupan,maka fungsi gandar adalah untuk membungkus wilah (bilah) dan biasanya terbuat dari kayu ( dipertimbangkan untuk tidak merusak wilah yang berbahan logam campuran ) .

Karena fungsi gandar untuk membungkus, sehingga fungsi keindahannya tidak diutamakan, maka untuk memperindahnya akan dilapisi seperti selongsong-silinder yang disebut pendok . Bagian pendok ( lapisan selongsong ) inilah yang biasanya diukir sangat indah, dibuat dari logam kuningan, suasa ( campuran tembaga emas ), perak, emas . Untuk daerah di luar Jawa ( kalangan raja-raja Bugis, Goa, Palembang, Riau, Bali ) pendoknya terbuat dari emas, disertai dengan tambahan hiasan seperti sulaman tali dari emas dan bunga yang bertaburkan intan berlian.

Untuk keris Jawa, menurut bentuknya pendok ada tiga macam, yaitu (1) pendok bunton berbentuk selongsong pipih tanpa belahan pada sisinya, (2) pendok blewah (blengah) terbelah memanjang sampai pada salah satu ujungnya sehingga bagian gandar akan terlihat, serta (3) pendok topengan yang belahannya hanya terletak di tengah . Apabila dilihat dari hiasannya, pendok ada dua macam yaitu pendok berukir dan pendok polos (tanpa ukiran).

Balang -- Bahagian sarung keris yang lurus.[18]

Bilah

Bilah ini ditempa dari logam menjadi senjata tajam. Ia terdiri dari bagian-bagian tertentu yang tidak sama untuk setiap bilahan yang biasa disebut "dapur" atau penamaan ragam bentuk pada bilah-bilah (ada puluhan bentuk dapur). Bilah ini dipasangkan pada pangkal disebut paksi[19] (Jawa Timur), pesi (Jawa Barat) puting (Riau) atau punting (Sarawak, Brunei dan Semenanjung Melayu) yang berupa bulat panjang seperti pensil panjangnya antara 5 cm sampai 7 cm, dengan penampang sekitar 5 mm sampai 10 mm.

Bilah ini terpisah dari hulu keris pada bahagian yang disebut ganja[20] atau aring.[21] Ia terbahagi kepada:

  • Ganja datang atau ganja rawan - ganja yang dilekatkan pada bilah.
  • Ganja iras atau ganja menumpu - ganja yang bersambung dgn bilahnya.

"Ganja" ini dianggap mewakili lambang yoni sedangkan paksi/pesi/punting melambangkan "lingga"

Bilah keris berbentuk tajam dengan banyak liku (lok atau kelok[22]). Bilangan lok ini dikira dari pangkal ke arah hujung keris dan dari sisi cembung pada kedua-dua sisi seberang-menyeberang (kanan-kiri), maka bilangan terakhir adalah banyaknya luk pada wilah-bilah dan jumlahnya selalu ganjil atau gasal: bilangan paling kecil adalah tiga dan terbanyak adalah luk tiga belas. Keris yang jumlah loknya lebih dari tiga belas biasanya disebut keris kalawija.

Komponen lain

  • Batir-batir -- Perhiasan pada tuli-tuli keris yang dibuat daripada emas.[23]
  • Biji timun -- Sejenis ukiran, sejenis garis-garis pada mata pisau (keris).[24]
  • Bunga pamor -- Lukisan pada keris kerana waja putih yang ditempa pada bilah keris.[25]
  • Cincin pacat kenyang -- Cincin yang besar dan tebal pada satu bahagian (dipakai untuk melindungi jari sewaktu memegang keris).[26]
  • Dagu keris -- Hujung ganja keris.[27]
  • Kurai -- Corak (gambar, barik-barik) pada bilah keris dan lain-lain yang berpamor.[28]
  • Lambai gajah -- Bahagian mata keris (yang terletak di bawah dagu keris).[29]
  • Merubi -- Bentuk hulu keris yang seperti ubi.[30]
  • Paksi -- Puting (bahagian keris dan lain-lain) yang masuk ke dalam hulunya.
  • Panjut -- Warna putih pada hujung mata keris.[31]
  • Pendongkok / Dongkok keris -- Gelang-gelang antara hulu dan bilah keris, pemendak (dulang-dulang) keris.[32] Kedongkok.[33] Pemendak.[34]
  • Penduk -- Penyalut pada sarung keris daripada emas (perak dan lain-lain).[35] Terapan.[36]
  • Penongkok -- (Kedah) Emas dan lain-lain yang disalut pada hulu keris.[37]
  • Pestaka -- Kuasa buruk atau baik yang ada pada keris (lembing dan lain-lain).[38]
  • Sampir -- Bahagian sarung keris yang di atas sekali.[39] Warangka (Jawa).[40]
  • Sigi -- Gelang-gelang daripada besi dan lain-lain (untuk me­nguatkan pegangan hulu pada puting keris dan lain-lain), temin.[41]
  • Tapih -- Salut pada sarung keris Jawa.[42]
  • Tebu-tebu -- Gelang-gelang (pada batang tombak, hulu keris, dan lain-lan).[43]
  • Tuli-tuli -- Sejenis tali (daripada benang sutera, emas, perak, rotan, dan lain-lain) untuk melekatkan sarung keris pada tali pinggang.[44]

Pembuatan keris

  • Besi pamor -- Sejenis baja putih yang ditempa pada keris dan lain-lain (yang menimbulkan kurai).[45]
  • Ekor buaya -- Sejenis alat yang digunakan untuk membuat keris.[46]
  • Jabung -- Sejenis perekat yang dibuat daripada gambir dan damar (digunakan untuk melekatkan keris pada hulunya), gala-gala, pakal.[47]
  • Katimaha -- (Jawa) Sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya digunakan untuk membuat hulu dan sarung keris dan lain-lain), temahai, timaha, timanga, ketimaha, Kleinhovia hospita.[48] Ketimaha (Jk).[49]
  • Kayu pelet -- Kayu yang berbelang-belang (dari pokok Kleinhevia hospita yang selalu digunakan utk mem­buat sarung keris dan lain-lain).[50]
  • Kupu-kupu -- Sejenis tumbuhan (pokok renek yang kayunya keras dibuat hulu keris dan lain-lain), Bauhinia tomentosa.[51]
  • Malau -- Sejenis damar atau pelekat yang digunakan untuk mengetatkan keris, parang, dan lain-lain pada hulunya; embalau.[52]

Jenis

Keris khas

 
Kris Yogyakarta dengan pegangan Semar

Secara umumnya, keris boleh dikategorikan kepada:

  1. Keris Semenanjung
  2. Keris Bugis
  3. Keris Jawa
  4. Keris Sumatera
  5. Keris Madura
  6. Keris Patani
  7. Keris Bali
  8. Keris Sajen
  9. Keris Picit[Note 1]

Keris umum

  • Keris (anak) alang -- Keris yang sederhana panjang bilahnya.[53]
  • Keris (hulu) pekaka -- Sejenis keris dari Patani (hulunya berbentuk kepala burung pekaka).[54]
  • Keris alang -- Keris yang sedang atau sederhana panjangnya.[55]
  • Keris berapit -- Keris yang pada sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak.[56]
  • Keris berlok (berkeluk) -- Keris yang berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya.[57]
  • Keris cerita -- Keris yang bilahnya berkeluk sembilan atau lebih.[58]
  • Keris ganja seiras -- Keris sepukal (keris yang hulu dan matanya dibuat daripada besi yang satu).[59]
  • Keris harubi / Keris merubi / Keris bawang sebongkol -- Sejenis keris yang berhulukan emas (khas untuk raja-raja).[60]
  • Keris kalamisani -- Sejenis keris Jawa (yang lebar, lurus dan berkeluk-keluk di pangkalnya).[61]
  • Keris melela -- Keris yang tidak berpamor.[62]
  • Keris pandak (pendek) -- Keris yang pendek bilahnya.[63]
  • Keris panjang -- Keris yang panjang bilahnya.[64]
  • Keris parung -- Sari keris yang berlok-lok dan berbentuk ular.[65]
  • Keris parung sari -- Keris yang bilahnya berkeluk tujuh atau kurang.[66]
  • Keris pasupati -- Sejenis keris.[67]
  • Keris pendawa -- Sejenis keris.[68]
  • Keris pendua -- Keris yang digunakan sebagai keris cadangan (bukan keris utama).[69]
  • Keris penyalang / Keris salang -- Keris yang digunakan untuk menyalang (sebagai menjalankan hukuman bunuh).[70][71]
  • Keris sempana -- Keris yang bilahnya berkeluk tujuh atau kurang.[72]
  • Keris sempena -- Keris yang berlok tiga (lima, tujuh).[73]
  • Keris sepukal -- a) keris ganja iras; b) keris yang lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yang berlok).[74]
  • Keris sundang -- Sejenis keris yang lebar bilahnya seperti bilah pedang.[75]
  • Keris tempa Melaka -- Keris buatan Melaka.[76]
  • Keris teterapan -- Keris yang beralur panjang di tengah-tengah bilahnya.[77]
  • Keris wasiat -- Keris pusaka.[78]
  • Petaram -- (sastera lama) Sejenis keris kecil yang dipakai oleh perem­puan.[79]
  • Senderik -- Sejenis keris pendek.[80]

Galeri

Nota kaki

  1. ^ Mohd Zainuddin Haji Abdullah & Mohd Shahrim Senik, 2007, ms 21
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Zaharuddin17" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Rujukan

  1. ^ a b Kamus Pepak Basa Jawa, Sudaryanto/Pranowo, 2001, #1359
  2. ^ a b See: Javanese language: Politeness
  3. ^ "Keris Indonesia". Kebudayaan.kemendikbud.go.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-08-22.
  4. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Cultural Wonders of Indonesia tidak disediakan
  5. ^ a b Pires, Tomé (1990). The Suma Oriental of Tome Pires: An Account of the East. New Delhi: Asian Educational Services. m/s. 179. ISBN 81-206-0535-7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Suma" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ Albert G Van Zonneveld (2002). Traditional Weapons of the Indonesian Archipelago. Koninklijk Instituut Voor Taal Land. ISBN 90-5450-004-2.
  7. ^ James Richardson Logan (1853). The Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia, Volume 7. Miss. Press. m/s. 281.
  8. ^ Borobudur: Golden Tales of the Buddhas, edited by John N. Miksic, Marcello Tranchini.
  9. ^ Chamber's Encyclopaedia, Volume 9, International Learnings Systems, 1968 - Encyclopedias and dictionaries
  10. ^ Pogadaev, V. Magia Krisa (The Magic of Kris). Azia i Afrika Segodnya (Asia and Africa Today. Moscow, No. 4, 2010, 67-69
  11. ^ "UNESCO - Kris". ich.unesco.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-24.
  12. ^ Ma Huan (1970) [1433]. Ying-yai Sheng-lan (瀛涯胜览) The Overall Survey of the Ocean's Shores. Hakluyt Society (dalam bahasa Cina). Diterjemahkan oleh J.V.G Mills. Cambridge University Press. ISBN 9780521010320.
  13. ^ van Duuren, David (2002). Krisses: a critical bibliography. Pictures Publishers. m/s. 110. ISBN 978-90-73187-42-9. Dicapai pada 6 March 2011.
  14. ^ Van Asdonck, Marjolein 'Het sprookje van de kris.' (Moesson Magazine, Volume 50, no.5, November 2005) p.27
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan JPostKris tidak disediakan
  16. ^ "landaian - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  17. ^ "gandik - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  18. ^ "balang V - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  19. ^ "paksi I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  20. ^ "ganja II - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  21. ^ "aring I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  22. ^ "lok II - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  23. ^ "batir-batir - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  24. ^ "biji timun - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  25. ^ "bunga pamor - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  26. ^ "cincin pacat kenyang - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  27. ^ "dagu keris - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  28. ^ "kurai - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  29. ^ "lambai gajah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  30. ^ "merubi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  31. ^ "panjut I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  32. ^ "dongkok keris - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  33. ^ "kedongkok - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  34. ^ "pemendak - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  35. ^ "penduk - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  36. ^ "terapan - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  37. ^ "penongkok - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  38. ^ "pestaka - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  39. ^ "sampir I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  40. ^ "warangka - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  41. ^ "sigi II - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  42. ^ "tapih II - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  43. ^ "tebu-tebu - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  44. ^ "tuli-tuli - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  45. ^ "besi pamor - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  46. ^ "ekor buaya - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  47. ^ "jabung I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  48. ^ "katimaha - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  49. ^ "ketimaha - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  50. ^ "kayu pelet - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  51. ^ "kupu-kupu III - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  52. ^ "malau - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  53. ^ "keris (anak) alang - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  54. ^ "keris (hulu) pekaka - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  55. ^ "keris alang - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  56. ^ "keris berapit - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  57. ^ "keris berlok - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  58. ^ "keris cerita - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  59. ^ "keris ganja seiras - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  60. ^ "keris harubi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  61. ^ "keris kalamisani - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  62. ^ "keris melela - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  63. ^ "keris pandak - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  64. ^ "keris panjang - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  65. ^ "keris parung - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  66. ^ "keris parung sari - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  67. ^ "keris pasupati - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  68. ^ "keris pendawa - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  69. ^ "keris pendua - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  70. ^ "keris penyalang - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  71. ^ "keris salang - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  72. ^ "keris sempana - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  73. ^ "keris sempena - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  74. ^ "keris sepukal - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  75. ^ "keris sundang - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  76. ^ "keris tempa Melaka - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  77. ^ "keris teterapan - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  78. ^ "keris wasiat - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 November 2012.
  79. ^ "petaram - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.
  80. ^ "senderik - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2012.

Pautan luar



Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "n" ada tetapi tag <references group="n"/> yang sepadan tidak disertakan