Madrid
Rencana ini perlu dikemas kini.(September 2022) |
Madrid merupakan ibu negara dan kota terbesar negara Sepanyol. Madrid berasal daripada perkataan Arab: المجريط, rumi: al-majrīṭ yang membawa maksud "air yang memancar" atau "mata air".[1] Madrid juga mempunyai jumlah penduduk yang ketiga paling banyak di Kesatuan Eropah, selepas London dan Paris. Pengaruh politik, ekonomi serta budayanya membina reuptasinya sebagai salah satu daripada bandar-bandar utama di dunia. Penduduk Madrid dipanggil madrileño (jamak: madrileños).
Bandar raya Madrid Villa de Madrid |
|||
|
|||
Moto: De Madrid al Cielo (Dari Madrid ke Syurga) | |||
Negara | Sepanyol | ||
---|---|---|---|
Komuniti berautonomi | Komuniti Madrid | ||
Penubuhan | Abad ke-9 | ||
Kerajaan | |||
- Datuk Bandar | Manuela Carmena | ||
Kawasan | |||
- Bandar | 234.4 batu persegi (607 km²) | ||
Kepadatan (2005) | |||
- Bandar | 3,228,359 | ||
- Metro | 5,561,748 | ||
Zon masa | CET (UTC+1) | ||
- Musim panas (DST) | CEST (UTC+2) |
Madrid terletak di tebing Sungai Manzanares di tengah-tengah Sepanyol, di antara komuniti berautonomi Castilla y León dan Castilla-La Mancha. Oleh sebab hasil ekonomi, taraf kehidupan dan saiz pasarannya, Madrid boleh dianggap sebagai pusat kewangan yang penting di Semenanjung Iberia. Kebanyakan syarikat Sepanyol yang besar serta tiga daripada 100 syarikat yang terbesar di dunia beribu pejabat di Madrid. Sebagai ibu kota Sepanyol, Madrid merupakan lokasi bangunan-bangunan kerajaan dan tempat kediaman rasmi kerabat diraja negara tersebut. Datuk bandar Madrid kini ialah Alberto Ruiz-Gallardon.
Bangunan-bangunan di Madrid yang terkenal termasuklah Istana Diraja Madrid, Bangunan Panggung Diraja, Taman Buen Retiro, Perpustakaan Kebangsaan, muzium arkeologi ternama, dan tiga muzium seni, iaitu Muzium Prado, Muzium Kebangsaan Pusat Seni Ratu Sofia (Museo Nacional Centro de Arte Reina Sofía) serta Muzium Thyssen-Bornemisza.
Jumlah penduduk dalam sempadan bandar ialah 3.5 juta, manakala jumlah penduduk termasuk kawasan urban ialah 5.5 juta. Jumlah penduduk metropolitan Madrid dianggar sebanyak 5.84 juta.
SejarahSunting
GeografiSunting
Suhu dan iklimSunting
EkonomiSunting
PengangkutanSunting
RujukanSunting
- ^ Khayat, Ikram. "Algunos aspectos de la influencia del árabe en la lengua española" (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 20 January 2022. Dicapai pada 26 December 2021.
Pautan luarSunting
- Laman sesawang rasmi kota Madrid (dalam bahasa Sepanyol)
- Laman sesawang pelancongan dan dagangan rasmi kota Madrid (dalam bahasa Inggeris)
- Laman rasmi Madrid dalam portal pelancongan negara Sepanyol (dalam bahasa Inggeris)
Rencana berkenaan geografi dan tempat di Sepanyol ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |