Semenanjung Iberia

Semenanjung Iberia atau lebih dikenali sebagai Iberia sahaja merupakan sebuah semenanjung yang terletak di barat daya Eropah dan ia merangkumi kawasan negara berdaulat pada hari ini iaitu Sepanyol, Portugal, Andorra dan Wilayah Luar Negeri British Gibraltar. Semenanjung ini adalah salah satu daripada tiga semenanjung Eropah selatan (dua yang lain ialah Semenanjung Itali dan Semenanjung Balkan). Di selatan dan timur, ia bersempadan dengan Laut Mediterranean, dan di utara dan barat dengan Lautan Atlantik. Pergunungan Pyrene membentuk pinggir semenanjung ini, menjadikan ia bersambung dengan bahagian Eropah yang lain.Di selatan, ia mendekati pantai utara Afrika. Semenanjung ini adalah semenanjung kedua terbesar di Eropah dengan keluasan 582 860 km². Nama "Iberia" juga telah digunakan sejak zaman Yunani dan Rom Purba untuk sebuah wilayah lain di sudut bertentangan dengan Eropah, Iberia Caucasian, dalam negara Georgia sekarang.

Gambar satelit Semenanjung Iberia

Geografi

sunting

Pembahagian kawasan

sunting

Pembahagian siasah Semenanjung Iberia yang diisih mengikut keluasan

Negara/
kawasan
Jumlah penduduk[1] km2 batu persegi % batu persegi Perkongsian
  Sepanyol 43,500,000 505,519 195,182 85% menduduki kebanyakkan kawasan semenanjung
  Portugal 10,000,000 89,261 34,464 15% menduduki kebanyakkan kawasan barat semenanjung
  Perancis 12,035 540 210 <1% Cerdagne Perancis adalah sisi selatan banjaran Pyrene di antara Sepanyol dan Perancis, maka ia teknikalnya berada dalam semenanjung Iberia[2]
  Andorra 84,082 468 181 <1% terletak di sebelah utara semenanjung di selatan pergunungan Pyrene di antara Sepanyol dan Perancis
  Gibraltar 29,431 7 3 <1% sebuah wilayah luar negeri British di penghujung paling selatan semenanjung

Bandar-bandar utama

sunting
Senarai bandar raya di semenanjung Iberia mengikut jumlah penduduk
Bandar raya/bandar Kawasan dan negara Jumlah penduduk (2011–12) Bandar raya/bandar Kawasan dan negara Jumlah penduduk (2011–12)
1 Madrid Madrid, Sepanyol 3,233,527   11 Córdoba Andalusia, Sepanyol 328,841
2 Barcelona Catalonia, Sepanyol 1,620,943   12 Valladolid Castile dan León, Sepanyol 311,501
3 Valencia Valencia, Sepanyol 797,028   13 Vigo Galicia, Sepanyol 297,733
4 Seville Andalusia, Sepanyol 702,355   14 Vila Nova de Gaia Norte, Portugal 288,749
5 Zaragoza Aragon, Spain 679,624   15 Gijón Asturias, Sepanyol 277,554
6 Málaga Andalusia, Sepanyol 567,433   16 L'Hospitalet Catalonia, Sepanyol 257,057
7 Lisbon Lisboa, Portugal 547,631   17 A Coruña Galicia, Spain 246,146
8 Murcia Murcia, Sepanyol 441,354   18 Vitoria-Gasteiz Negara Basque, Sepanyol 242,223
9 Bilbao Negara Basque, Sepanyol 351,629   19 Porto Norte, Portugal 237,559
10 Alicante Valencia, Sepanyol 334,678   20 Granada Andalusia, Spain 239,017

Rujukan

sunting
  1. ^ Populasi hanya termasuk di kawasan tanah besar Sepanyol (tidak termasuk Kepulauan Balearic, Kepulauan Canary, Ceuta dan Melilla), tanah besar Portugal (tidak termasuk Madeira dan Azores), Andorra dan Wilayah Luar Negeri British Gibraltar.
  2. ^ Contohnya, sungai Segre, yang mengalir ke barat dan kemudiannya ke selatan, bertemu di sungai Ebro yang sumbernya dari sebelah Perancis.

Lihat juga

sunting