18 Mac
tarikh
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
18 Mac merupakan hari ke-77 (hari ke-78 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 288 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Bendera di Aruba (1976)
Peristiwa
sunting- 37 – Senat Rom membatalkan wasiat Tiberius lalu mengisytiharkan Caligula sebagai maharaja.
- 1229 - Perang Salib Keenam: Maharaja Suci Rom Frederick II mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Jerusalem selepas kematian isterinya.
- 1241 – Kraków dibinasakan oleh puak Mongol.
- 1438 - Albert II dari Habsburg menjadi Raja Romawi, pemerintah Jerman di Empayar Suci Rom.
- 1766 – Revolusi Amerika: Parlimen British menarik balik Akta Setem yang disambut dingin di kalangan jajahan British.
- 1771 - Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa yang telah diserang oleh para pemberontak Kedah dengan bantuan orang-orang Bugis telah menulis surat kepada Gabenor Inggeris di Madras untuk memohon bantuan.
- 1921 - Perang Poland–Soviet berakhir secara rasmi melalui pemeteraian Perdamaian Riga, menetapkan sempadan di antara Republik Poland dan Rusia Soviet.
- 1922 - Mahatma Gandhi dipenjarakan selama enam tahun kerana mencetuskan keingkaran awam.
- 1937 – Perang Saudara Sepanyol: Angkatan Republikan Sepanyol menumpaskan tentera Itali di Pertempuran Guadalajara.
- 1938 – Mexico memiliknegarakan semua harta minyak milik asing dalam sempadannya.
- 1944 – Letusan Gunung Vesuvius di Itali mengorbankan 26 orang sambil menyebabkan beribu-ribu orang mengosongkan tempat tinggal.
- 1959 – Presiden Dwight D. Eisenhower menandatangani rang undang-undang yang membolehkan Hawaii mencapai taraf kenegerian yang dirasmikan pada 21 Ogos.
- 1965 - Angkasawan Rusia Aleksei Leonov memakai sut angkasa lepas lalu keluar dari kapal angkasa lepas Voskhod 2 (gambar sendat udara dan sut), dengan itu menjadi orang pertama berjalan di angkasa lepas.
- 1966 - Parti Tindakan Demokratik (DAP) ditubuhkan di Malaysia.
- 1970 – Lon Nol menggulingkan Putera Norodom Sihanouk dari Kemboja.
- 1974 – Krisis sekatan minyak: Kebanyakan negara anggota OPEC menamatkan sekatan perdagangan minyak terhadap Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun selama lima bulan.
- 1989 – Di Mesir, mumia berusia 4,400 tahun ditemui berhampiran Piramid Khufu.
- 2003 – Ejen-ejen FBI menyerbu ibu pejabat korporat HealthSouth Corporation di Birmingham, Alabama untuk menyiasat penipuan korporat besar-besaran yang didalangi oleh para eksekutif tertingginya.
- 2003 – Bahasa Isyarat British diikitraf sebagai sebuah bahasa sah di United Kingdom.
- 2011 – Kuar angkasa lepas NASA MESSENGER menjadi kapal angkasa lepas pertama mengorbit Utarid.
- 2011 – Para pekerja berusaha membendung radiasi selepas satu siri kemalangan loji kuasa nuklear akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun.
- 2012 – Joachim Gauck terpilih sebagai Presiden Jerman.
- 2012 – Pemandu McLaren-Mercedes Jenson Button memenangi perlumbaan pembukaan Formula Satu musim 2012 Grand Prix Australia.
Kelahiran
suntingKematian
sunting- 2012 - Raja Tonga Siaosi Tupou V (63 tahun).