Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II
Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II adalah Sultan Kedah ke-19. Baginda merupakan putera kepada Sultan Abdullah al-Mu'azzam Shah dan Che Puan Paduka Bonda Wan Nang Mas binti Sultan Muhammad Abdul Jalil Karimullah Mualim Shah (Raja Patani).
Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II محمد جيوا زين العابدين معظم شاه ٢ | |||||
---|---|---|---|---|---|
al-Azizzu ul-Mulk al-Qadir al-Ghalib Ghahr al-Maghlub, us-Sultan Khalifatu’llah ‘Ala Da’irah Kedah Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kedah Darul Aman | |||||
Pemerintahan | 1710–1778 | ||||
Didahului oleh | Sultan Ahmad Tajuddin I | ||||
Diikuti oleh | Sultan Abdullah Mukarram Shah | ||||
Keputeraan | 1699 | ||||
Kemangkatan | 23 September 1778 (umur 78–79) Istana Baginda, Alor Star | ||||
Pemakaman | Makam Diraja Langgar | ||||
Pasangan | Nang Che’ Puan Paduka Bonda Tengku Putri serta dua orang lagi | ||||
Anakanda | Tunku Long Putra Shah Tunku Mangku Putra Sultan Abdullah Mukarram Shah Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II Tunku Rahimah Tunku Dayang | ||||
| |||||
Kerabat | Kedah | ||||
Ayahanda | Sultan Abdullah Muazzam Shah | ||||
Bonda | Wan Nang Mas | ||||
Agama | Islam |
Pertabalan
suntingKeberangkatan semula ke Kedah
suntingSetelah lamanya merantau bersama gurunya, Tuan Syeikh Abdul Jalil dan Hafiz Sab, maka timbul rasa kerinduan di hati baginda untuk pulang ke Kedah bagi melihat ayahanda dan bonda tercinta. Pada 28 Julai 1710, baginda mengajak Tuan Syeikh dan Hafiz Sab datang ke Kedah. Baginda, Tuan Syeikh dan Hafiz Sab telah belayar dengan menaiki baghalah milik orang Maskat dari India dan menuju ke Asia Tenggara. Baghlah baginda telah tiba di Pelabuhan Mergui, Burma dan ketika itu kapal Dato’ Seri Indera Segara Shahbandar juga singgah di situ dalam misi mencari baginda. Padahari kedua, Dato’ Seri Indera Segara Shahbandar bersama dua orang kanan menaiki sampan ke baghalah baginda untuk bertemu Tuan Syeikh.
Apabila masuk ke baghalah, baginda telah mengenali beliau dan menegurnya. Selepas itu, Dato’ Seri Indera Segara Shahbandar memaklumkan berita kemangkatan ayahandanya kepada baginda lalu disambut dengan tangisan. Tuan Syeikh dan Hafiz Sab amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa baginda adalah putera Sultan Kedah dan pewaris takhta. Berita penemuan baginda akhirnya sampai kepada Raja Laksamana dan Raja Bendahara. Rombongan kepulangan baginda tiba di Kuala Bahang dan disambut dengan penuh istiadat.
Pada 13 Oktober 1710, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-19 dan bersemayam di Kota Bukit Pinang. Baginda mengangkat puteranya, Tunku Long Putera sebagai Raja Tanah dan Tunku Anjang (Raja Laut).
Pemerintahan
suntingBaginda telah memperkenalkan mata wang emas dan perak bagi kegunaan perdagangan dalam negeri Kedah. Baginda bermuafakat bersama hemaah menteri untuk mengangkat Hafiz Sab sebagai Kadi bergelar Dato’ Maharaja Qadi dan Tuan Syekh Abdul Jalil Al Mahdi (Mufti).
Baginda bermuafat dengan jemaah menteri untuk membangunkan sebuah kota batu yang diberi nama Kota Setar, kini merupakan ibu negeri semasa, Alor Setar. Pada 30 Disember 1735, baginda bersama kaum kerabat dan Jemaah menteri telah berhijrah ke Kota Setar dan bersemayam di sana. Tahun 1738, baginda bermuafat dengan Jemaah menteri untuk membangunkan Kota Anak Bukit di Anak Bukit. Baginda juga membina Kota di Seberang Akar Peluru.
Baginda bermuafakat dengan jemaah menteri untuk mengangkat Tunku Abdullah sebagai pewaris takhta dan Tunku Dhiauddin (Raja Muda) memerintah Kayang hingga ke Setul. Pada 5 Jun 1740, istiadat pertabalan Tengku Abdullah sebagai pewaris takhta dan Tengku Dhiauddin (Raja Muda Kedah) telah diadakan. Tunku Long Putera berasa dukacita dan mengambil keputusan belayar ke Jambi manakala Tunku Anjang pula ke Padang Pariaman, Sumatera Barat.
Kemangkatan
suntingPada 23 September 1778, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- Mohamad Isa Othman (1990). Politik Tradisional Kedah 1681-1942. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9836215832.
Didahului oleh Sultan Ahmad Tajuddin I |
Sultan Kedah 1710 – 1778 |
Diikuti oleh: Sultan Abdullah Mukarram Shah |