Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I
Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I ialah Sultan Kedah ke-18. Baginda merupakan putera kepada Sultan Abdullah al-Mu'azzam Shah dan Che Puan Paduka Bonda Wan Nang Mas binti Sultan Muhammad Abdul Jalil Karimullah Mualim Shah (Raja Patani). Pada 22 September 1706, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-18 dan bersemayam di Kota Bukit Pinang.
Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I أحمد تاج الدين حليم شاه ١ | |||||
---|---|---|---|---|---|
Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kedah Darul Aman | |||||
Pemerintahan | 1706–1710 | ||||
Didahului oleh | Sultan Abdullah Mu'adzam Shah | ||||
Diikuti oleh | Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II | ||||
Kemangkatan | 15 Februari 1710 Istana Baginda, Kota Bukit Pinang | ||||
Pemakaman | Makam Diraja Langgar | ||||
| |||||
Kerabat | Kedah | ||||
Ayahanda | Sultan Abdullah Mu'adzam Shah | ||||
Bonda | Wan Nang Mas | ||||
Agama | Islam |
Baginda sering melawat sungai dengan menggunakan perahu. Apabila terlihat tebing sungai itu runtuh, maka timbulkan kerisauan baginda yang akan melarat ke Kota Langgar. Baginda telah bermuafakat dengan jemaah menteri untuk menimbus kuala Sungai Bukit Pinang dan ianya dilakukan oleh rakyatnya.
Pada tahun 1706, baginda telah menziarahi Raja Muda Tunku Ibrahim yang mangkat di Kota Limbong dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.
Baginda telah memberi kebenaran kepada seorang Cina berbangsa Hokkien yang bernama Lim Chok untuk menjalankan perniagaan kawah dan kuali di Kampung Nawa, Lesung, Pokok Sena
Baginda telah bermuafakat dengan Jemaah menteri untuk mengangkat Dato’ Seri Paduka Maha Menteri sebagai Raja Bendahara, Dato’ Seri Maharaja Putera Dewa (Dato’ Seri Paduka Maha Menteri), Dato’ Seri Paduka Tuan (Dato’ Seri Maharaja Putera Dewa) dan Maharaja Darma Wangsa (Seri Paduka Tuan).
Kemangkatan
suntingPada 15 Februari 1710, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Oleh kerana baginda tiada waris takhta, maka Jemaah menteri bersetuju memasyhurkan Raja Bendahara sebagai pemangku mengikut adat. Oleh kerana Tengku Muhammad Jiwa telah merantau selama 6 tahun tanpa sebarang khabar berita, Raja Bendahara memerintahkan Dato’ Karma Jaya mencari di sebelah Sumatera dan Jawa manakala Dato’ Seri Indera Mambang Segara Shahbandar di bahagian Burma dan India.
Didahului oleh Sultan Abdullah Mu'adzam Shah |
Sultan Kedah 1136-1179 |
Diikuti oleh: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II |