Angkasawan (Jawi: اڠکاساون, Mal., Sin., Bru. juga Ind.: antariksawan) ialah seseorang yang dilatih untuk mengarah, memandu, berkhidmat sebagai krew penerbangan kapal angkasa lepas. Secara umumnya mereka adalah pengembara profesional pergi ke angkasa lepas. Ini termasuklah saintis, ahli politik, wartawan dan pelancong.

Angkasawan Piers J. Sellers semasa misi STS-112

Takrifan sunting

Sehingga 2003, para angkasawan ditaja dan mendapat latihan secara ekslusif daripada kerajaan, sama ada tentera, pegawai awam atau kaki tangan agensi angkasa lepas. Tetapi mulai 2004, menerusi biaya pihak swasta, SpaceShipOne 2004, angkasawan perdagangan telah diwujudkan. Dengan adanya kapal angkasa pelancongan, NASA dan Agensi Kapal Angkasa Rusia telah sama-sama bersetuju membentuk kerjasama lebih bermakna .

Kriteria tentang penerbangan angkasa lepas telah berubah. Fédécatu Aéronautique Internationale (FAI) memberi definisi sebagai mana-mana kapal angkasa yang melepasi 100 km dari bumi. Di Amerika Syarikat pula, pegawai profesional, tentera, para angkasawan perdagangan yang melepasi 80 km boleh dianugerah sayap angkasawan.

Pada 4 Oktober 2007, seramai 463 orang dari 34 negara , 415 lelaki dan 48 perempuan telah menjejakkan kaki di orbit bumi paling rendah atau lebih tinggi. Seramai 26 orang telah melepasi orbit bumi , pergi ke orbit lunar atau menjejakkan kaki ke permukaan bulan. Menurut garis panduan FAI, 466 dikira layak dan menepati definisi Amerika Syarikat.Pengembara angkasa lepas telah menggunakan 30,400 tenaga manusia, bersamaann 83 tahun di angkasa lepas.

Pada 2007, Sergei K. Krikalev menghabiskan masa 803 hari, 9 jam dan 39 minit atu 2.2 tahun berada di angkasa lepas. Sunita L. Williams merupakan wanita yang berada di angkasa lepas selama 195 hari.

Peristilahan sunting

Barat sunting

Di negara-negara berbahasa Inggeris seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, seseorang profesional yang mengembara ke angkasa lepas dipanggil astronaut. Ia diakar dari bahasa Yunani di mana ἄστρον ástron bermaksud "bintang" dan ναύτης nautes bermaksud "kelasi". Istilah ini pertama kali digunakan Neil R. Jones dalam cerita pendek The Death's Head Meteor karya beliau pada 1930, ia kemudian dilanjutkan ke dalam konteks saintifik dan rasmi melalui penubuhan Kongres Keangkasawanan Antarabangsa (International Astronautical Congress) tahun 1950 serta Persekutuan Astronautik Antarabangsa pada tahun berikutnya.[1]

NASA menggunakan istilah ini untuk para angkasawannya yang melepasi sempadan Bumi yakni orbit, begitu juga dengan Agensi Angkasa Eropah.[2]

Rusia sunting

Rusia mengunakan istilah kosmonavt (Rusia: космонавт, bahasa Inggeris: cosmonaut) khususnya untuk para penerbang yang ditugaskan dalam Agensi Angkasa Persekutuan negara tersebut. Gelaran ini berasal dari gabungan kata bahasa Yunani κόσμος kosmos ("alam semesta") dan ναύτης nautes ("kelasi") diciptakan Mikhail Tikhonravov;[3][4] ia setaraf gelaran astronaut diberikan di negara-negara Barat lain.

Pada 14 Mac 1995, angkasawan Norman Thagard menjadi rakyat Amerika pertama menaiki kapal angkasa Rusia dan digelar cosmonaut Amerika.

China sunting

China menggunakan dua istilah berbeza: yǔhángyuán (宇航员 - "pengemudi alam")[5][6] untuk angkasawan secara umumnya manakala hángtiānyuán (航天员 - "pengemudi angkasa lepas") untuk angkasawan negara ini. Bagaimanapun, media Barat menggunakan istilah taikonaut.

Republik Rakyat China pernah menghantar angkasawan ke angkasa lepas. Negara-negara lain tidak berminat atau tidak berupaya menyertai perlumbaan ke angkasa lepas ini.

Malaysia sunting

Malaysia selaku negara Asia Tenggara pertama mengadakan program angkasa sendiri menggunakan istilah "angkasawan" hasil pengimbuhan kata "angkasa" (meminjam bahasa Sanskrit ākāśa आकाश[7]) bagi penerbang yang melepasi graviti Bumi. Sheikh Muszaphar Shukor menjadi rakyat Malaysia pertama bergelaran ini yang dilancarkan di bawah Program Angkasawan Negara kerajaan Malaysia.

Peristiwa sunting

Manusia pertama mengembara ke angkasa lepas ialah Yuri Gagarin pada 12 April 1961 menaiki kapal angkasa Vostok 1. Wanita pertama ialah rakyat Russia bernama Valentina Tereshkova pada Jun 1963 menaiki Vostok 6.

Alan Shepard menjadi orang Amerika dan orang ketua ke angkasa lepas pada 5 Mei 1961. Wanita Amerika pertama ke angkasa lepas ialah Sally Ride yang menaiki kapal angkasa Challenger misi STS-7 pada 18 Jun 1983.

Misi pertama pergi ke orbit bulan ialah Apollo 8 yang dipandu oleh William Anders . Beliau lahir di Hong Kong dan menjadi orang Asia pertama menjadi angkasawan pada 15 Oktober 2003. Yang Liwei menjadi rakyat China pertama menjadi angkasawan menerusi kapal angkasa Shenzhou 5.

Russia menerusi program Intercosmos telah membenarkan ramai rakyat dari negara-negara sosialis pergi ke angkasa lepas. Contohnya Vladimir Remek menjadi rakyat Czech pertama ke angkasa lepas menerusi roket Russia, Soyuz. Pada 23 Julai 1980 , Pham Tuan menjadi rakyat Vietnam pertama menjadi orang Asia Tenggara ke angkasa lepas menerusi Soyuz 37. Pada 1980 , rakyat Cuba bernama Arnaldo Tamayo Méndez menjadi orang keturunan Afrika pertama ke angkasa lepas. Kelahiran Afrika pertama ke angkasa lepas ialah Patrick Baudry.

Fakta menarik sunting

Umur sunting

Angkasawan termuda ialah rakyat Russia bernama Gherman Titov berumur 25 tahun menerusi kapal angkasa Vostok 2. Beliau juga orang pertama mendapat penyakit di angkasa. Angkasawan tertua ialah John Glenn yang ketika itu berumur 77 tahun , menaiki STS-95. Tinggal paling lama di angkasa lepas iaitu selama 438 hari ialah rakyat Russia, Valery Polykov.

Kapal angkasa yang pergi paling jauh ialah Apollo 13, sejauh 401,056 km.

Bukan kerajaan sunting

Angkasawan bukan tajaan kerajaan pertama ialah Byron K. Lichtenberg seorang penyelidik dari Institut Teknologi Massachusett yang terbang menerusi STS-9 pada 1983. Pada Disember 1980 , Toyohiro Akiyama menjadi orang pertama membayar pengembaraan ke angkasa lepas . Beliau ialah wartawan dari Sistem Penyiaran Tokyo , melawat Mir dengan kos $12 juta USD. Beliau dipanggil 'angkasawan penyelidik'. Malangnya beliau menderita sakit sepanjang ke angkasa lepas.

Rujukan sunting

  1. ^ IAF (16 Ogos 2010). "IAF History". International Astronautical Federation. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2011. Dicapai pada 16 Ogos 2010.
  2. ^ ESA (April 10, 2008). "The European Astronaut Corps". ESA. Diarkibkan daripada yang asal pada December 20, 2008. Dicapai pada December 28, 2008.
  3. ^ Brzezinski, Matthew (2007). Red Moon Rising: Sputnik and the Hidden Rivalries That Ignited the Space Age. New York: Henry Holt & Co. m/s. 108. ISBN 978-0-8050-8147-3.
  4. ^ Mike Gruntman (2004). Blazing the Trail: The Early History of Spacecraft and Rocketry. Reston, VA: AIAA. m/s. 326. ISBN 9781563477058.
  5. ^ "Ян Ливэй – первый китайский космонавт, совершивший первый в Китае пилотируемый космический полет" [Yang Liwei, the first Chinese astronaut who has made China's first manned space flight] (dalam bahasa Russian). fmprc.gov.cn. October 13, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada September 29, 2007. Dicapai pada October 4, 2007.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Chinese embassy in Russia press-release" (dalam bahasa Russian). ru.china-embassy.org. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2007. Dicapai pada October 4, 2007.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 125. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini (PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 11. ISBN 979-459-416-4.[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting