Yuri Alekseyevich Gagarin (9 Mac 1934 – 27 Mac 1968) merupakan seorang kosmonaut Soviet. Pada 12 April 1961, beliau menjadi manusia pertama ke angkasa lepas dan masuk orbit Bumi. Banyak anugerah yang beliau terima dari pelbagai negara kerana menjadi perintis alam semesta.

Yuri Alekseyevich Gagarin
Юрий Алексеевич Гагарин
Yuri Gagarin dengan pingat
Kelahiran(1934-03-09)9 Mac 1934
Klushino, Smolensk Oblast, RSPS Rusia, Kesatuan Soviet
Meninggal dunia27 Mac 1968(1968-03-27) (umur 34)
DikebumikanKremlin Wall Necropolis
Warganegara Kesatuan Soviet
PekerjaanTentera Udara Soviet, Juruterbang
AnugerahWira Kesatuan Soviet
Order of Lenin
Juruterbang-Kosmonaut Kesatuan Soviet
Kerjaya angkasa
Kosmonaut
PangkatPolkovnik, Tentera Udara Soviet
Tempoh di angkasa
1 jam, 48 minit
PemilihanAir Force Group 1
MisiVostok 1
Tandatangan

Kehidupan awal sunting

Yuri Gagarin telah dilahirkan di kampung Klushino berdekatan Gzhatsk (sekarang di Wilayah Smolensk, Rusia), pada 9 Mac 1934. Bandar bersebelahan Gzhatsk dinamakan semula sempena Gagarin pada 1968 untuk menghargai jasanya. Bapanya, Alexei Ivanovich Gagarin dan ibunya Anna Timofeevna Gagarina mempunyai ladang bersama,[1] dan bapanya mahir dalam pertukangan kayu sementara ibunya menjadi penternak tenusu. Yuri Gagarin ialah anak ketiga dari empat adik beradik. Kakak menjaga adik-adik semasa ibu bapanya berkerja.

Gagarin termasuk dalam keluarga miskin Soviet yang terkesan akibat pencerobohan tentera Jerman Nazi ke kawasan Soviet. Dua bapa saudaranya ditahan oleh tentera Nazi dan dibawa pergi untuk menjadi buruh paksa pada 1943, dan tidak pulang hingga selepas perang pada 1945.[2][3] Yuri terpaksa pula menghentikan pendidikannya seketika seawal tahun pertama kerana sekolahnya dimusnahkan oleh pihak Nazi. Beliau meneruskan pendidikannya pada 1946 di Gzhantsk. Yuri sangat meminati bidang angkasa lepas dan planet-planet dan ingin mengembara ke angkasa lepas. Yuri dilihat oleh guru-gurunya sebagai pintar dan rajin, tetapi sekali sekala nakal.

Selepas bekerja sebagai perantis di bengkel besi berat/faundri, Gagarin dipilih menjalani latihan lanjut di sekolah tinggi teknikal di Saratov. Semasa di sana, beliau menyertai "AeroClub" dan menimba ilmu penerbangan satu pesawat ringan, sebagai satu hobi sahaja. Pada tahun 1955, selepas tamat persekolahan teknikal, dia menyertai latihan penerbangan tentera di Akademi Penerbangan Orenburg. Semasa di sana beliau bertemu dengan Valentina Goryacheva dan mereka berkahwin pada 1957. Beliau menerima sayap penerbangan sebagai juruterbang pesawat MiG-15. Kemudian diterima bertugas di pangkalan udara Luostari di Murmansk Oblast dekat sempadan Norway. Tingginya hanya 1.57 m dan sesuai masuk dalam kokpit Vostok.

Kerjaya angkasawan sunting

Pada 1960, Yuri Gagarin terpilih dari 19 orang angkasawan lain untuk Program Angkasawan Rusia. Beliau diuji dari segi ketahanan fizikal dan psikologikal. Selain beliau ialah Gherman Titov kerana prestasi cemerlang mereka dalam latihan. Beliau melepasi syarat tertinggi CPSU untuk membawa misi penerbangan bersejarah. Yuri Gagarin terpilih kerana berpendidikan didikan sederhana, personaliti yang mesra, berani, berbanding Titov yang memiliki pendidikan kelas menengah serta tingkah laku yang kurang mesra. Nama "Gagarin" juga merupakan nama keluarga bangsawan Tsar.

Penerbangan angkasa Vostok 1 sunting

Yuri Gagarin pada 12 April 1961 menjadi manusia pertama ke angkasa lepas dengan Vostok 3KA-2 (Vostok 1). Sepanjang penerbangan, Gagarin bersiul lagu "Tanah Air Mendengar, Tanah Air Tahu" (Rusia: "Родина слышит, Родина знает"). Dua baris pertama lagu "Tanah air mendengar, di mana anak lelakinya terbang masuk langit". Lagu patriotik ini ditulis oleh Dmitri Shostakovich pada 1951 dengan lirik oleh Yevgeniy Dolmatovsky. Ketika masih di orbit, Gagarin dinaikan pangkat dari Leftenan kepada pangkat Major.

Terdapat kebimbangan bahawa rekod penerbangan angkasa lepas orbit Gagarin untuk tempoh, ketinggian dan jisim terangkat tidak akan diiktiraf oleh Fédération Aéronautique Internationale (FAI), badan induk dunia untuk menetapkan piawaian dan menyimpan rekod di lapangan, yang pada masa itu memerlukan juruterbang mendarat dengan kapal itu. Mengikut tafsiran formal peraturan FAI, penerbangan angkasa lepas akan dianggap sebagai "penerbangan angkasa lepas manusia yang belum selesai", sekali gus menyebabkan misi Alan Shepard menjadi "penerbangan angkasa lepas" pertama. Rekod penerbangan angkasa Gagarin bagaimanapun telah diperakui dan disahkan semula oleh FAI, yang menyemak semula peraturannya, dan mengakui bahawa langkah penting dalam pelancaran, orbit, dan pemulangan juruterbang yang selamat telah dicapai.[4][5][6][7][8][9]

Ada spekulasi di media massa tentang komen Yuri Gagarin "Saya tidak nampak dewa di angkasa lepas." Dalam satu temu ramah dengan kawan rapat Gagarin, Kolonel Valentin Petrov pada 2006, Yuri berkata bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan ungkapan tersebut. Sebenarnya, ungkapan tersebut diucapkan oleh Nikita Khrushchev dalam satu sesi plenum dalam Jawatankuasa Pusat CPSU di mana banyak tokoh antiagama terlibat.

Gagarin pulang ke bumi dengan selamat dan disambut oleh Nikita Khrushchev dan mengumumkan bahawa Kesatuan Soviet sebagai "penganjur semua kejayaan". Khrushchev menggunakan pencapaian Gagarin sebagai satu pengesahan dasarnya dalam memperkukuhkan tentera Soviet dengan kuasa peluru berpandu. Kos terhadap program angkasawan ini menyumbang kepada kejatuhan Khrushchev.

Selepas penerbangan, Gagarin menjadi selebriti seluruh dunia, melawat Itali, Jerman, Kanada, dan Jepun untuk mempromosi pencapaian Soviet.

Pada 1962, beliau dilantik sebagai timbalan dalam Supreme Soviet. Kemudian kembali ke Star City, menyediakan reka bentuk kapal angkasa yang lebih sesuai pada masa depan yang boleh diguna berkali-kali.

Kematian dan warisan sunting

Gagarin menjadi timbalan pengarah latihan di Star City. Beliau juga diktiraf sebagai juruterbang pesawat pejuang. Pada 27 Mac 1968, beliau dan jurulatih penerbangan mati dalam pesawat MiG-15UTI ketika dalam latihan penerbangan biasa di bandar Kirzhach. Punca kemalangan tidak diketahui. Namun begitu pada 1986, kebakaran pada Su-11 'Fishpot-C' dikatakan mungkin menjadi penyebab kemalangan tersebut. Cuaca juga buruk hingga menyebabkan pesawat terhempas.

Dalam buku Alexei Leonov bertajuk 'Two Sides of the Moon' menceritakan semasa dia dalam helikopter, dia terdengar dua letupan bom. Yuri Gagarin mungkin terbang rendah hingga menyebabkan tidak dapat dikawal. Bunyi pertama mungkin bunyi brek dan letupan kedua mungkin bunyi pelanggaran.

Teori terbaru pada 2005 ialah pintu kabin terbuka hingga menyebakan kehilangan tekanan oksigen.

Dua keping duit syiling Soviet Rusia dalam nilai 1 ruble (1981 tembaga nikel) dan 3 ruble (1991 - perak) sempena ulang tahun kejeyaan angkasawan Rusia ke 20 dan ke-30 tahun. Pada tahun 2001, 4 keping syiling bernilai 2 ruble (tembaga nikel ) dan 3 ruble (perak) dan 10 ruble ( tembaga brass dan nikel ) , 100 ruble ( perak) dikeluarkan .

Yurin Gagarin dikebumikan di Seregin dekat dinding Kremlin di Red Square.

Pada 12 April 2007, Kremlin mengumumkan siasatan baru terhadap punca kematian Yuri Gagarin.

Anugerah dan penghargaan sunting

Pingat dan darjat sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Tito, Dennis (13 November 2006). "Yuri Gagarin". Time Europe. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2008.
  2. ^ Rodgers, Paul (3 April 2011). "Yuri Gagarin: the man who fell to Earth". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2011.
  3. ^ Bizony, Piers (14 March 2011). "First man of Space – the flight and plight of Yuri Gagarin". Engineering & Technology. 6 (3). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2013.
  4. ^ Lewis, Cathleen (12 April 2010). "Why Yuri Gagarin remains the first man in space, even though he did not land inside his spacecraft". National Air and Space Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2019. Dicapai pada 12 June 2019.
  5. ^ "Yuri Gagarin: Who was the first person in space?". BBC. Dicapai pada 13 July 2022.
  6. ^ "Famous milestones in space". MSN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 July 2022.
  7. ^ "World Air Sports Federation's Sporting Code Section 8: Astronautics" (PDF). World Air Sports Federation. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 July 2004. Dicapai pada 22 July 2022.
  8. ^ "Geek Trivia: A leap of fakes". Dicapai pada 18 August 2016.
  9. ^ "Gagarin's Falsified Flight Record". Seeker (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 July 2022.
  10. ^ Shapiro, Henry (14 April 1961). "Soviets give Yuri hero's welcome". The Press Democrat. Santa Rosa, California. UPI. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2019. Dicapai pada 1 April 2019 – melalui Newspapers.com.
  11. ^ "Moscow goes wild about spaceman". The Courier-News. Bridgewater, New Jersey. Associated Press. 14 April 1961. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2019. Dicapai pada 2 April 2019 – melalui Newspapers.com.
  12. ^ "Gagarin's honors piling up fast". The Springfield News-Leader. Springfield, Missouri. Associated Press. 15 April 1961. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2019. Dicapai pada 3 April 2019 – melalui Newspapers.com.
  13. ^ Ryan, William L. (27 July 1961). "Castro to unify his gains". The Morning News. Wilmington, Delaware. Associated Press. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2019. Dicapai pada 2 April 2019 – melalui Newspapers.com.

Pautan luar sunting