Orang Mongol

(Dilencongkan dari Mongol)

Nama Mongol (Bahasa Mongol: Монгол Mongol) memaksudkan satu atau lebih golongan etnik ang tertumpu di Mongolia, China, dan Rusia.

Mongol
Kanak-kanak MongolGenghis KhanChabi
Ahli gustiBogd Khan
Kawasan ramai penduduk
 Republik Rakyat China (5.8 juta)
 Mongolia (2.4 juta)
 Rusia (0.5 juta)
Bahasa
Bahasa-bahasa Mongolik
Agama
Predominantly Agama Buddha Tibet dan Shamanisme, golongan minoriti Islam, Kristian, Ateisme
Kumpulan etnik berkaitan
Khalkha, Daur, Buryats, Dorbots, Kalmyks, Oirats, Chahar, Tümed, Ordoses, Bayad, Dariganga, Urianhai, Üzemchin, Zakhchin.

Definisi sunting

Satu takrifan yang terperinci bagi "Mongol" merangkumi golongan Mongol sebenar (yang menggelar diri mereka Monggol), yang boleh dibahagi kepada orang Mongol timur dan barat. Tetapi dalam erti yang lebih luas, orang Mongol termasuk semua orang yang bertutur dalam suatu bahasa Mongolik, seperti golongan Kalmyk di Eropah Timur.

Nama Monggol yang terawal pernah dijumpai terdapat dalam catatan dinasti Tang China abad ke-8, tetapi sejak itu timbul lagi selepas tiga abad ketika pemerintahan Khitan.[1] Mula-mulanya "Mongol" memaksudkan beberapa puak kecil yang tertumpu di kawasan Sungai Onon. Pada abad ke-13, takrifan itu berkembang menjadi istilah sepunya untuk sekelompok besar puak-puak Mongolik dan Turkic yang bersatu di bawah pemerintahan Genghis Khan.

Asal-usul terperinci mengenai bahasa-bahasa Mongolik dan puak-puak berkenaan amat samar-samar. Beberapa orang penyelidik percaya bahawa mereka berkembang daripada sebuah kumpulan serpihan Tungusik; yang lain percaya bahawa adanya perngaruh Paleosiberia.[1]

Taburan geografi sunting

Kini, orang berketurunan Mongol tinggal Mongolia, China (Mongolia Tengah), Rusia, dan beberapa negara Asia tengah yang lain.

Pembezaan antara puak-puak dan bangsa-bangsa ditangani dengan cara berbeza mengikut negara. Orang-orang Tumed, Chahar, Ordos, Bargut (atau Barga), Buryats, Dörböd, Torguud, Dariganga, Üzemchin (atau Üzümchin), Bayid, Khoton, Mingad, Zakchin, Darkhad, dan Oirat (atau Öölds atau Ölöts) semuanya dikira sebagai puak-puak Mongol.

Orang-orang Mongol lain yang juga tersebar jauh termasuk orang-orang Moghol, Hazara, dan Aimak di Afghanistan dan Iran.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Mongolia: Ethnography of Mongolia". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2007-07-22.

Pautan luar sunting