John Winston Howard AC, SSI, (lahir 26 Julai 1939) merupakan Perdana Menteri Australia yang ke-25, mulai 11 Mac 1996 hingga 3 Disember 2007. Beliau merupakan Perdana Menteri kedua paling lama berkhidmat selepas Sir Robert Menzies.


John Howard

Perdana Menteri Australia ke-25
Pilihanraya: 1996, 1998, 2001, 2004, 2007
Dalam jawatan
11 Mac 1996 – 3 Disember 2007
RajaElizabeth II
William Deane
Peter Hollingworth
Michael Jeffery
TimbalanTim Fischer (1996–99)
John Anderson (1999–05)
Mark Vaile (2005–07)
Didahului olehPaul Keating
Digantikan olehKevin Rudd
Bendahari Australia ke-29
Dalam jawatan
19 November 1977 – 11 Mac 1983
Perdana MenteriMalcolm Fraser
Didahului olehPhillip Lynch
Digantikan olehPaul Keating
Ketua Pembangkang ke-22
Pilihan raya: 1987, 1996
Dalam jawatan
5 September 1985 – 9 Mei 1989
TimbalanNeil Brown (1985–87)
Andrew Peacock (1987–89)
Didahului olehAndrew Peacock
Digantikan olehAndrew Peacock
Dalam jawatan
30 Januari 1995 – 11 Mac 1996
TimbalanPeter Costello
Didahului olehAlexander Downer
Digantikan olehKim Beazley
Anggota Parlimen Australia
untuk Bennelong
Dalam jawatan
18 Mei 1974 – 24 November 2007
Didahului olehJohn Cramer
Digantikan olehMaxine McKew
Butiran peribadi
Lahir (1939-07-26) 26 Julai 1939 (umur 85)
Sydney, New South Wales, Australia
Parti politikParti Liberal Australia
PasanganJanette Howard
KediamanWollstonecraft, New South Wales[1]
Alma materUniversiti Sydney
ProfesionPeguam cara
Tandatangan

Howard merupakan ahli Dewan Perwakilan dari tahun 1974 hingga 2007, mewakili Bahagian Bennelong, New South Wales. Beliau berkhidmat sebagai Bendahari di bawah pentadbiran Fraser dari tahun 1977 hingga 1983. Beliau menjadi Ketua Parti Liberal dan Ketua Pembangkang dari tahun 1985 hingga 1989, dan sekali lagi pada tahun 1995.

Howard memenangkan parti campuran Liberal-Kebangsaan pada pilihan raya 1996 dengan mengalahkan kerajaan Buruh pimpinan Paul Keating, sekaligus menamatkan 13 tahun kewujudan campuran pembangkang. Kerajaan Howard dipilih semula pada pilihanraya-pilihanraya 1998, 2001 dan 2004, sambil menikmati zaman pertumbuhan ekonomi kukuh dan kemakmuran sepanjang pemerintahannya.[3] Pemerintahan Howard berdepan dengan pelbagai isu seperti pencukaian, hubungan industri, imigresen, perang di Iraq, dan hubungan dengan Pribumi. Kerajaan campuran Howard tewas pada pilihan raya persekutuan 2007 oleh Parti Buruh pimpinan Kevin Rudd. Howard juga kehilangan kerusi parlimen sendiri di pilihan raya itu; dialah Perdana Menteri Australia kedua yang mengalami nasib sedemikian selepas Stanley Bruce pada tahun 1929.

Rujukan

sunting
  1. ^ Dasey, Daniel; Koutsoukis, Jason (28 October 2007). "Are the Howards getting ready to move back in?". The Age. Fairfax Media. Dicapai pada 6 Ogos 2011.
  2. ^ "Having faith in politics". canberratimes.com.au. 15 Julai 2010. Dicapai pada 21 Julai 2010.
  3. ^ John Stone, John Stone, Growth, Jobs, and Prosperity, Quadrant. January–February 2009, Quadrant.org.au, dicapai pada 25 April 2010


Pautan luar

sunting