Buka menu utama

Kevin Michael Rudd (IPA: /kɛvən ɹʌd/) (lahir 21 September 1957) merupakan Perdana Menteri Australia ke-26 dan ketua Parti Buruh Australia. Beliau menjadi Perdana Menteri buat kali pertama selepas menewaskan John Howard dan Parti Liberal Australia dalam pilihan raya November 2007. Beliau menjadi Perdana Menteri mulai Disember 2007 hingga memberi laluan kepada Julia Gillard pada Jun 2010. Julia Gillard kemudian memberi laluan kembali kepada beliau pada Jun 2013.

The Honourable

Kevin Rudd

MP
Kevin Rudd DOS cropped.jpg
Perdana Menteri Australia ke-26
Dalam jawatan
27 Jun 2013 – 18 September 2013
RajaElizabeth II
Quentin Bryce
TimbalanAnthony Albanese
Didahului olehJulia Gillard
Digantikan olehTony Abbott
Dalam jawatan
3 Disember 2007 – 24 Jun 2010
RajaElizabeth II
Michael Jeffery
Quentin Bryce
TimbalanJulia Gillard
Didahului olehJohn Howard
Digantikan olehJulia Gillard
Ketua Parti Buruh Australia
Memegang jawatan
26 Jun 2013
TimbalanAnthony Albanese
Didahului olehJulia Gillard
Dalam jawatan
4 Disember 2006 – 24 Jun 2010
TimbalanJulia Gillard
Didahului olehKim Beazley
Digantikan olehJulia Gillard
Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
13 September 2010 – 22 Februari 2012
Perdana MenteriJulia Gillard
Didahului olehStephen Smith
Digantikan olehBob Carr
Ahli Parlimen Australia
untuk Griffith
Memegang jawatan
3 Oktober 1998
Didahului olehGraeme McDougall
Butiran peribadi
LahirKevin Michael Rudd
(1957-09-21) 21 September 1957 (umur 61)
Nambour, Australia
Parti politikParti Buruh
PasanganThérèse Rein
Anak-anak3
Alma materUniversiti Kebangsaan Australia
Tandatangan
Laman sesawangTapak web PM
Tapak web peribadi

Isi kandungan

Kerjaya politikSunting

Sebelum menjadi seorang ahli politik, Rudd menyertai perkhidmatan awam. Pada 1981, beliau bekerja di Jabatan Hal Ehwal Luar dan berkhidmat sebagai duta ke Sweden dan Republik Rakyat China (di mana beliau belajar Bahasa Mandarin dan masih fasih). Pada 1998, Rudd bertanding dan memenangi sebuah kerusi di Parlimen Australia. Pada 2001, beliau menjadi Menteri Luar Bayang dan mengkritik dasar Perdana Menteri John Howard menyokong Amerika Syarikat dalam Perang Iraq.

Pada 4 Disember 2006, Rudd dipilih sebagai ketua Parti Buruh Australia. Hampir setahun kemudian, beliau memimpin partinya menewaskan Parti Liberal Australia dalam pilihan raya 2007.

Meletak jawatanSunting

Pada 24 Jun 2010, Kevin Rudd dicabar oleh timbalannya Julia Gillard. Setelah tidak lagi mendapat sokongan, Kevin Rudd meletak jawatan Perdana Menteri dan ketua Parti buruh Australia. Julia Gillard ambil alih kuasa dan mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Australia wanita yang pertama. Oleh kerana Gillard sekarang pemimpin parti yang berkuasa dalam parlimen, pelantikannya sebagai perdana menteri hanya sebagai formaliti.

Timbalan Perdana Menteri Julia bertindak mencabar Kevin bagi kepemimpinan kerajaan. Beberapa ahli parlimen menyuarakan kebimbangan mereka mengenai peluang tipis Parti Buruh dalam pilihan raya umum Australia 2010 jika Rudd masih menjadi pemimpin.

Dasar Kevin tidak digemari terutama berhubung penangguhan rancangan perdagangan karbon dan usla perlombongan. Langkah ini selaras dengan Persidangan Copenhagen yang mahu kuala alam sekitar diutamakan.[2] [3]

Pada 11 September 2010, setelah terbentuknya kerajaan minoriti Buruh selepas pilihan raya 2010, diumumkan bahawa Rudd menjadi Menteri Luar negaranya dalam jemaah menteri pimpinan Gillard.[4]

Perdana Menteri kembaliSunting

Pada 26 Jun 2013, Julia Gillard memanggil pemilihan menentukan sama ada beliau kekal ketua Parti Buruh Australia. Rudd memenangi undian ini 57–45, dan menjadi ketua parti buat kali kedua.[5]

Lantas Julia Gillard meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Australia. Selepas meminta nasihat undang-undang daripada pemangku Peguam Cara Negara Robert Orr, Gabenor Jeneral Quentin Bryce mempelawa Rudd mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua pada 27 Jun 2013.[6]

RujukanSunting

Pautan luarSunting