Yuna (EP)

Yuna ialah album EP eponim oleh penyanyi Yuna yang dikeluarkan pada 12 Oktober 2008 menerusi syarikat rakaman miliknya Yuna Room Records.[1] Ini merupakan percubaan pertama Yuna bersama kugirannya untuk menembusi pasaran bebas yang bertumpu di Kuala Lumpur. Kejayaan dua singlenya yang berjudul "Deeper Conversation" dan "Backpacking Around Europe" menjadikan single Bahasa Melayu pertamanya yang berjudul "Dan Sebenarnya" menarik perhatian penggemar muzik arus perdana.[2][3]

Yuna
Yuna - Yuna EP.jpg
EP oleh
Dilancarkan pada
12 Oktober 2008 (2008-10-12)
GenrePop
SyarikatYuna Room Records
PenerbitAG Coco, Nic Nac, Yuna Zarai
Kronologi Yuna
Demo
(2008)
Yuna
(2008)
Decorate
(2010)
Single dari album Yuna EP
  1. "Deeper Conversation"
    Tarikh keluaran: 1 Mac 2008
  2. "Backpacking Around Europe"
    Tarikh keluaran: 15 April 2008
  3. "Dan Sebenarnya"
    Tarikh keluaran: 12 Oktober 2008
  4. "After Midnight"
    Tarikh keluaran: 30 Januari 2009
  5. "Blue Sands"
    Tarikh keluaran: Mei 2009

EP ini menempa kejayaan besar apabila meraih 4 buah trofi di Anugerah Industri Muzik ke-17 apabila memenangi kategori Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik untuk "Dan Sebenarnya", Lagu Inggeris Tempatan Terbaik ("Deeper Conversation") dan Yuna sendiri dianugerahkan trofi Artis Baru Terbaik.[4]

Senarai runutSunting

No. Tajuk Masa
1. "Backpacking Around Europe"   4:14
2. "After Midnight"   3:28
3. "Dan Sebenarnya"   4:23
4. "Blue Sands"   4:17
5. "Deeper Conversation"   3:38

Sejarah keluaranSunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 12 Oktober 2008 Muat turun digital[5]
Penstriman digital
Yuna Room Records

KreditSunting

Sumber:[6]

  • Bes – Efry Arwis
  • Dram – Adil Ali
  • Gitar – Farhan Fadzlishah
  • Piano – Alia Ali (runut: 4)
  • Vokal – Yunalis Zarai

AnugerahSunting

Tahun Anugerah Kategori Karya Tercalon Keputusan
2008 Anugerah Planet Muzik 2008 Persembahan Vokal Terbaik Artis Baru Wanita "Dan Sebenarnya" Tercalon
2009 Anugerah Juara Lagu 24 Terbuka "Dan Sebenarnya" Menang
Naib Juara Keseluruhan
2010 Anugerah Industri Muzik ke-17 Lagu Inggeris Tempatan Terbaik "Deeper Conversation" Menang
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) "Dan Sebenarnya" Tercalon
Lagu Pop Terbaik Menang
Lagu Terbaik Menang

RujukanSunting

  1. ^ "Yuna EP". Discogs. Dicapai pada 2018-02-02.
  2. ^ Koh Lay Chin (29 November 2010). "Yuna on being 'Malay Malay'". The Nut Graph.
  3. ^ Yuna's notes - EP MAIL ORDER IS BACK! - dari laman blog rasmi Yuna di Facebook. Dicapai pada 2 Jun 2009.
  4. ^ Azhariah Kamin (6 Ogos 2010). Style and substance The Star Online. Dicapai pada 27 Jun 2013.
  5. ^ Yuna by Yuna on Apple music iTunes Malaysia. Dicapai pada 27 Jun 2013.
  6. ^ Yuna (media notes). Yunalis Zarai. Yuna Room Records. 2008.CS1 maint: others (link)