"Penakut" merupakan lagu nyanyian Yuna yang dikeluarkan pada 6 April 2011 oleh Yuna Room Records. Ia dikeluarkan sebagai single kelima untuk album studio pertamanya, Decorate. Lagu ini menerima pencalonan bagi kategori Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-18, namun ditarik balik kemenangan setelah lagu "Sedetik Lebih" nyanyian Anuar Zain diumumkan sebagai pemenang yang sah.
Kemenangan di Anugerah Industri Muzik ke-18Sunting
"Penakut" menjadi subjek kecaman apabila Yuna mengumumkan kemenangan lagu nyanyiannya itu ditarik balik di Anugerah Industri Muzik ke-18 di laman Twitter miliknya.[1] Media melaporkan bahawa berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga "Penakut" dinobatkan sebagai Lagu Terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.[2]
Lagu "Sedetik Lebih" nyanyian Anuar Zain ciptaan Edry Abdul Halim yang merupakan lagu tema filem Hikayat Merong Mahawangsa telah diumumkan sebagai pemenang sebenar manakala Yuna menerima cenderamata daripada penganjur AIM18.[3]
Format dan senarai runutSuntingSejarah keluaranSunting