Penulis lagu atau pengkarya lagu ialah seorang yang menulis lirik, gubahan muzik, atau gubahan melodi untuk lagu-lagu, atau kesemuanya. Dengan kata yang lain, seorang penulis lagu ialah penulis lirik atau penggubah, ataupun kedua-duanya. Bagaimanapun, istilah 'penulis lagu' biasa digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang menulis lagu popular, berbanding dengan menulis lagu seni. Contoh lagu seni ialah muzik klasikal.


Sejarah dan latar belakang penulis-penulis lagu sunting

Penulis-penulis lagu mungkin akan menyanyikan lagu yang ditulis mereka, atau mereka menulis untuk orang lain bernyanyi. Mereka yang menanyikan lagu yang ditulisnya kini biasanya dipanggil penyanyi-penulis lagu, walaupun tradisi untuk berbuat demikian telah wujud sejak beberapa ratus tahun dahulu. Manusia prasejarah sering diagak menggubah dan menyanyikan lagu. Lebih baru-baru ini, para troubadour Zaman Pertengahan menyanyi karya mereka sendiri dan demikian juga dengan Minnesinger Jerman.

Kebanyakan penulis lagu seni ditulis untuk orang-orang lain bernyanyi dan bukannya untuk penggubah bernyanyi sendiri, walaupun Franz Schubert diketahui biasa menyanyikan lagu-lagu sendiri dalam majlis-majlis peribadi. Banyak pancaragam rock n' roll moden mempunyai satu atau dua orang penulis lagu yang biasanya merupakan ahli pancaragam.

Banyak penulis lagu juga bertindak sebagai penerbit muzik sendiri, manakala yang lain mempunyai kaitan dengan penerbit-penerbit luar. Lagu-lagu rakyat Amerika biasanya ditulis oleh penulis kakitangan yang digaji oleh penerbit muzik.

Dari segi undang-undang, lagu-lagu hanya boleh disalin atau dipersembahkan di khalayak ramai dengan kebenaran penulis. Kuasa sah untuk memberi kebenaran boleh dibeli dan dijual, serta juga dipindahkan. Kesemua ini dikawal oleh undang-undang hak cipta. Royalti penulisan dan penerbitan lagu boleh merupakan sumber pendapatan yang besar, khususnya jika lagu itu menjadi rekod kegemaran ramai.

Para penulis lagu dalam genre muzik popular sering juga bertindak sebagai penerbit rekod dan biasanya menggunakan gelaran profesional penerbit-penulis lagu.

Senarai kumpulan penulis lagu sunting

Sebilangan kumpulan penulis lagu yang popular termasuk:

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Sumber-sumber untuk penulis lagu dan penerbit muzik: