Lirik ialah perkataan-perkataan dalam lagu. Lirik boleh ditulis semasa muziknya digubah, atau ditulis selepasnya. Bagaimanapun, muzik kekadang dipadankan atau ditulis selepas lagu atau puisinya telah ditulis. Seorang yang menulis lirik dipanggil penulis lirik. Maksud yang diberikan dalam rangkap lirik boleh bersifat tersurat atau tersirat. Sesetengah lirik adalah terlalu abstrak sehingga tidak dapat difahami. Dalam kes-kes tersebut, terdapat kecenderungan untuk menitikberatkan bentuk, penyebutan, meter, dan simetri penyataan. Terdapat banyak laman web yang menampilkan lirik lagu-lagu.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.