Hafiz Suip
Mohd Hafiz bin Mohd Suip (lahir 27 Februari 1990) ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula popular semenjak menjuarai musim ketujuh Akademi Fantasia. Hafiz telah memenangi 23 anugerah dalam industri seni.
Hafiz Suip JBK, ABK (Sarawak) | |
---|---|
![]() Hafiz (kanan) bersama Cakra Khan semasa sidang media Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert. | |
Kelahiran | Mohd Hafiz bin Mohd Suip[1] 27 Februari 1990 |
Nama lain | Hafiz AF |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Pasangan | Nureffy Jesreel Abdullah (k. 2016) |
Anak-anak | Muhammad Riyadh Zafri |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2009–kini |
Syarikat rakaman | Nova Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Akim Aril Adira Dato' Sri Siti Nurhaliza Misha Omar |
BiografiSunting
Hafiz ialah anak sulung daripada tiga adik-beradik yang berasal dari Kuching, Sarawak. Setelah menghabiskan pelajaran di SMK St Joseph, beliau menyertai pertandingan realiti Akademi Fantasia pada awal tahun 2009 setelah lulus dalam uji bakat di Kuching. Pada bulan Mei, Hafiz yang ketika itu berusia 19 tahun merangkul gelaran juara Akademi Fantasia musim ini.[2] Sebagai berkongsi kenangan dengan para peminat, Hafiz turut mengacarakan rancangan istimewa Menuju Puncak di Astro Ria tidak lama kemudian.[3]
Ketika beraksi di konsert akhir AF7, Hafiz memperkenalkan single pertamanya, "Masih Jelas", yang turut menerima sambutan hangat di radio. Bagaimanapun, lain ceritanya bagi video muzik lagu ini apabila pernah dikhabarkan terpaksa dibuat penggambaran semula kerana didapati video asalnya "kurang sesuai ditonton oleh peminat muda".[4] Apapun, lagu ini layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 anjuran TV3 pada awal tahun 2010.[5]
Pada tahun yang sama, Hafiz menjadi selebriti pertama yang menyumbangkan suaranya kepada projek alih suara Bahasa Malaysia di Cartoon Network, dengan menyuarakan watak Ben Tennyson dalam telefilem Ben 10: Alien Swarm, sekaligus mengikut jejak langkah bekas pelajar AF terdahulu dan personaliti Astro lain yang pernah menyumbangkan suara mereka kepada versi BM filem-filem seumpamanya.[4] Selepas itu, beliau mengikuti rakan-rakan semusim AFnya, Aril dan Akim, serta Black dan Choo Hou Ren untuk menjayakan kempen Brand's Generasi Hebat yang menyaksikan kelima-lima mereka ini menyanyikan lagu temanya, "Juara".[6]
Hafiz juga terlibat dalam dunia teater pada Jun 2010 dengan teater berjudul KITA The Musical, melakonkan watak utama, Rahman, yang telah dipentaskan di Istana Budaya dan mendapat sambutan hangat. Produksi tersebut yang diinspirasikan oleh gagasan 1 Malaysia juga turut menampilkan Eric Lin, Michael Rao dan Adila AF sebagai teraju utama.
Single kedua dari Hafiz, ciptaan komposer ternama, Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam, berjudul Noktah Cinta semakin melonjakkan nama Hafiz dalam industri muzik Malaysia. Kejayaan terbesar beliau setakat ini adalah merangkul gelaran Vokal Terbaik dan seterusnya mendapat Tempat Ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-25 pada Januari 2011.
Baru-baru ini pula, Hafiz telah dipilih sebagai penerima Anugerah Ikon Belia Sarawak untuk Kategori Kebudayaan dan Keseniaan sempena Majlis Perhimpunan Belia Sarawak 2011 yang telah diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 18 Mac 2011.
Hafiz yang menikahi Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016,baru sahaja menimang cahaya mata pertama ,bayi lelaki pada 31 Disember 2017 yang bernama Muhammad Riyadh Zafri.[7]
DiskografiSunting
Album StudioSunting
- Masih Jelas (2009)
- Hafiz (2012)
- Luahan Hati Anak Seni (2013)
Lagu-Lagu Hafiz SuipSunting
- Masih Jelas (2009)
- Sehati Berdansa Lagu Tema Rancangan Realiti Sehati Berdansa Musim 3 (2009)
- Juara (feat. 5 Ikon Remaja) (Iklan Brands Generasi Hebat) (2009)
- Apabila Senja Mengundang Pulang (Verse) OST Senja Permai (2009)
- Noktah Cinta (2010)
- Hanya Kerana Cinta (feat. Aril, Anne Hot FM, Tini Hot FM & Ayu (Lagu Raya) (2010)
- Salam Lebaran (feat. Various Artists) (Lagu Raya) (2010)
- Mari Menari (feat. Adira) Lagu Tema Rancangan Realiti Mari Menari (2010)
- Kau Ku Temu (feat. Akim, Aril dan Anith Aqilah) OST Kau Dan Aku Musim 2 (2010)
- Lebih Dewasa OST Kau Dan Aku Musim 2 (2010)
- Memori Dan Memori OST Kau Dan Aku Musim 2 (2010)
- Untukmu (feat. Akim dan Aril) OST Kau Dan Aku Musim 2 (2010)
- Awan Nano (2011)
- Warkah (feat. Akim, Aril, Aznil Nawawi) (Lagu Raya) (2011)
- Saya Anak Malaysia (feat. Projek MyMusic Indiepretasi) (Selamat Hari Malaysia) (2011)
- Ombak Rindu (feat. Adira) OST Ombak Rindu (2011)
- Untuk Kamu OST Ombak Rindu (2011)
- Watak (2012)
- Sandarkan Pada Kenangan (feat. Mimi Sham) OST Azura 2012 (2012)
- Hadirkan Aku Dalam Ingatan (Lagu Raya) (2012)
- Muara Hati (feat. Siti Nurhaliza) OST Adam & Hawa (2012)
- Kita Satu (2012)
- Ku Akui (2012)
- Bahagiamu Deritaku (Indonesia) (2013)
- Patah Hati OST Anugerah Dendam Yang Terindah (Indonesia) (2013)
- Salahkah (feat. Rossa) OST Bukan Kerana Aku Tak Cinta (Malaysia & Indonesia) (2013)
- Kesimpulan (2014)
- Matahari (2014)
- Inspirasi (feat. Faizal Tahir) (2015)
- Terimaku Seadanya (feat. Misha Omar) OST Uda & Dara (2016)
- Andai (2016)
- Kejar (2017)
- Aku Negaraku (feat Jaclyn Victor) (2017)
- Lepaskan Ku Pergi (OST Pinjamkan Hatiku) (2017)
- Hari Ini Dalam Sejarah (2018)
- Kisah Cinta Kita (2019, OST Dia Menantu Rahsia)
- Sinar Cinta (2020, OST Seindah Tujuh Warna Pelangi)
- Takdir Tercipta (feat Adira) (2020) (OST Lelakimu Yang Dulu)
- Berakhirlah Pencarianku (feat Ernie Zakri) (2021) (OST Kisah Cinta Kita)
- Takluk Cinta (2021, OST Saat Kau Takluk Cinta Ini)
FilemografiSunting
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010–2011 | Kau & Aku 2 | Hafiz | Astro Ria | Drama pertama |
2012 | Tanah Kubur (Musim 4) | Jamal | Astro Oasis | Episod: "Fitnah" |
Anugerah dan pencalonanSunting
Anugerah Industri MuzikSunting
Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan | Tewas Kepada |
2010 (AIM17) | Lagu Pop Terbaik | Masih Jelas | Masih Jelas | Tercalon | Yuna - Dan Sebenarnya |
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Tercalon | Karen Kong, Dato' Sheila Majid, Jaclyn Victor - Cinta Ada | |||
2012/2013 (AIM20) | Album Terbaik | Luahan Hati Anak Seni | Menang | ||
Rakaman Album Terbaik | Menang | ||||
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) | Bahagiamu Deritaku | Menang | |||
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Mungkinkah (Penggubah: AG Coco) | Tercalon | Anuar Zain & Dayang Nurfaizah - Bila Resah | ||
2013/2014 (AIM21) | Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara | Salahkah (duet bersama Rossa) | Menang |
Anugerah Juara LaguSunting
Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lagu | Album | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
2009 (AJL24) | Masih Jelas | Masih Jelas | Aidit Alfian | Ad Samad | Terbuka | Tercalon |
2010 (AJL25) | Noktah Cinta | Ajai | Sheikh Qalam | Terbuka | Menang Tempat Ketiga | |
Vokal Terbaik | Menang | |||||
2011 (AJL26) | Awan Nano | M. Nasir | Budi Hekayat | Terbuka | Menang Juara Lagu | |
Vokal Terbaik | Menang | |||||
2012 (AJL27) | Ku Akui | Ajai | Ajai | Terbuka | Menang Tempat Ketiga | |
Vokal Terbaik | Menang | |||||
2013 (AJL28) | Bahagiamu Deritaku | Luahan Hati Anak Seni | LY | Baiduri | Terbuka | Menang Juara dan persembahan terbaik |
2014 (AJL29) | Matahari | Ajai | Transformers Melayu | Terbuka | Tercalon | |
2020 (AJL34) | Kisah Cinta Kita | Kisah Cinta Kita | Ikhwan Fatanna & Ayden Ali | Dato' A. Aida | Persembahan Terbaik & Vokal Terbaik | Menang |
Anugerah Planet MuzikSunting
Anugerah Planet Muzik | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album | Keputusan | Tewas Kepada |
2011 | Artis Lelaki Terbaik | Masih Jelas | Tercalon | Faizal Tahir - Adrenalin | |
Lagu Terbaik Malaysia | Nokhtah Cinta | Tercalon | Hafiz - Awan Nano | ||
Awan Nano | Menang | ||||
Lagu Terbaik | Menang | ||||
2013 | Artis Lelaki Terbaik | Bahagiamu Deritaku | Luahan Hati Anak Seni | Tercalon | Judika - Aku Yang Tersakiti |
Lagu Terbaik Malaysia | Tercalon | Shila Amzah - Masih Aku Cinta | |||
Muara Hati (bersama Dato' Siti Nurhaliza) | Tercalon | ||||
Duo / Kolaborasi Terbaik | Menang | ||||
Lagu Serantau Paling Popular | Menang | ||||
Artis Serantau Paling Popular | Menang | ||||
Ikon Media Sosial | Tercalon | Sleeq | |||
2014 | Kolaborasi Terbaik (Artis) | Salahkah (duet bersama Dato' Rossa) | Tercalon | Altimet ft. Awi Rafael - Kalau Aku Kaya | |
Duo / Kumpulan Terbaik | Menang | ||||
Artis Terbaik (Lelaki) | Matahari | Luahan Hati Anak Seni | Tercalon | Judika - Mama Papa Larang | |
Artis Paling Popular APM | Tercalon | NOAH | |||
Ikon Media Sosial | Tercalon | Taufik Batisah |
Anugerah Bintang Popular Berita HarianSunting
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | |
2009 | Artis Baru Lelaki Popular | Tercalon | |
2011 | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | |
2012 | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | |
2013 | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | |
2014 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
2018 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
2019 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Adira) | Tercalon | ||
Lagu Paling Boom Popular (Kisah Cinta Kita) | Tercalon | ||
Lagu Paling Boom Popular (Takdir Tercipta) | Tercalon |
SHOUT! AwardsSunting
Shout! Awards | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | |
2013 | Popstar Award | Menang | |
Power Vocal Award | Menang |
Kerajaan Negeri SarawakSunting
RujukanSunting
- ^ Bintang AF7: Hafiz, Astro. Dicapai pada 15 Januari 2010.
- ^ Li Ee Kee (17 Mei 2009). "Hafiz Juara AF7!". gua.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-13. Dicapai pada 15 Januari 2010.
- ^ Syaliza Shapiansuri (16 Julai 2009). "Hafiz Kongsi Album". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
- ^ a b Razif Rosdi (13 September 2009). "Hafiz AF7 Jayakan Animasi Ben 10". Murai.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
- ^ Li Ee Kee (16 Disember 2009). "Debaran AJL24 Kini Bermula". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
- ^ Miss Ayu (18 November 2009). "Giliran Hafiz Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-04. Dicapai pada 2018-01-04.
- ^ Zee Avi, Hafiz, Jerry Kamit terima Pingat Kebesaran Negeri Sarawak