A. Aida

Pelakon dan penerbit televisyen Malaysia

Dato' Zaidah Awang atau juga dikenali sebagai A. Aida (lahir 20 April 1970) berasal dari Besut Terengganu merupakan seorang skrip, pelakon dan penerbit televisyen Malaysia.


A. Aida

Kelahiran
Zaidah binti Awang

(1970-04-20) 20 April 1970 (umur 53)
PekerjaanPelakon, skrip, penerbit, ahli perniagaan
Tahun aktif1990–kini
PasanganAmeng Spring (k. 1993; c. 2004)
Suffian (k. 2007; c. 2013)
Ariff Aziz (k. 2018; c. 2019)

Kerjaya sunting

Beliau merupakan pengasas dan pengarah urusan syarikat penerbitan A. Aida Production yang ditubuhkan pada 2003.[1][2]

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membintangi sebanyak 100 drama dan 3 filem serta telah mengarahkan beberapa drama dan muzik video. A. Aida juga pernah bekerja di belakang tabir sebagai penolong pengarah dan pengurus penerbitan.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau telah berkahwin sebanyak empat kali namun semua perkahwinannya menemui kegagalan. A. Aida juga telah berkahwin dengan pelakon Ariff Aziz pada 2018 dan bercerai pada 25 April 2019.[3][4][5]

Penghargaan sunting

A. Aida telah dianugerahkan pingat kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada tahun 2015 yang membawa gelaran Dato' dengan panggilan Yang Hormat.

Rujukan sunting

  1. ^ A. Aida akan buat orang betambah geram mSTAR Online (26 Julai 2017). Dicapai pada 18 Ogos 2017.
  2. ^ Joe Lee (12 Mac 2019). TV and film fraternity lashes out at A. Aida’s remark ‘only beautiful people’ should audition The Malay Mail. Dicapai pada 18 Ogos 2019.
  3. ^ Zaidi Mohamad (18 Jun 2019).A. Aida bercerai kali keempat Berita Harian. Dicapai pada 29 Jun 2019.
  4. ^ A. Aida, Ariff Aziz bercerai April lalu Astro Awani (18 Jun 2019). Dicapai pada 18 Ogos 2019.
  5. ^ Rumah tangga keempat A. Aida runtuh lagi Malaysiakini (18 Jun 2019). Dicapai pada 18 Ogos 2019.

Pautan luar sunting